Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 2 Januari 2012

Maksud Di Sebalik Nama

Kalau diperhatikan, satu jenis tumbuhan boleh mempunyai berbagai nama mengikut daerah.  Cara yang terbaik untuk mengelakkan kekeliruan adalah dengan menggunakan nama sains.  Masalahnya, nama sains menggunakan bahasa yang kita langsung tidak gunakan, iaitu Bahasa Latin.  Jadi apabila mendengar nama tersebut, kita kadang-kadang tidak ada petua langsung tentang maksudnya.
Ketika menuntut dulu, satu dari subjek yang saya perlu belajar ialah Bahasa Latin.  Saya sering persoal pensyarah saya mengapa perlu belajar bahasa yang telah mati.  Sekarang, sekurang-kurangnya saya faham sedikit-sedikit apabila nama tumbuhan disebut dalam nama sains (Bahasa Latin).  Secara asasnya begini,

Albus bermaksud Putih, jadi kalau nama spesis albus atau alba, itu bermmaksud putih,
Argenteus, berwarna perak,
Aureus, berwarna emas atau kuning,
Caerelieus, berwarna biru,
Luteus, berwarna kuning,
Nanus, bermaksud renek atau kecil atau bantut,
Niger, saya rasa rakan-rakan boleh agak maksudnya... hitam,
Palustris, bermaksud berpaya,
Perennis bermaksuh lama, lebih dari setahun,
Prostratus, berekor, berjejak,
Punctatus, berbintik,
Purpereus, yang ini jelas, ungu,
Reptans, merayap,
Roseus, seperti bunga ros
Ruber, rubra, bermaksud merah,
Sempervirens, malar hijau,
Speciocus, bermaksud menunjuk-nunjuk, ketara,
Spinosus, ini pun jelas maksudnya iaitu berduri,
Tomentosus, berbulu tebal,
Viridis, hijau
dan Vulgaris, bukannya bermaksud lucah tetapi sesuatu yang biasa atau lazim.

Harap maklumat ini dapat membantu mengenali ciri-ciri tumbuhan dari namanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan