Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 1 Januari 2012

Makhluk Perosak Ulat Sawi dan Kawalan Biologi

Jika menanam sawi atau sayur daun yang lain, serangan ulat adalah suatu yang normal.Pekebun lazimnya menyelesaikan masalah ini menggunakan semburan racun.  Untuk kita yang menanam secara hobi saya tidak rasa kita perlu mengatasi masalah menggunakan semburan racun.  

Jika anda perhatikan pokok sayur, anda boleh tahu ia diserang ulat jika daunnya mula berlubang atau mempunyai kesan dimakan ulat.  Lokasi ulat boleh dikenal pasti dengan mencari bintil-bintil hitam iaitu tinja ulat yang dikeluarkan selepas memakan daun.  Gambar berikut menunjukkan bintil-bintil hitam yang dikeluarkan oleh ulat sawi.

Bintil-bintil hitam menandakan ulat berada pada pokok yang berkenaan.

Ulat sawi yang sedang meratah daun kobis cina.
Ulat tersebut biasanya berwarna sama dengan daun tanaman dan sukar dikesan.  Petuanya mudah.  Ulat berada di bahagian atas bintil-bintil hitam.  Apabila terjumpa ulat, boleh kutip dan musnahkan.


Kutip ulat dan musnahkan.

Sebenarnya, jika anda tidak meracun, pemangsa ulat juga akan berkeliaran.  Contohnya, semut (semut gatal/semut api) amat gemarkan ulat sawi.  Jika anda meracun, ulat sawi dan pemangsanya juga akan mati, jadi anda perlu terus meracun.  Jika tidak meracun, beberapa hari selepas kehadiran ulat, pemangsanya akan muncul.

Dalam gambar berikut, semut sedang menikmati ulat sawi.  Jadi masalah ulat sawi telah diselesaikan oleh semut pemangsa secara semula jadi.  Tidak sangka, semut rupa-rupanya rakan taman.

Semut sedang memakan ulat sawi.

5 ulasan:

  1. Dari mana sebenarnya ulat-ulat ini datang ye? Daun kunyit saya pun ada terkena serangan serangga cuma x pasti, ulat atau belalang sbb kebetulan skrg dah ok

    BalasPadam
  2. Ingin juga saya tahu bagaiman en. Iskandar menguruskan masalah penyakit dan perosak kepada tanaman encik sebab encik kebanyakannya tanam dalam pasu. Kalau atas batas mungkin tanaman selingan boleh mengatasi masalah di atas.

    BalasPadam
  3. baguznet, Ulat-ulat tersebut adalah sebahagian dari ekosistem. Mungkin pemangsa seperti burung dah tahu terdapat makanan pada daun kunyit. Ulat dan belelang dah jadi habuan pemangsa.

    I wong,Untuk tanaman dalam pasu memang boleh kutip kerana jumlah tanaman sedikit dan boleh diperhati dengan teliti. Kalau tanam banyak di atas batas, mungkin lebih cerewet. Kebiasaannya saya selang selikan dengan tulasi atau mana-mana tumbuhan dari jenis basil (selasih). Ada jenis selasih yang mempunyai bau dan rasa yang amat kuat. Pokok ini saya tidak tuai kerana rasanya yang terlalu kuat. Saya tanam hanya untuk menghindar serangga perosak.

    Contohnya dulu patch cili saya diserang lalat putih (whitefly). Saya cuba dengan semburan tetapi kaedah tersebut hanya dapat menyelesaikan masalah secara sementara sahaja. Kemudian saya semai beberapa pokok tulasi di antara pokok-pokok cili. Apabila pokok tulasi mencapai ketinggian sekitar 45cm, tiada lagi lalat putih menyerang pokok cili.
    Juga saya perhatikan, tiada serangga mendekati pokok pudina (mint). Mungkin tumbuhan ini juga boleh digunakan jika anda tuai selalu kerana pokok pudina terlalu cepat membiak hingga ia memenuhi ruang. Mungkin kalau tanam dalam bekas, pokok pudina sesuai digunakan.

    Jika tanah lembap, boleh juga diselang selikan dengan pokok kesom.

    BalasPadam
  4. hehehe... ulat hijau ni mmg nakal... kailan saya pun saya tak sempat tuai... mereka dulu yg hadap... kecil hati sungguh... pada bendi pun mcm tu... habis putik bunga diorg makan semua...

    BalasPadam
  5. :) Nanti emelkan alamat. Saya cuba cari alamat ejaMaria, dah tak jumpa. Nak kirim benih basil yang saya guna untuk halau serangga perosak. Basilni bau kuat dan tak sesuai untuk dimakan tapi boleh guna untuk halau serangga perosak.

    BalasPadam