Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 28 Januari 2012

Gambar Hari Ini -- Zucchini dalam bekas gabus

Tentang tanam dalam polistirena -- Semalam saya ada posting tentang penduduk Pekan Broga yang menanam sayur dalam bekas gabus (polistirena). Sebelum ini saya memang ada tanam dalam polistirena, tapi setakat cuba-cuba dulu. Saya tanam pelbagai jenis dalam satu bekas.  Kira penuh ruang aja.  Nampaknya hasilnya memuaskan.  Contohnya dalam bekas ini saya gabungkan Zucchini dengan salad green parade.  Nampaknya saya perlu pasang pancang kerana pokok dah mula nak memanjat.  Pokok salad terlindung oleh daun zuccchini juga cepat membesar kerana pada umur yang muda ia masih manja dengan cahaya matahari yang terlalu kuat.  Mungkin bila besar nanti pokok salad akan mendapat lebih cahaya dan semakin cepat membesar.  Saya cuba-cuba dulu. :)

Zucchini dalam bekas gabus membesar dengan subur.

3 ulasan:

  1. salam en.iskandar. mana nak dapat benih zuchini tu ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti saya check kalau-kalau masih ada dalam simpanan saya.

      Padam
  2. Pagi ni zucchini dah mengeluarkan bunga. Setiap ketiak ada putik bunga. Alhamdulillah bunga betina dan bunga jantan sama banyak. Harap pokok akan dikunjungi serangga pendebunga.

    BalasPadam