Saya gemar menanam tomato kerana bau daunnya yang unik. Bau tersebut juga dikatakan mampu menjauhkan serangga makhluk perosak.
| Anak pokok tomato yang disemai dalam tray semaian./Tomato seedlings are planted in a nursery tray. |
-----------------
I like to grow tomatoes for its unique smell of the leaves. The smell is also said to be able to keep insect pests away.
As Salam En Iskandar...,saya juga gemar menanam tomato tapi saya agak hairan mengapa setiap kali saya tanam,..bila pokok dah agak tinggi dan hampir menghasilkan buah...Bahagian batang pokok tomato kelihatan melecur/seakan hitam dan akhirnya pokok itu mati..Apakah cara untuk mengatasi masaalah ini?
BalasPadamSalam,
BalasPadamSaya rasa jiran di rumah saya menghadapi masalah yg hampir sama dgn Avia. Nak tahu juga apa punca dan cara mengatasinya
Oh ye, penyediaan penanaman dan kaedah yg sesuai untuk tanam tomato ni ada tak?
Dari pengalaman saya, kalau batang pokok melecur dan terdapat warna hitam, itu tanda serangan kulat.
BalasPadamWaktu menyiram, elakkan air membasahi taun dan batang pokok. Siram terus ke tanah aja. Juga elakkan menyiram di waktu malam.
Pokok tomato juga perlukan banyak nutrien terutamanya ketika berbuah. Tunas juga perlu di cubit buang. Nanti saya akan masukkan posting yang lebih detail tentang penjagaan tomato yang ditanam di tepi rumah. Pokok ini menghasilkan banyak buah kalau menjadi.
Terima kasih diatas tips dan info yg diberikan...Barulah saya tahu sebabnya :).
BalasPadamowh... agak manja juga pokok tomato ni rupanya. terima kasih atas info
BalasPadamTomato boleh di bahagi kepada 3 jenis yang utama, jenis memanjat, jenis merimbun, dan jenis perantaraan. Ketiga-tiga jenis ni perlu dilayang dengan cara yang berbeza cuma cara mengair dan membaja aja sama.
BalasPadam