Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 4 Januari 2012

Gambar Hari Ini -- Sawi Pak Choy dalam Bekas

Sawi pak choy yang ditanam dalam bekas plastik panjang hampir sedia untuk dituai.

Sawi yang segar, tidak sabar dijadikan ulam dicicah sambal lada.

6 ulasan:

  1. Menarik plak tgk tanam dlm bekas ni. Mcm lagi mudah. Persediaan penanaman mcm mana ye kalo dlm bekas mcm ni? Ada terfikir jugak nak buat utk jd contoh pd jiran2 yg xde kawasan nak bertanam nie

    BalasPadam
  2. Paling mudah. Isikan bekas dengan tanah yang kaya dengan baja organik, misalnya kompos dan lembapkan. Gaulkan biji benih dalam tanah yang kering untuk jarangkan. Kemudian tabur benih dan tabur tanah kira-kira 1 cm untuk tutup biji benih.

    Letakkan bekas ditempat yang menerima cahaya pagi. Benih akan bercambah dalam masa 1 hingga 4 hari. Benih yang saya gunakan bercambah dalam masa 12 jam.

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas maklumat dikongsi. Cepatnya bercambah kalau dlm tempoh 12jam. Kalau guna tanah biasa yg digaul dgn tinja (asli) sesuai tak?

    BalasPadam
  4. Seelokya dibiarkan tinja terurai terlebih dahulu, supaya nutrien mudah diserap anak benih. Kadang kala tinja yang fresh juga menyebabkan cambahan melecur akibat jangkitan kuman.

    BalasPadam
  5. Melalui bacaan saya dlm posting yg awal berkaitan patch, nampak seakannya kalau nak gaul tanah dgn tinja utk tanaman, kena biarkan mgkn sekitar seminggu sblm digunakan. Betul ke begitu?

    Cuma saya tertanya-tanya, dlm keadaan cuaca panas dan hujan, pasti tempoh dan proses penguraian berbeza, betul tak?

    BalasPadam
  6. Ya, kalau musim hujan satu minggu mencukupi. Kalau musim kering, biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu atau siram untuk pastikan batas kekal lembap.

    BalasPadam