Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 8 Januari 2012

Gambar Hari Ini -- Kumquat, Fortunella spp

Kumquat lazimnya dijual bila dekat dengan Tahun Baru Cina

Kumquat kelihatan seperti oren kecil, saiz sebesar buah mata kucing degan bentuk yang lonjong sedikit.  Buah kumquat boleh dimakan, dengan kulitnya sekali.  Buah yang ranum berwarna oren kemerahan mempunyai rasa yang manis manis masam.

Jika di tanam di atas tanah, pokok kumquat mencecah 2.4 m hingga 4.5 m dengan lebar 1.8 m hingga 3.6 m.  Ternyata pokok ini menggunakan ruang yang luas.  Pokok ini mudah berbuah dan jika terdapat ruang di halaman rumah, berbaloi ditanam.  Anda juga boleh tanam dalam bekas yang besar.

---------------------

A Kumquat fruit looks like a small orange, slightly oval shaped. The whole Kumquat fruit is edible, including the skin. A ripe fruit has a reddish orange skin, and the taste is sweet and sour.

If planted on the ground, kumquat trees reached 2.4 m to 4.5 m with a width of 1.8 m to 3.6 m. Apparently this tree needs a wide area. This tree is easy to bear fruit, and if there is space in the yard, it is worth planting. You also can plant the tree in a large container.

7 ulasan:

  1. Cantik nye...
    Tuan, kat mana saya boleh dapatkan benih pokok ni?.. saya nak tanamlah.

    BalasPadam
  2. Kalau dekat dengan tahun baru cina, pokok ni ada dijual di nurseri dan tepi jalan.

    BalasPadam
  3. Saya kurang pasti sama ada pokok kumquat dan pokok loquat adalah pokok yang sama. Dari bacaan saya, daun dan buah loquat dibuat sirap ubat batuk.
    Yang pasti, bila makan buah kumquat yang ranum, tekak rasa lega.

    BalasPadam
  4. Tempat saya terlalu sukar nak dapat benih sayur-sayuran, bunga dan buah-buahan yg saya nak.
    'Kumquat' ni boleh kah tuan dapatkan benihnya utk.saya?.saya hargai usaha tuan.Terimakasih

    BalasPadam
  5. Boleh, saya akan kirim bersama benih mentimun petang ini.

    BalasPadam
  6. Sy nk juga benih kumquat..

    BalasPadam