Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 5 Januari 2012

Gambar Hari Ini -- Kailan dalam Bekas

Anak kailan mempunyai rupa yang sama dengan anak kobis.  Pokok kailan sesuai ditanam dalam bekas.  Saya tanam kailan dalam bekas plastik panjang dan pasu plastik bersaiz kecil.  Anda boleh dapatkan dua jenis benih kailan daripada blog.  Kedua-dua benih tersebut adalah benih baka F1 (hybrida) iaitu benih 55 dan 117.  Saya perhatikan saiz benih 117 besar sedikit berbanding benih 55.  Kedua-dua benih ini cepat bercambah dan tahan penyakit. 

Kailan yang ditanam dalam bekas plastik panjang ini berumur 3 minggu.
Kailan ini dari baka F1, 117.


Kailan dalam pasu kecil.

-------------------
Kailan seedlings have the same appearance as the cabbage. Kailans are also suitable for planting in containers. I planted kailan in a long plastic containerYou can get two types of seeds from this blog. The two type of seeds are hybrids; named 55 and 117I noticed that the size of 117 seeds are slightly larger than the 55 seeds. Both of these seeds germinate quickly.

8 ulasan:

  1. Salam Tuan,
    Saya baru teringat, kalau tak silap, pot petak ni biasanya ada ruang untuk simpan air di bahagian paling bawah, dan ada ruang kecil disediakan untuk buang air jika terlebih.

    Bagaimana kita hendak mengawal air yg terkumpul itu supaya tidak menjadi terlebih sbb tiada tanda air air yg kita blh nampak. Tujuan air disimpan kalau tak silap supaya pokok masih dapat sumber air walau kita terlupa siram

    BalasPadam
  2. Ya, pot ini mengandungi ruang simpan air. Malangnya tiada ciri menunjuk aras air dalam bekas tersebut. Saya biarkan lubang di bahagian bawah terbuka supaya air tidak bertakung. Jika takung air, perlu ada mekanisma supaya air diserap masuk ke dalam tanah.
    Pada pendapat saya kurang elok menakung air dalam bekas seperti itu kerana pokok boleh terkena jangkitan kulat kerana terlalu lembap terutamanya di waktu malam, kecuali kalau saudara tanam kangkung kerana kangkung gemarkan air yang banyak.

    BalasPadam
  3. jeles tengok sayur tu...hahahaha dah lama tak masa kailan ikan masin... dulu masa arwah abah ada hari2 jugak la masak kailan ikan masin..

    sekarang da mula panas... kesian tengok pokok ni, layu memanjang je diwaktu tengah hari... kadang ada pucuk muda dah melecur sebab terlalu panas agaknya...

    BalasPadam
  4. Biasanya layu di tengahari aja. Bila petang segah semula. Dari pengalaman saya, kalian adalah antara sayur yang tahan. Kena abuse macamana pun tak mati. Tapi kalau tak dapat air, mati juga lah.

    BalasPadam
  5. Salam en Iskandar..saya baru berjinak2 dgn dunia tanaman ni.Saya selalu baca maklumat kat blog encik ni.Terima kasih atas perkongsian ilmu yg sangat bermanfaat. Saya nak tanya, anak kailan tu sampai berapa lama @ berapa banyak daun baru boleh dipindahkan ke bekas yg lebh besar? Saya semai dalam pasu semaian. TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tunggu satu set daun sebenar keluar, jadi jumlah daun 4 helai. Biasanya 1 hingga 2 minggu selepas bercambah.

      Padam
    2. Terima kasih En ISkandar, nak tanya lagi la dari orang berpengalaman kan. Saya ni selepas 18 hari barulah daun ke-3 keluar. Lamanya saya menunggu untuk dialihkan..Kenapa ye? Adakah disebabkan bekas semaian saya letak kat tepi tingkap sinki dapur aje?

      Padam
    3. Ada banyak faktor yang mempengaruhi pertumbuhan kailan.

      Padam