Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 11 Januari 2012

Cili dan Tulasi, Pasangan yang Ideal

Kalau bertanam cara organik, elok fikirkan gabungan tanaman untuk membantu tumbuhan tumbuh subur dan tidak diganggu makhluk perosak.  Cili adalah tumbuhan yang manja kerana ia enak bukan sahaja pada lidah kita, malah pada selera serangga makhluk perosak.  Pernah ada sahabat bertanam yang menyembur jus cili pada daun pokok terung, dengan harapan serangga perosak tidak akan singgah ke daun terung tersebut.  Akibatnya, lebih banyak serangga makhluk perosak singgah ke daun terung tersebut.  Ini kerana bau cili telah menarik minat serangga perosak.  Ada serangga perosak yang tahan pedas.  Contohnya, lalat buah suka bertelur di dalam buah cili, mengakibatkan buah cili yang ranum berulat.

Cara saya atasi masalah serangga perosak pada pokok cili adalah dengan menanam pokok tulasi dicelah-celah pokok cili.  Nak dikatakan kawin campur, tak boleh sebab cili dan tulasi tak bersenyawa, tapi kira match make jugalah.

Hasilnya, lihatlah sendiri.  Buah cili padi dan cili padi yang segar tanpa seekorpun lalat putih, bena atau lalat buah.  Kalau tiada benih tulasi, boleh gunakan benih dari jenis basil yang punya bau yang kuat. 
Cili wangi

Cili padi

Tulasi

14 ulasan:

  1. Salam,

    Encik Iskandar ada tak benih tulasi??

    ingin jugak nak tanam kat halaman rumah..

    Ada kumbang kecil yang menyerang daun tembikai susu..

    BalasPadam
  2. saya ada tanam cili padi thai dan burung.... tapi ok jer. takde mahkluk perosak atau apa2... pokok idup elok je berbuah sepanjang masa...adakalanya habis da stok cili padi tu, terpaksa beli kat kedai... sekarang da tanam banyak sikit...

    la ni tanam cili besar... baru dalam 3 minggu lepas alih kat polibeg besar... tu pun tak besar2 lagi... tanam 2-3 pokok... sayang rasanya nak buang...hehehehe tapi takpe, lambat besar ok, jangan tak cukup nutrien....

    cuma satu penyakit cili, bila daun dia kerekot... tak tahu nak wat camne.. biasanya kasi potong jer, biar tunas baru keluar dibatang utama...

    BalasPadam
  3. Daun kerekot mungkin serangan virus. Potong daun yang kerekot dan bakar. Itu aja ubatnya.

    BalasPadam
  4. tulasi ni pokok apa yea? Apa nama saintifiknya?

    BalasPadam
  5. Jenis kemangin/selasih. Nama sainsnya Ocimum tenuiflorum.

    BalasPadam
  6. tulasi dengan selasih ni sama ke?
    pokok cili saya mmg sangat banyak bena putih di belakang daunnya...pokok selasih ada kt rumah, kalau sama, boleh sy apply tanam kt pokok cili jugak.. :)

    lagi satu en ada tanam pokok stevia tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulasi dengan selasih, dekat-dekat. Kedua-duanya dari jenis Basil. Tulasih juga dikenali sebagai Haoly Basil dan Selasih, Lemon Basil.
      Ya, apa-apa jenis herba yang kuat baunya boleh, selasih, mint, marigold, serai, serai wangi, kesom. Cuma mungkin ada jenis serangga yang memakan daun herba tersebut akan tetap berkunjung tetapi akan menakutkan serangga yang lain. Jadi, selasih pun boleh ditanam di antara pokok cili.

      Ya ada tanam pokok stevia, tapi dah renggeh. Pokok dah tua.

      Padam
  7. Assalamualaikum Saudara Iskandar,kalau semai benih tulasi berapa lama masa diambil utk bercambah? Penjagaan rumit tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut kaedah semaian. Masa bercambah antara 4 hari hingga 2 minggu.

      Padam
  8. Saya memang sedang hadapi masalah cili yang diserang lalat buah. Saya juga ada tanam pokok selasih tapi ditempatkan berjauhan dgn pokok cili. Adakah dengan merapatkan dua pasu ini cili dan selasih, lalat buah akan hilang.... Apapun saya akan cuba tanam kedua-dua pokok ini sepasu utk atasi masalah lalat buah....Tkasih kerana bagi ilmu baru ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau lalat buah, pada pendapat saya selasih dapat menyelesaikannya kerana aroma dalam selasih menakutkan serangga.

      Satu lagi, kalau masalah terlalu serius, gantungkan perangkap lalat buah menggunakan cecair methyl eugenol jauh daripada tanaman saudara. kalau tinggal di taman perumahan, gantungkan di luar kawasan taman perumahan tersebut.

      Cecair ini akan menarik perhatian lalat buah jantan sejauh 4 1/2 km. jangan gantung perangkan di dalam kawasan tanaman kerana ia akan menarik perhatian lalat buah dari kawasan yang lain.

      Padam
  9. saya tanam cili satu pasu dengan pokok kemangi, tapi kena inject dengan lalat buah jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba gunakan tulasi pula. Ia mempunyai bau yang lebih kuat.

      Padam