Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 10 Januari 2012

Cara Buat Sabun Sendiri -- 9

Dari posting sebelum ini, kita boleh buat kesimpulan bahawa jenis minyak (asid lemak) yang digunakan menentukan ciri sabun yang terhasil.  Minyak yang lazimnya digunakan untuk buat sabun adalah seperti berikut.

Minyak Kelapa (Nyior)
Minyak kelapa amat popular untuk dibuat sabun kerana ia kaya dengan asid lemak.  Sabun yang dibuat menggunakan minyak kelapa keras dan menghasilkan buih yang banyak.  Namun begitu, kalau gunakan terlalu banyak minyak kelapa, sabun mengeringkan kulit.  Kurang elok untuk kulit.  Kita inginkan sabun yang melembapkan kulit, kata orang kesan moisturising.
Jadi elok gunakan 20% hingga 30% aja minyak kelapa.  Perlu campur dengan minyak yang lain untuk hasilkan sabun yang elok.

Minyak Sawit
Minyak sawit juga popular digunakan untuk buat sabun.  Sabun yang dihasilkan lebih lembut dan sesuai untuk kulit.  Ia juga kukuh tetapi tidak sekeras sabun yang dibuat dari minyak nyior.  Jadi kalau mahu sabun yang terbaik, gunakan minyak campuran minyak sawit dan minyak nyior.

Minyak Zaitun
Minyak ini digunakan untuk menghasilkan sabun yang menyegarkan.  Ia kaya dengan vitamin, mineral dan protein.  Minyak zaitun sesuai dibuat syampu.  Tapi proses saponifikasi menggunakan minyak zaitun memerlukan masa yang lama, berbanding dengan minyak nyior atau minyak sawiit.  Lagipun, harga minyak zaitun terlalu mahal.

Minyak Bunga Matahari
Lazimnya digunakan menggantikan minyak zaitun kerana harganya yang lebih murah.  Minyak bunga matahahri juga kaya dengan vitamin.  Biasannya minyak bunga matahari dicampur dengan minyak nyior atau sawit untuk menghasilkan sabun dengan lebih cepat dan lebih keras.

Minyak lain juga boleh digunakan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan