Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 10 Januari 2012

Buah Nangka Buah Terbesar Dalam Dunia?

Pokok nangka di tepi rumah berbuah lebat.  Ada yang syorkan supaya dibungkus buah tersebut supaya tidak buruk.  Masalahnya, siapa nak panjat... pokok nangka bergetah.  Nampak elok aja.  Mungkin tak perlu dibalut sebab tiada tanda serangan makhluk perosak.


Buah nangka di tepi rumah, belum ranum.
Ini pula pokok yang satu lagi.  Buahnya lebat di tepi pagar bersebelahan rumah jiran.  Tetiba aja terhidu bau wangi.  Alhamdulillah, sebiji nangka telah ranum.  Saya panggil Akasyah untuk menolong. 
Buah nangka di tepi pagar, Ada yang sedia untuk dipetik.
Akasyah ni anak ke lapan.  Masih dalam sekolah rendah.  Akasyah ni bukan jenis outdoor.  Dia hanya tolong kalau ada sesuatu yang dia nampak menguntungkan aja.  Kalau nak ajak tanam sayur, mesti sayur yang dia suka makan.  Kalau tidak, "Akasyah allergy ngan sayur tu."

Hari ni nak pujuk Akasyah petik buah nangka sama-sama, kena bagi fakta yang menakjubkan.  "Akasyah, mari ikut Papa petik buahyang terbesar di dalam dunia."  Akasyah pun melompat keluar mencapai selipar.  Bila dah sampai ke tempat buah nangka, Akasyah bertanya, "Buah apa ni Papa?".  MasyaAllah, buah begini punya besar, Akasyah tak sedar pun ada kat tepi rumah.  "Inilah buah nangka, buah yang paling besar kat dunia ni."

"Oh, ingagtkan buah labu yang paling besar, buah ini lagi besar ya Papa?"  Ya lah, buah labu besar sebab dipaksa, yang ini besar secara semulajadi.  "Papa, buah ni berdarahlah!  Akasyah tak boleh pegang, nanti kena darah dia, allergy!"

"Itu getahlah nak oii, nanti Papa ajar macam mana nak bersihkan tangan yang kena getah nangka."

Beratnya buah ni, macamana nak angkat ni?

8 ulasan:

  1. Akasyah allergi?... sabor je mendengarnya... ;p

    saya suka kalau nangka ni - buat kuih talam nangka atau buat pengat... sedapnya...

    BalasPadam
  2. Besar nangka tu. Sama besar dah dengan badan anak encik. Sabor je la dengar alergi tu. Saya pernah tengok klon nangka dari USM mencecah 45 kg satu buah. Huish besar tu. Dah nak sama dengan berat badan saya. Heh.

    Kalau nangka, saya ni suka makan fresh jer. Lebih tu bagi jiran-jiran jer. Maklumla rumah kecik jer.

    BalasPadam
  3. Nangka memang enak. Kalau tak ada buah yang ditanam sendiri, kadang-kadang ke pasar borong dan beli sebiji yang bersaiz besar. Nak menyiangnya aja ambil masa 2 petang. Tapi puas makan.

    BalasPadam
  4. hehe... berdarah....

    ada jugak tanam pokok nangka kat tepi jalan... benih dari nangka madu tepi jalan... hasilnya tidaklah seperti yang dibeli...heheh last last biar je lah dia hidup... buahnya tak dikutip pun...

    mungkin kena beri baja supaya buah lebih elok dan manis barangkali??? tak tahulah...

    BalasPadam
  5. Pokok nangka kalau dah besar melepasi ketinggi kambing dah kira selamat. Kalau tidak, asyik jadi korban Sang Kambing aja. Walaupun daunnya bergetah, kambing suka makan.

    Pokok ini pun di tanam dari biji. Induk asal pun nangka madu. :) Zicron21ck patut baja tu. Sayang, satu biji berapa kilo tu. Kalau tak mahu tunggu besar, buah muda pun boleh dibuat lauk. Gulai nangka sedap!

    BalasPadam
  6. Hehehe... lepas ni try baja... stok baja kimia banyak...ada banyak kat atas pokok... tengah membesar.

    gulai nangka memang sedap... ni kalau kenduri memang dicari tapi selalu mesti takde...hehehehe tapi tak masak sebab mak takleh makan...

    BalasPadam
  7. salam tuan tanah, saya teringin nk tanam nangka sayur lah, orang kata nangka sayur ni jenis lembut untuk buat sayur, berbeza nangka lain, macam mana nak carik benih ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam,
      Saya kurang arif tentang jenis-jenis nangka.

      Padam