Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 8 April 2013

Benih Untuk Dijual -- Cili Merah Kampung (OP)

Cili Merah Kampung baka campur.  Benih bercambah dalam masa 1 minggu selepas disemai.  Benih tahan penyakit dan buah sederhana pedas.  Saiz buah sebesar jari kelingking dan pokok berbuah lebat.  Sesuai dibuat jeruk atau dihiris dan dicampur kicap.  Enak dimakan sebagai ulam bersama nasi.

Cili kampung lebat berbuah.



1 pek mengandungi purata 20 biji benih.  5 pek dijual dengan harga RM10.

Cara Memesan Benih

36 ulasan:

  1. Salam tuan Is... saya nak tuan simpankan beberapa benih. Benih ni adalah pesanan kakak ipar saya...

    1. cili kulai king
    2. roselle
    3. cili pimiento(harapnya masih ada)
    4. kailan
    5. daun sup
    6. Bendi singa
    7. Sawi wang bujang
    8. kacang buncis
    9. kobis cina
    10. lobak putih....

    simpankan dulu. nanti saya bayar bersama dengan order saya punya...huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, zicron21ck, saya akan simpankan. Terima kasih kerana perkenalkan blog tanamsendiri kepada kakak ipar. :)

      Padam
    2. hehe... dunia bertani, kena kenalkan pada orang yang suka bertanam...

      satu malam dia jelajah blog tuan pada HP saya....

      Padam
    3. Lama tu. Koleh kebas jari godek HP. :)

      Padam
    4. nasib baik smart phone dan skrin besar...hehehehe

      Padam
  2. kalau saya nak dapatkan 10kg biji cili padi,how much?for research project-student

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Nur Sakinah Bt Ibrahim,
      Saya tiada menyimpan benih cili padi sebanyak itu. Saya stokkan untuk hobbyist sahaja.

      Padam
  3. Tuan, maaf bertanya. Kalau daun suda kelaur dua, kena bagi direct matahari atau ada pelapik sikit?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letak bawah tempat teduh dulu. Dua tiga hari sebelum ingin alih ke tempat panas (2 set daun sebenar, jadi jumlah daun 6 helai), letak di tempat panas 2 hingga 3 jam sehari selama 3 hari atau sehingga pokok nampak keras. Kemudian alih ke tempat panas, iatu tempat pokok akan membesar dan berbuah.

      Padam
    2. cili kampung nie sama dgn cili padi kampung tak?

      Padam
  4. blh saya tau kenapa kalau saya tanam pokok cili apa2 jenis pun mesti tak menjadi,maksud saya masa menjd anak benih ok lg,bila dah nak besar mesti daunnye berkedut dan di bawah daun tersebut ada benah putih..puas saya menyembur racun malation tp benah putih,daun berkedut mesti ada di bawah daun dan merencatkan pertumbuhan pokok cili tersebut...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu serangan kalat putih. Guna semburan larutan sabun pencuci pinggan dan minyak masak.

      Padam
    2. kalau guna semburan larutan sabun pencuci pinggan dan minyak masak,takda effect apa2 pada pokok cili?cara nie blh dguna untuk pokok hiasan ke en.iskandar?

      Padam
    3. Pastikan sukatan tepat sebagaimana rumusan yang saya beri dan campuran digoncang hingga semua terlarut.

      Ya, boleh guna pada pokok bunga.

      Padam
  5. Encik Iskandar.. boleh buat penghantaran ke singapura..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum pernah lagi, tapi tiada masalah. Boleh buat penghantaran ke sana.

      Padam
  6. Asm.

    Ada ke lagi stok cili kg ni. Sy nak dalam 5 paket.

    Hj Azhar Ipoh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam,
      Ya benih masih ada dalam stok kami. Semua benih yang dipamerkan dalam panel kanan blog ada dalam simpanan kami. Benih yang kehabisan stok dikeluarkan daripada senarai.

      Padam
  7. boleh hantar ke labuan ke encik iskandar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, ke mana sahaja di Malaysia, Brunei dan Singapura.

      Padam
  8. Alhamdulillah da sampai pun kiriman benih saya..
    terima kasih

    BalasPadam
  9. en.iskandar ada no tel senang saya call

    BalasPadam
  10. en iskandar duduk area mana kalau dekat boleh saya datang beli biji benih cili

    BalasPadam
  11. en.iskandar ada no tel senang saya call

    BalasPadam
    Balasan
    1. No telefon ada pada pautan Cara Memesan Benih pada panel kanan blog.

      Padam
  12. campuran sabun pencuci + minyak masak ( baru atau yg sudah di gunakan? ) utk buat penghalau perosak pokok cili

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru. Yang dah digunakan aan menyebabkan pokok dijangkiti kulat.

      Padam
  13. pokok tulasi dan basil adakah pokok yg sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulasi adalah sejenis basil. Kemangi, selasih, semuanya dari keluarga basil.

      Padam
  14. salam.. tuan sy nak cari benih pokok kidah buaya

    BalasPadam
  15. Tuan, cili ni jenis yg kurang pedas ke? saya mencari cili yg kurang pedas sebagai ulaman yg biasa dijual dipasar..baka apa itu???

    BalasPadam
  16. saya nak tanya kat mana lokasi en iskandar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya di Semenyih. Untuk pebelian benih, di mana pun boleh sebab kiriman dibuat melalui pos sahaja.

      Padam