Cili Merah Kampung baka campur. Benih bercambah dalam masa 1 minggu selepas disemai. Benih tahan penyakit dan buah sederhana pedas. Saiz buah sebesar jari kelingking dan pokok berbuah lebat. Sesuai dibuat jeruk atau dihiris dan dicampur kicap. Enak dimakan sebagai ulam bersama nasi.
| Cili kampung lebat berbuah. |
1 pek mengandungi purata 20 biji benih. 5 pek dijual dengan harga RM10.
Cara Memesan Benih
Salam tuan Is... saya nak tuan simpankan beberapa benih. Benih ni adalah pesanan kakak ipar saya...
BalasPadam1. cili kulai king
2. roselle
3. cili pimiento(harapnya masih ada)
4. kailan
5. daun sup
6. Bendi singa
7. Sawi wang bujang
8. kacang buncis
9. kobis cina
10. lobak putih....
simpankan dulu. nanti saya bayar bersama dengan order saya punya...huhuhu
Ok, zicron21ck, saya akan simpankan. Terima kasih kerana perkenalkan blog tanamsendiri kepada kakak ipar. :)
Padamhehe... dunia bertani, kena kenalkan pada orang yang suka bertanam...
Padamsatu malam dia jelajah blog tuan pada HP saya....
Lama tu. Koleh kebas jari godek HP. :)
Padamnasib baik smart phone dan skrin besar...hehehehe
Padamkalau saya nak dapatkan 10kg biji cili padi,how much?for research project-student
BalasPadamSalam Nur Sakinah Bt Ibrahim,
PadamSaya tiada menyimpan benih cili padi sebanyak itu. Saya stokkan untuk hobbyist sahaja.
Tuan, maaf bertanya. Kalau daun suda kelaur dua, kena bagi direct matahari atau ada pelapik sikit?
BalasPadamLetak bawah tempat teduh dulu. Dua tiga hari sebelum ingin alih ke tempat panas (2 set daun sebenar, jadi jumlah daun 6 helai), letak di tempat panas 2 hingga 3 jam sehari selama 3 hari atau sehingga pokok nampak keras. Kemudian alih ke tempat panas, iatu tempat pokok akan membesar dan berbuah.
Padamcili kampung nie sama dgn cili padi kampung tak?
PadamTak sama.
Padamblh saya tau kenapa kalau saya tanam pokok cili apa2 jenis pun mesti tak menjadi,maksud saya masa menjd anak benih ok lg,bila dah nak besar mesti daunnye berkedut dan di bawah daun tersebut ada benah putih..puas saya menyembur racun malation tp benah putih,daun berkedut mesti ada di bawah daun dan merencatkan pertumbuhan pokok cili tersebut...
BalasPadamItu serangan kalat putih. Guna semburan larutan sabun pencuci pinggan dan minyak masak.
Padamkalau guna semburan larutan sabun pencuci pinggan dan minyak masak,takda effect apa2 pada pokok cili?cara nie blh dguna untuk pokok hiasan ke en.iskandar?
PadamPastikan sukatan tepat sebagaimana rumusan yang saya beri dan campuran digoncang hingga semua terlarut.
PadamYa, boleh guna pada pokok bunga.
Encik Iskandar.. boleh buat penghantaran ke singapura..?
BalasPadamBelum pernah lagi, tapi tiada masalah. Boleh buat penghantaran ke sana.
PadamAsm.
BalasPadamAda ke lagi stok cili kg ni. Sy nak dalam 5 paket.
Hj Azhar Ipoh
Waalaikum salam,
PadamYa benih masih ada dalam stok kami. Semua benih yang dipamerkan dalam panel kanan blog ada dalam simpanan kami. Benih yang kehabisan stok dikeluarkan daripada senarai.
boleh hantar ke labuan ke encik iskandar?
BalasPadamBoleh, ke mana sahaja di Malaysia, Brunei dan Singapura.
PadamAlhamdulillah da sampai pun kiriman benih saya..
BalasPadamterima kasih
Sama-sama.
Padamen.iskandar ada no tel senang saya call
BalasPadamen iskandar duduk area mana kalau dekat boleh saya datang beli biji benih cili
BalasPadamSaya di Semenyih.
Padamen.iskandar ada no tel senang saya call
BalasPadamNo telefon ada pada pautan Cara Memesan Benih pada panel kanan blog.
Padamcampuran sabun pencuci + minyak masak ( baru atau yg sudah di gunakan? ) utk buat penghalau perosak pokok cili
BalasPadamBaru. Yang dah digunakan aan menyebabkan pokok dijangkiti kulat.
Padampokok tulasi dan basil adakah pokok yg sama
BalasPadamTulasi adalah sejenis basil. Kemangi, selasih, semuanya dari keluarga basil.
Padamsalam.. tuan sy nak cari benih pokok kidah buaya
BalasPadam