Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 19 Januari 2012

Benih Pasaraya -- Sweet Basil


Satu tabiat saya yang sukar dibuang adalah bila berada di mana-mana pasaraya, saya akan tersangkut kat bahagian gardening.  Kalau ada benih yang saya minat, walaupun dah ada jenis yang hampir sama di rumah, saya akan beli juga walaupun satu pek.  Kemudian benih tersebut akan tersimpan dalam tupperware di dalam peti sejuk.

Minggu lepas bila belek-belek koleksi benih yang dibeli di pasaraya, saya teringin nak semai benih sweet basil.  Basil adalah pokok herba yang berbau harum dari keluarga selasih/kemangi.  Biasanya basil digunakan sebagai perisa makanan.

Benih ini saya beli dari pasaraya di Alamanda, Putrajaya.  Satu pek benih berharga RM4.98.  Lepas dibundarkan, lima ringgit lah tu.  Di dalam sampul tersebut terdapat benih yang dipek dalam lapisan aluminium.  Apabila digunting pek tersebut, terdapat 18 biji benih sweet basil.


Pek benih Sweet Basil
Bemih tersebut saya semai di dalam pot yang boleh diurai secara biologi atau biodegradable pot. Selepas 24 jam disemai saya dapati biji benih bersalut jel, sama seperti biji selasih yang popular diisi di dalam minuman.  Selepas 4 hari disemai, kelihatan akar keluar daripada biji benih.  Gambar ini diambil selepas 10 hari biji benih disemai.  InsyaAllah kalau ada rezeki, dapat gunakan sweet basil dari pokok ini sebagai perisa makanan.


Cambahan Sweet Basil selepas 10 hari disemai.

10 ulasan:

  1. Pokok sweet basil ni ada ditanam dirumah... beli di giant semasa ada pameran tanaman disitu yang dibuat oleh syarikat baba... hari tu ada keluar bunga dan dapatlah biji benih dia... dah disemai, dapat 4 anak pokok.

    masa tu ada beli herba thyme, oregano dan rosemary... sayangnya rosemary dah mati la... tengah nak mencari pokok ganti, masih tak jumpa2 lagi hhuhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua tu mudah dijaga. Rosemary pokok asal Mediterranean. Tak boleh terlebih air. Rosemary akan mati kalau akar cedera atau terlebih siram.

      Padam
    2. rasanya terlebih air... sebab beli tu masa musim ujan... huhuh memang tak tau... sekarang ni bila nak mencari yang baru agak payah sebab pengangkutan utama adalah motor... jadi susah nak beli pokok dalam pasu ni..

      Padam
    3. Bila beli anak pokok rosemary, boleh kerat ranting can cucuk ke dalam tanah untuk propagasi. Ini membantu membanyakkan pokok tersebut.

      Padam
  2. Adakah benih2 yg dijual di kebanyakan pasaraya pada tahap kualiti yg sesuai atau ada jenama tertentu yang mempunyai kualiti yg baik berbanding jenama lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kurang pasti tentang jenama. Kebanyakan benih yang dijual atas kedai tersimpan pada suhu yang tinggi. Ini mencepatkan benih menjadi luput.

      Kalau di pasaraya, memang semua premis dalam bilik berhawa dingin. Ini membantu memanjangkan umur benih.

      Benih tahan lama jika disimpan pada suhu yang rendah, misalnya dalam peti sejuk. Sebab itu saya simpan semua benih di dalam peti sejuk.

      Padam
    2. owh... baru saya tahu elok simpan benih dlm peti sejuk. saya simpan dlm laci dlm suhu biasa je kat rumah. mgkn akan jd cepat rosak kalau mcm tu.

      ada tak apa2 bekas yg dijual yg blh simpan pelbagai jenis benih dlm 1 bekas. Mcm 1 bekas untuk alatan memancing- satu bekas besar, ada sekat2 utk wujudkan ruang2 kecil

      Padam
    3. Bekas tersebut mesti kedap air. Bekas plastik (tupperware) yang kedap air boleh digunakan. Saya seal dahulu benih dalam plastik kemudian letak di dalam bekas plastik.
      Bila keluarkan, biarkan bekas di luar sehingga suhu dalam bekas setara dengan suhu bilik, baru saya buka bekas. Ini untuk mengelakkan air terkondensasi pada benih.

      Padam
  3. as slm en.Is....mcm mane ye cara penyemaian biji benih selasih yang betul?sbb sy da tnam tp lmbt sgt bcambah...dekat 3 minggu...

    BalasPadam
  4. Jenis tanah memainkan peranan penting. Jangan guna tanah bakar.
    Dalam conth gambar ini, saya guna tanah campur. Ia mengandungi tanah liat dan pasir. Sekarang saya guna tanah organik/tanah kompos/growmix.

    Rendam dulu benih dalam air suam. Ia akan kembang seperti biji selasih dalam minuman ABC. Kemudian semai. Tanam sedalam 1 cm. Cambahan akan kelihatan selepas 10 hari. Pastikan tanah tidak kering sebelum benih bercambah. Spray dengan air untuk lembapkan tanah.

    BalasPadam