Untuk pengunjung yang belum dapatkan benih kongsi, benih yang diedarkan secara percuma untuk disemai di bulan ini (Januari 2012) ialah benih mentimun. Pokok mentimun adalah pokok yang memanjat menggunakan sulur paut. Pokok ini elok ditanam di atas tanah dan dipasang pancang untuk pokok mentimun memanjat. Namun begitu, bagi rakan-rakan yang tidak memiliki ruang tanah, pokok ini boleh ditanam di dalam bekas yang dipasang dengan pancang.
Buah mentimun yang dipetik terus dimakan adalah lebih rangup dan enak berbanding buah yang dibeli, kerana buah mentimun yang dibeli telah tersimpan sebelum dijual.
Untuk dapatkan benih kongsi, sila emelkan nama dan alamat ke iskandar.abdulrashid@gmail.com
----------------
This month's seeds for sharing -- Cucumber
To get the free seeds, please email your name and address to iskandar.abdulrashid@gmail.com
yeay... nak juga... benih timun... ^_^
BalasPadameh... nnt kalau rajin buat entry pasal cara penanaman & penjagaan timun... bole?... TQ...
Benih dah dikirim pada ejaMaria semalam. Esok atau lusa insyaAllah ejaMaria akan terima.
BalasPadamOh ya, entri untuk tanam sendiri mentimun dah ada. Klik kat label mentimun. Tapi yang detail lum ada, diharapkan kita dapat bincang suapaya entri tersebut lebih kemas. :)
Saya sendiri pun baru semai benih mentimun batch ini. Belum bercambah lagi. Tetiba di sini dah macam kemarau pulak. Semalam pokok kekeringan.
Salam tuan,
BalasPadamNak juga benih timun tu.Senyumm..terimakasih.
Waalaikum salam,
BalasPadamBenih mentimun akan dikirim kepada Puteri Purnama petang ni. :)
Salam tuan..
BalasPadamDah selamat terima benih yang dikirim..
Terima kasih banyak-banyak...
Semoga Allah merahmati tuan sekeluarga..amin..
Alhamdulillah.
BalasPadamTerima kasih kerana mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. Semuga Allah rahmati Tuty dan keluarga juga. Amin.
salam tuan,
BalasPadamAlhamdulillah - benih kongsi kiriman tuan selamat saya terima hari ini, petang nanti balik dari kerja dah nak mula membenih - tongah somangat nak tanam timun tuan..Terima kasih tuan atas perkongsian ini.
Waalaikum salam Sdr Radens albanjari,
PadamAlhamdulillah. Sama-sama.
Selamat berkebun.
Salam Tuan,
BalasPadamKalau ada stok lagi, nak jugalah cuba-cuba tanam benih timun ni.
Waalaikum Salam,
BalasPadamYa, benih masih ada lagi. Benih akan dikirim ke alamat biasa Baguznet.
Alhamdulillah... benih telah selamat sampai smlm.
PadamTerima kasih daun keladi
Assalamualaikum Tuan,
BalasPadamSaya dah terima benih timun. Terima kasih..
Waalaikum salam audinur29,
PadamAlhamdulillah, sama-sama.