Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 2 Januari 2012

Benih Kongsi Bulan Ini -- Mentimun

Bulan lepas saya telah berkongsi benih bayam putih daun bulat (Amaranthus spp.).  Mungkin kerana bulan lepas musim hujan, saya tidak banyak menerima permintaan benih tersebut.  Saya hanya dapat mengagih lebih kurang 200 pek benih tersebut.  Di bulan sebelum itu saya telah berkongsi benih kacang buncis (Phaesalus vulgaris) dan kira-kira 1000 pek benih dapat dikongsi.

Untuk tahun ini saya akan mulakan perkongsian dengan benih mentimun baka tempatan (Cucumis sativus).  Sasaran saya adalah untuk berkongsi 1,000 pek benih tersebut.  Kepada rakan-rakan yang berminat untuk dapatkan benih tersebut boleh kirimkan nama serta alamat penerima ke iskandar.abdulrashid@gmail.com.

Kepada sahabat anonymous yang telah memasukkan sejumlah wang untuk perbelanjaan benih kongsi dan pos sebelum ini, terima kasih.  Tidak sangka pula ada sahabat anonymous yang sudi contribute.  Sumbangan tersebut amat dihargai.  Allah saja yang dapat membalas jasa baik tuan/puan.

7 ulasan:

  1. Terima kasih kepada En. Iskandar yang sanggup berkongsi biji benih bersama kami. Semua biji benih yang en kirimkan bernas belaka.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, kadang-kadang risau juga kalau-kalau benih menjadi hampa. Untuk pastikan semua benih dalam keadaan baik, saya pastikan cara simpanan betul. Masalahnya sekarang terlalu banyak jenis benih yang disimpan, satu peti sejuk dah tidak mencukupi. Penuh!

    BalasPadam
  3. oh. cakap pasal timun, saya nak bertanya soalan mengenai timun kecil ini. Encik tahu tak nama saintifik untuk pokok ini? Puas saya cari tapi tak jumpa di internet.

    http://izhamwong.blogspot.com/2011/08/timun-kecil.html

    BalasPadam
  4. Kelihatan seperti ivy gourd. Di kawasan rumah saya tumbuh berkeliaran. Nama sainsnya, Coccinia grandis. Ia tumbuh melata di negara kita dan negara asia yang lain, misalnya di negara India.

    BalasPadam
  5. Terima kasih en.! Akhirnya jumpa juga nama saintifik. Barulah senang saya nak buat kajian mengenai tumbuhan ini. Kalau nama di Malaysia memang ia dipanggil ivy gourd atau ada nama lain?

    BalasPadam
  6. Sy dh lma mecari benih timun kecil ni... sy ingatkan tnm dgn biji benih, rupa2nya dgn keratan btg aje... bole x sy dptkan benihnya klu x keberatan... tq

    BalasPadam
  7. Sama-sama. Di Malaysia saya tak tahu apa namanya (common name). Di kampung saya dulu, tumbuhan ini dinamakan "timun padang". Itu pun saya tak pasti, sebab pengasuh yang jaga saya, semua yang liar dan lebih kecil dari tumbuhan yang biasa ditambah perkataan "padang". Terung padang terung kecil berwarna hijau, petai padang, petai kecil dicampur dalam sambal belacan, dan yang ini timun padang.

    BalasPadam