Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 15 Januari 2012

Benih Ivy Gourd Di Hurung Semut

Barangkali isi mentimun padang enak bila buahnya ranum.  Benih yang saya keringkan untuk disimpan, isinya tidak perlu dibersihkan.  Semut datang menghurung dan memakan isi yang terlekat pada biji benih yang sedang dijemur.
Benih Ivy Gourd sedang dibersihkan oleh semut.

8 ulasan:

  1. Oh? Saya ingatkan timun padang tiada menghasilkan biji benih. Nampaknya saya masih jauh lagi dalam bidang hortikultur ni. Terima kasih en Is kerana berkongsi maklumat ini.

    Saya rasa perlu jemur tempat kurang semut. Tapi takut pula ayam makan.

    BalasPadam
  2. Biasanya saya jemur dalam brown bag, untuk mempastikan biji benih tidak terkena cahaya matahari secara terus. Benih ini, disebabkan isinya yang basah, saya jemur tanpa brown bag. Niatnya bila dah kering, cuci isi baru jemur dalam brown bag. Rupa-rupanya, isi mentimun padang juga menjadi kegemaran semut.

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum tuan,
    wahh semut pun tumpang rezeki tuan..alhamdulillah.Kalau boleh kongsikan gambar ivy gourd.. nak tengok ..terimakasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tidak pula ambil gambar buahnya. Ia kelihatan seperti buah mentimun tetapi bersaiz kecil. Gambar ada diposkan oleh I Wong dalam blog Santai Tani.

      Padam
  4. Adakah bila telah dihurung semut bermakna benih tersebut telah rosak dan tidak boleh lagi hendak digunakan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semut hanya menghurung bahagian isi yang tersalut pada biji. Sebenarnya mereka tolong saya dengan membersikan biji benih tersebut. Bagagian biji benih tidak terusik, malah bersih dan sempurna.

      Padam
  5. Saya baru baca buku mengenai timun ini. Nama tempatannya ialah Pepasan. Boleh rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Pepasan
    Saya nyatakan buku yang saya rujuk di bahagian rujukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih I wong. Maklumat yang berguna.

      Padam