Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 12 Januari 2012

Alatan -- Mesin Rumput Sandang

Mesin Rumput Sandang adalah alatan yang digunakan untuk memotong rumpai jika mempunyai kawasan yang luas. Jika kawasan tidak terlalu luas, memadai menggunakan mesin rumput elektrik.

Mesin Rumput Sandang dapat menyiapkan kerja memotong rumput dengan cepat.

Batang pemotong memungkinkan kerja memotong lebih bebas.
(Sebenarnya saya lebih rela gunakan mesin rumput elektrik.  :)) Ini kerana mesin rumput berenjin petrol walaupun tahan membuat kerja memotong yang banyak, mesin ini agak sukar dimulakan (start) kerana sistem enjin dua lejang perlu dimaintain selalu.  Model yang saya gunakan agak kasar buatannya.  Sebelum dapat memulakan kerja, separuh dari tenaga dihabiskan mencuba memulakan injin.  Penat!  Susah start

Mesin ini juga bergetar dengan kuar serta mengeluarkan bunyi yang bising.  Ini mampu memudaratkan badan jika digunakan secara berterusan.  Kalau ada duit lebih, dapatkan model yang lebih reliable supaya tidak menghadapi masalah yang remeh ketika menjalankan kerja, atau upah orang sahaja memesin rumpat supaya tenaga yang ada boleh ditumpukan kepada aktiviti menanam.

---------------------------
Tools/Hardware -- Lawn Mower (Backpack)
Lawn Mower/Weed cutter is a machine used to cut weeds in large area. If the area is not too large, electric grass cutter is sufficient.
 
Get a reliable model.  The model that I use is not reliable, hard to start, produces vibrations, and loud noise.  If prolong use, this machine may harm your body, especially joints and may cause hearing impaired.  Use proper safety gear, such as ear plugs, thick gloves and safety googles.

16 ulasan:

  1. nampaknya kurang ergonomik memesin rumput ni...huhuhu

    tapi tak pernah memesin sebab semua kerja abang yang buat. hehehe tapi bab menanam, saya yang buat...

    BalasPadam
  2. cara untuk mengikat kabel ke mesin rumput

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cucuk pada lubang yang disediakan, iaitu dua lubang merentasi pusat pemutar. Ia tak perlu disimpul.

      Padam
  3. dh 3 tahun guna ok je, mula2 tu mmg lh, alah bisa tegal biasa, mesin rumput keliling rumah sndiri 2 kali sebulan. Pnat tu mmg penat bila kluar peluh rsa sihat. Klu joging pun penat jga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kajian yang telah dibuat terhadap kesan getaran alat pertanian terhadap tulang dan sendi. Ketika muda ok lagi. Kalau guna sekali sekala tak mengapa.

      Ya betul tu, kalau jogging dapat penat dan rumput dan rumpai masih panjang.

      Padam
  4. untuk mudah start mesin...

    selepas guna, pastikan bahan api dalam tank & dalam karburetor betul2 habis.
    jangan simpan bahan api dlm mesin lebih dari 2 minggu..

    sekiranya ada balance dalam tank, sila buang (terbalikkan mesin tersebut) tak perlu sayang2 bahan api tu.

    kemudian start semula mesin tersebut (idling), biarkan dia mati sendiri (maybe dlm 5 minit).

    mesin susah nk hidup kerana minyak 2t termendap dlm karburetor setelah di biarkan lama..

    BalasPadam
  5. Mudah jer nak handle mesin rumput ni...pastikan setiap kali guna mesti off kan minyak dan bila nak pakai baru on kan semula minyak tu...dan pastikan minyak pelincir atau 2T jgn melebihi 2 penutup ok..dan sekiranya ssh nak hidupkan enjin lagi offkan minyak dan buangkan minyak dlm caburator sehingga kering dgn cara menekan picu di bwh caburator itu...lps itu onkan minyak dan start semula pasti hidup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sdr ali salleh. Maklumat yang sangat berguna dan boleh dimanfaatkan oleh semua pemilik mesin rumput sandang.

      Padam
    2. Sebenarnya byk cara nk offkn mesin. Sya gna mesin buatan Taiwan je, nk masuk 4 tahun, setakat ni Alhamdulillah. Lps guna jgn matikan enjin tp tutup cord minyak smpai enjin mati. Bila nk guna bru goncang mesin tu agar minyak 2T yg mendap dlm tangki tu bercampur dgn petrol. Pengalaman sya lah (bukan promosi) gna 2T Petronas (mahal sikit la) enjin mudah dihidupkan dn lancar (x meletup2)

      Padam
  6. saya guna mesin jenama mitsubishi. yang paling baik.dah dekat 10tahun...tiada sebarang kerosakan..3kali tarik dah start...10tahun dulu beli rm999... sekarang rm1300....

    BalasPadam
  7. cara penggunaan sebelum memulakan tugas mesin rumput

    BalasPadam
  8. kenapa, apabila grasscuter yang digunakan keluar asap ye.bnyak2 pula tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin sukatan campuran minyak pelincir 2T dengan petrol tak serasi.

      Padam
  9. Boleh bgthu cara sukatan petrol ngn minyak 2T,pastu penting ker minyak 2T ni ?

    BalasPadam