Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 31 Januari 2012

Gambar Hari Ini -- Sawi Berbunga

Sawi Hong Kong mudah berbunga.  Apabila ia mula berbunga, batang pokok akan tumbuh panjang dan menonjol.  Mungkin untuk menarik perhatian serangga pendebunga.  Jika sawi berbunga, tibalah masanya untuk dituai.  Jangan risau, rasa sawi ini enak.

Sawi Hong Kong yang berbunga.

Ahad, 29 Januari 2012

Sayur dalam bekas styrofoam

Saya juga ada cuba tanam beberapa jenis sayur dalam bekas gabus dan bekas gabus.  Ini contoh bekas ganus yang diletak di depan ofis.  Dari pengalaman saya, bekas kayu yang terbaik tetapi boleh tanam setakat 3 cycle aja sebab kayu akan reput.  Tanam dalam gabus pun ok.  Ini contoh dua kotak gabus yang saya tanam dengan beberapa jenis sayur.  Mentimun (OP) (masih kecil, berumur seminggu) dan tomato dijadikan tanaman utama dalam gabus-gabus tersebut.  Pokok lain yang diletak termasuk salad green parade (masih satu jengkal), sawi dari pelbagai jenis, lobak putih dan sayur putih (kobis cina) dan kailan (baka 117).  Tnah digunakan tanah campur yang dijual dinurseri, dicampur dengan satu mangkuk kondisyener dan sedikit guano sebagai baja organik.  Kotak ini berumur 3 minggu.

Kailan dan lobak putih melonjak dalam kotak ini.  Kobis cina masih sederhana.

Kobis cina dah sedia untuk dipetik, buat ulam ketika lunch.  Tomato juga dah besar, cuma belum berbunga.

Beginilah kotak gabus yang saya letakkan di hadapan pintu masuk ke ofis.  Salad bar untuk makan tengah hari kedai Mamak. :)

Sabtu, 28 Januari 2012

Gambar Hari Ini -- Timun Jepun dalam bekas gabus

Tentang tanam dalam polistirena -- Semalam saya ada posting tentang penduduk Pekan Broga yang menanam sayur dalam bekas gabus (polistirena). Sebelum ini saya memang ada tanam dalam polistirena, tapi setakat cuba-cuba dulu. Saya tanam pelbagai jenis dalam satu bekas.  Kira penuh ruang aja.  Nampaknya hasilnya memuaskan.  Contohnya dalam bekas ini saya gabungkan timun jepun dengan salad green parade.  Nampaknya saya perlu pasang pancang kerana pokok dah mula nak memanjat.  Pokok salad terlindung oleh daun timun jepun juga cepat membesar kerana pada umur yang muda ia masih manja dengan cahaya matahari yang terlalu kuat.  Mungkin bila besar nanti pokok salad akan mendapat lebih cahaya dan semakin cepat membesar.  Saya cuba-cuba dulu. :)

Timun jepun dalam bekas gabus membesar dengan subur.

Jumaat, 27 Januari 2012

Sayur dalam styrofoam (bekas gabus)

Cuti Tahun Baru Cina, melencong ke Pekan Broga.  Pekan ni memang sesuai kalau nak ambil gambar ala retro sebab masih mengekalkan identiti lama.  Macam masuk warp ke tahun 60an, cuma kereta aja model baru.  Bila memergati kawasan tersebut, saya spot sesuatu yang menarik.  Penduduk di sini amalkan tanam sayur dalam bekas styrofoam, baki-baki isi sayur.  Bila berborak dengan orang yang ditemui, rupa-rupanya dah jadi tradisi di situ.  Dua bulan sebelum Tahun Baru Cina, mereka mula menyemai sayur dalam bekas.  Benih istimewa kata mereka.

Saya tersenyum tapi ada juga rasa terkejut kerana tidak tahu.  Rupa-rupanya jenis-jenis sawi yang saya tanam (dan kongsikan melalui blog ini) adalah dari jeniis yang istimewa untuk kejiranan ini.  Mereka makan sayur tersebut ketika Makan Besar.  Kagum pun ada juga kerana tanaman mereka subur.  Banyak lagi yang saya perlu belajar, mungkin bila ada masa free nanti, ke sana belajar dari orang-orang lama di sana.

Setiap bekas ditanam dengan sejenis sayur sahaja.  Mungkin saya akan letakkan satu atau dua bekas styrofoam di kaki lima dekat saya bekerja.  Kalau tanam sayur campur, ketika turun lunch, boleh petik buat ulam.  Boleh juga praktikkan  sistem buddy sebagaimana yang sedang dibincangkan.  Akhir-akhir ni makan di Kedai Mamak aja kalau tak sempat pulang.  Kerja penulisan hampir due.  Masalah dengan Kedai Mamak, mereka tiada sayur fresh.  Masakan mereka kurang sayur.  Kalau adapun, dimasak lama sampai hancur. 

Gambar Hari Ini -- Anak Petola Sarang

Petola sarang yang disemai mula mengeluarkan sulur paut.  Sudah tiba masanya untuk dialih.

Anak petola sarang di dalam polibeg.

Khamis, 26 Januari 2012

Gambar Hari Ini -- Anak Sawi Hong Kong

Sawi Hong Kong, atau sawi manis mudah ditanam dan boleh ditanam di dalam bekas. Hanya pastikan cambahan mendapat air dan cahaya matahari secukupnya. Kalau semuanya ok, satu bulan dah dapat dituai.
Anak Sswi Hong Kong

Rabu, 25 Januari 2012

Gambar Hari Ini -- Anak Kailan

Kailan juga boleh ditanam di dalam bekas. Saya perhatikan, kailan adalah tumbuhan yang lasak. kalau pertumbuhannya terbantut, saya cuma tukar bekas dan tanah dan ltakkan tumbuhan di celah-celah pokok lain sehingga ia pulih. Kemudian alih bekas ke kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak terutamanya cahaya pagi, insyaAllah ia akan tumbuh dengan cepat.Kailan adalah antara sayur yang saya suka tanam. 
Anak Kailan sedia untu dialih ke dalam bekas yang lebih besar.

Selasa, 24 Januari 2012

Gambar Hari Ini -- Lobak Putih di dalam Pasu

Lobak putih boleh ditanam untuk isinya (lobak) atau untuk daunnya.  Ada orang kata lobak putih perlu ditanam di atas batas kerana akarnya yang dalam.  Tapi siapalah yang ada tanah yang banyak.  Jika memiliki ruang yang terhad, bekas pun jadi.  Lihatlah sendiri.

Lobak putih dalam pasu.

Isnin, 23 Januari 2012

Alatan -- Penyedok Tanah

Walaupun nampak ringkas, saya rasa alatan ini praktikal.  Boleh juga buat sendiri.  Saya suka penyedok ini.  Kalau bertanam dalam bekas kecil, tanah tidak tumpah ketika mengisi bekas dengan tanah.

Penyedok tanah, scoop.

Gambar -- Aktiviti Kanak-kanak Berkebun

Satu dari kepuasan berkebun adalah apabila anak-anak sama-sama menolong ketika aktiviti berkebun.  Dengan cara ini kita dapat menunjukkan serba sedikit cara-cara berkebun, serta menanam minat anak-anak terhadap hobi berkebun serta cintakan alam semulajadi.  Anak-anak kecil pasti minat berkebun kerana inilah masanya dapat main tanah.  Kalau waktu biasa, pasti Mama bising.  Puteri pula sememangnya mencari peluang untuk bersama Papa.  Masa yang boleh melayan Puteri, biasanya adalah ketika berkebun.



Puteri memeriksa daun sayur putih.

Ahad, 22 Januari 2012

Gambar Hari Ini -- Kobis Cina, Sayur Putih

Bila pokok dah semakin besar, saya tuai daun yang besar untuk dibuat ulam atau dimasak.  Tapi pokok ditanam banyak pasu supaya dapat tuai dengan jumlah yang mencukupi.  Kanak-kanak suka makan ulam daun ni sebab manis dan rasa tidak kuat.

Kobis Cina atau sayur putih

Sabtu, 21 Januari 2012

Gambar Hari Ini -- Pokok Bunga Matahari

Tanaman bunga matahari ini telah disemai semula ke dalam pasu kecil yang pernah dipostkan pada 30 Disember 2011 yang lalu, iaitu sisa yang telah dimakan kambing.   Posting tersebut boleh dipamerkan melalui pautan ini. 

Saya telah meletakkan kembali dua biji benih bagi setiap pasu dan inilah hasilnya.  Anak pokok ini akan dialih ke dalam bekas yang lebih besar supaya terdapat lebih banyak ruang untuk pertumbuhan.

Pokok Bunga Matahari

Jumaat, 20 Januari 2012

Tuaian Hari Ini -- Manggis dan Rambutan

Buah-buah ini rasanya manis, dah sampai ke hujung musim.

Manggis dan rambutan.

Tanaman Bercampur, Sistem Buddy bahagian 4 daripada 10

Kedalaman Akar yang Berbeza
Tanam gabungan pokok yang mempunyai kedalaman akarnya berbeza.  Ini untuk mengelakkan persaingan akar di dalam tanah, yang secara langsung mengelakkan persaingan nutrien.  Gabungkan pokok yang mempunyai akar yang cetek dengan pokok yang mempunyai akar yang dalam.  
Contoh pokok yang mempunyai akar yang cetek termasuk pokok kacang, labu, bawang, salad, sawi dan cili.
Contoh pokok yang mempunyai akar yang dalam termasuk tomato, lobak putih, dan lobak merah.

Alatan -- Cangkul Tiga Mata, Penggembur

Cangkul Penggembur mempunyai 3 mata yang tajam.  Alat ini memudahkan menggembur tanah.  Jika ingin membeli Cangkul Penggembur, dapatkan jenis yang dibuat dari logam yang berat.  Ini untuk memudahkan kerja memecahkan tanah.


Cangkul Penggembur memudahkan kerja menggembur tanah.
------------------------
Tools -- Three Prong Hoe 
This tool is used for digging and tilling the soil.  Buy heavy type to ease digging.

Gambar Hari Ini -- Pokok Labu Air

Pokok labu air adalah pokok yang memanjat menggunakan sulur paut.  Pokok-pokok ini sedia untuk dialih ke dalam bekas yang lebih besar atau ke atas tanah.  Pokok labu air memerlukan pancang untuk memanjat.

Anak Pokok Labu Air

-------------------------------------------
Picture of the Day -- Bottle Gourd
Bottle gourds are climbers.  These plants are ready to be transplanted into a larger container or into a patch.  These plants needs stakes for climbing.

Khamis, 19 Januari 2012

Benih Pasaraya -- Sweet Basil


Satu tabiat saya yang sukar dibuang adalah bila berada di mana-mana pasaraya, saya akan tersangkut kat bahagian gardening.  Kalau ada benih yang saya minat, walaupun dah ada jenis yang hampir sama di rumah, saya akan beli juga walaupun satu pek.  Kemudian benih tersebut akan tersimpan dalam tupperware di dalam peti sejuk.

Minggu lepas bila belek-belek koleksi benih yang dibeli di pasaraya, saya teringin nak semai benih sweet basil.  Basil adalah pokok herba yang berbau harum dari keluarga selasih/kemangi.  Biasanya basil digunakan sebagai perisa makanan.

Benih ini saya beli dari pasaraya di Alamanda, Putrajaya.  Satu pek benih berharga RM4.98.  Lepas dibundarkan, lima ringgit lah tu.  Di dalam sampul tersebut terdapat benih yang dipek dalam lapisan aluminium.  Apabila digunting pek tersebut, terdapat 18 biji benih sweet basil.


Pek benih Sweet Basil
Bemih tersebut saya semai di dalam pot yang boleh diurai secara biologi atau biodegradable pot. Selepas 24 jam disemai saya dapati biji benih bersalut jel, sama seperti biji selasih yang popular diisi di dalam minuman.  Selepas 4 hari disemai, kelihatan akar keluar daripada biji benih.  Gambar ini diambil selepas 10 hari biji benih disemai.  InsyaAllah kalau ada rezeki, dapat gunakan sweet basil dari pokok ini sebagai perisa makanan.


Cambahan Sweet Basil selepas 10 hari disemai.

Tanaman Bercampur, Sistem Buddy bahagian 3 daripada 10

Pokok Apa yang Serasi?

Kita perlu tahu serba sedikit tentang sifat pokok yang ingin kita gabungkan.  Antara sifat yang boleh digabubgkan termasuklah,
1. Kedalaman akar berbeza, akar cetek atau akar dalam
2. Pola pertumbuhan yang berbeza, tinggi atau rendah
3. Keperluan cahaya yang berbeza, kawasan cerah atau terlindung
4. Tidak berebut nutrien

Gambar Hari Ini -- Anak Pokok Tomato dan Ulam Raja

Ramuan untuk ulam di masa yang akan datang. :)

Anak pokok tomato dan ulam raja.

Rabu, 18 Januari 2012

Alatan -- Pengorek

Pengorek adalah alatan yang ringkas yang amat berguna untuk kerja-kerja menyiapkan alatan berkebun,misalnya menebuk lubang pada bekas untuk dijadikan penyiram, menebuk salur titisan sistem penyiram, dan membina kayu pancang.  Anda boleh gunakan paku untuk melakukan task yang serupa.

Pengorek

Tuaian Hari Ini -- Kangkung

Sekarang dah tiba kembali musim kering (kemarau) setelah sekian lama hujan.  Masalahnya, saya belum pasang sistem pengairan sedangkan kangkung gemarkan air.  Dah tiga minggu tidak hujan.  Kalau hujan pun, renyai-renyai sekejap aja.  Kangkung mula bolting, iaitu mula menjalar dan berbunga.  Bila jadi macam ini, kangkung akan menjadi liat dan kurang sedap untuk dijadikan ulam.  Minggu ini, kalau masih tiada hujan, kangkung akan dituai semuanya.  Kalau tanam kangkung di musim kering, elok tanam berdekatan dengan punca air (paip) atau tanam dalam bekas.  Benih kangkung boleh diperolehi dari blog ini.  Klik di sini.

Kangkung tanam sendiri, rangup.

Gambar Hari Ini -- Anak Sawi Fair Lady Extra Dwarf

Terlalu banyak benih digunakan ketika menyemai.  Pokok yang berjaya mengalahkan pokok lain tumbuh besar dengan cepat.  Yang lain terbantut kerana tidak mendapat cahaya yang cukup.  Saiz pokok matang sawi ini kecil, kerana ia memang baka renek.  Oleh kerana saiznya yang kecil, pokok ini enak dimakan sebagai ulam dan salad. 

Kalau kena caranya, boleh dituai dalam masa sebulan.  Benih boleh diperolehi dari blog ini.  Klik di sini.

Anak Sawi, Nai You Fan Pak Choy, Extra Dwar

------------------------
Photo of the Day -- Fair Lady Pak Choy, Extra Dwarf
Too much seeds were for to grow these plants. The plants that got lots of morning sun grows rapidly covering the others.  The others are of course stunt due to lack of sufficient light. Mature plants are small compared to normal mustard.  The plants are excellent for side dish and salad.

Selasa, 17 Januari 2012

Cara Buat Sabun Sendiri -- Bahagian 10

Cold Process
Ok, rasanya dah boleh dibincangkan tentang proses buat sabun.  Proses ini rakan rakan dah belajar semasa di tingkatan lima dahulu, dalam kelas Sains.  Kalau dalam opsyen sains, belajar di dalam kelas Kimia.  Proses yang akan digunakan dinamakan "Cold Process".  Proses ini dirujuk sebagai cold process sebab di dalam tindak balas ini, tiada pemanasan dilakukan. Secara asasnya, tindak balas yang berlaku adalah seperti berikut.

Tindak balas kimia dalam pembuatan sabun.

Proses ini adalah proses asas adalah proses peneutralan.

asid (asid lemak) + alkali (natrium hidroksida)  ----> garam + air

Tuaian Hari Ini -- Betik Kampung

Puteri memang suka makan betik. Apa lagi betik kampung yang mempunyai isi yang manis. Hari ini Puteri tidak mahu berganjak, mesti posing dengan betik kegemarannya. Tapi betik ini berat, nampak jelas Puteri tercungap-cungap cuba berikan gaya terbaik.

Puteri dengan betik kampung tuaian hari ini.
---------------------
Harvest og the Day -- Heirloom Papaya
Puteri really likes to eat papaya. Especially heirloom types because they are very sweet. Today Puteri is not going anywhere, must pose with her favorite fruit.  This papaya is heavy and it was obvious that Puteri gasping while holding the fruit -- with style, of course.

Gambar Hari Ini -- Betik Kampung

Betik kampung, buahnya lebat, saiznya besar serta isinya manis.  Rugi kalau tidak ditanam.  Benihnya boleh diperoleh daripada blog ini.

Betik kampung kalau berbuah amat lebat.  Lihatlah pokok ini.

Kalau dipetik muda, boleh dibuat gulai atau jeruk.
.------------------------------
Photo of the Day -- Heirloom Papaya
Heirloom Papaya produses many heavy and large sized fruits with sweet flesh. It is a must grow plant. Seeds can be obtained from this blog.

Isnin, 16 Januari 2012

Gambar Hari Ini -- Anak Kailan

Kalilan semakin   cantik, walaupun berada di dalam bekas yang kecil.  Daunnya semakin berkilau dan tebal.  Nampak rapuh.  Pasti rangup kalau dijadikan salad.  Kailan mudah dijaga.  Kalau nampak bantut, tukar ke dalam bekas lain, siram dan tunggu.  Cuma pastikan ia diletak di tempat yang mendapat cahaya.  Boleh dapatkan benihnya di sini.  Yang ini baka F1, 117.
 
Kailan, semakin besar dan cantik.

Tanaman Bercampur, Sistem Buddy bahagian 2 daripada 10

Ada banyak manfaat bila menanam lebih dari satu tanaman dalam patch, bekas atau batas.  Ada juga tumbuhan yang akan terbantut jika tanam bersama.  Ini mungkin kerana berebut nutrien, cahaya atau bahan yang dihasilkan oleh satu tumbuhan menarik serangga atau organisma yang menjadi perosak kepada tumbuhan yang satu lagi.  Apa-apa pun, dalam bertanam, jangan macam robot.  Anda mesti catat kesannya dan pilih yang terbaik.  Apa yang terbaik di halaman rumah saya mungkin tidak menjadi di halaman rumah rakan-rakan kerana perbezaan tanah dan mikroiklim.  Ya, anda mesti catat proses dan hasil untuk memanfaatkan kaedah yang digunakan di masa yang akan datang, atau mengelakkan kaedah yang gagal.

Antara faedah tanaman bercampur adalah seperti berikut.

1. Tumbuhan menarik minat serangga yang berfaedah, misalnya serangga pendebunga (pollinator),
2. Bau tumbuhan menghalau serangga perosak,
3. Tanaman pelbagai mengelirukan serangga perosak,
4. Tumbuhan menarik organisma pemangsa, misalnya burung yang memakan serangga perosak,
5. Halaman atau taman kelihatan cantik kerana terdapat pelbagai tanaman.
6. Tanaman buddy mempunyai akar yang berada pada aras yang berbeza dan memecahkan tanah supaya nutrien boleh diperolehi tanaman lain,
7. Tanaman yang simbiotik dengan mikroorganisma pengikat nitrogen membekalkan nutrien iaitu sebatian nitrogen untuk serap oleh tanaman lain.

Ada banyak lagi manfaat tanaman bercampur. Harap kita dapat bincangkan manfaat tersebut.

Alatan -- Cok Betul

Cok Betul digunakan untuk menggali lubang.

Cok betul digunakan untuk menggali lubang.

Tuaian Hari Ini -- Sawi Hong Kong

Sawi Hong Kong saiznya lebih kecil daripada sawi hijau atau sawi bakso.  Kalau dipetik dan terus makan atau masak rasanya manis.  Sebab itu sawi ini juga dikenali sebagai Sawi Manis.  Hari ini tuai dua pokok sahaja untuk dimakan sebagai ulam.
 
Sawi Hong Kong cepat berbunga dan rasanya manis.

Ahad, 15 Januari 2012

Benih Ivy Gourd Di Hurung Semut

Barangkali isi mentimun padang enak bila buahnya ranum.  Benih yang saya keringkan untuk disimpan, isinya tidak perlu dibersihkan.  Semut datang menghurung dan memakan isi yang terlekat pada biji benih yang sedang dijemur.
Benih Ivy Gourd sedang dibersihkan oleh semut.

Tuaian Hari Ini -- Kangkung dan Cili Padi

Gabungan istimewa, sayur ulam atau dicelur dan ramuan untuk sambal. Pedas, berpeluh kulit kepala.  Cili padi tersebut memang pedas.

Cili padi dan kangkung.

Sabtu, 14 Januari 2012

Tersungkur

Bila menjalankan aktiviti bertanam dan membela haiwan, seboleh-bolehnya saya gunakan kaedah yang tidak memudaratkan haiwan liar.  Kadang-kadang ada juga buat silap, dan adalah haiwan yang tersungkur.  Saya tutup bekas air dengan dawai mata punai bertujuan untuk melindungi ikan yang dibela daripada pemangsa datang mencuri ikan tersebut.  

Burung ini mungkin tidak dapat menahan keinginannya untuk menangkap ikan dalam tangki ikan peliharaan kami.  Dia masuk juga ke dalam tangki tetapi gagal untuk keluar.  Apabila saya sedar ia terperangkap, mungkin dah kesejukan kerana lebih dari 12 jam berendam dalam air.  Bila dibebaskan dari tangki, ia tidak dapat terbang jauh.  Bangkainya ditemui keesokan harinya. :(

Burung ini adalah Raja yang malang.

Alatan -- Pembajak Sorong

Pembajak Sorong atau tiller digunakan untuk menggembur tanah.  Ia memudahkan anda menjalankan kerja menggembur tanah jika memiliki kawasan yang luas.  Tenaga yang dihabiskan ketika menggembur secara manual, kini boleh digunakan untuk tumpukan perhatian terhadap bertanam.  Cuma saya kesal sebab lambat membeli alat ini.  Kalau tidak, bayangkan bagaimana ruang bertanam ketika berada di lot tepi dahulu.

Tiller memudahkan kerja menggembur tanah.

Putaran bilah tiller dikawal pada handle seperti motosikal.

-------------------------------
Tools/Hardware -- Rotary Tiller
A Rotary Tiller is used to till soil. The machine is a must if you have a large gardening area.  The energy saved on tilling can be focused on gardening. 


Tuaian Hari Ini -- Sawi Bak Choy dan Kangkung

Keistimewaan sayur tanam sendiri adalah kesegarannya.  Sayur yang baru dipetik rangup dan manis.  Kalau sayur pasar nak ada kualiti yang sama, mereka terpaksa jual sayur dalam pasu atau polibeg.  Hei itu idea yang bagus, mengapa tidak buat begitu?  Jual sayur segar dalam pasu atau polibeg.
 
Sawi dan kangkung yang baru dituai, rangup.

Tanaman Bercampur, Sistem Buddy bahagian 1 daripada 10

Saya telah beberapa kali menceritakan cara mencampur tanaman untuk melindungi tanaman utama.  Misalnya pokok cili saya sering diserang lalat putih, jadi saya tanam tulai atau apa-apa jenis basil bersama  supaya pokok cili tidak lagi diganggu lalat putih.  Tuaian yang saya inginkan ialah buah cili.  Tulasi atau basil tersebut ditanam untuk melindungi cili.  Saya jarang menuai daun tulasi.  Sistem penanaman sebegini dinamakan Sistem Buddy.

Tidak semua tanaman boleh jadi buddy.  Ada yang berseteru.  Pokok apakah yang boleh ditanam bersama?  Pokok apa yang tidak boleh ditanam bersama?

Jumaat, 13 Januari 2012

Gambar Hari Ini -- Cili Wangi, Capsicum frutescens

Cili wangi menghasilkan bau yang semerbak apabila digoreng.  Saya gemarkan cili ini kerana ia enak dibuat minyak cili.  Enak dimakan bersama mee goreng dan spaghetti.


Cili wangi dengan buah yang sedia dipetik.
-----------------------
Picture of the Day -- Fragrant Chili, Capsicum frutescens
The small chili produces nice sweet smell when fried. I like this because it makes a tasty chili oil. The oil is delicious when eaten with fried noodles or spaghetti.

Tanah Memberi Kesan Kepada Pertumbuhan Tanaman

Dulu apabila ditanya tentang tanah apa yang perlu digunakan untuk bertanam, saya hanya berkata, guna tanah campur. Itu kerana kita belum bincangkan tentang tanah, nutrien dan keperluan tanaman.  Tanah campur, elok.  Pasti benih bercambah dan membesar.

Tapi sebenarnya, persediaan tanah lebih dari itu.  Penggunaan tanah atau persediaan tanah memberi kesan yang ketara terhadap pertumbuhan tanaman.  Lihatlah sendiri bukti ini.  Semua benih ini disemai pada masa yang sama dalam tanah yang sama, cuma dibezakan strukturnya dengan mencampur peratusan tanah yang berbeza.  Dan setiap bekas disiram pada masa serta jumlah air yang sama.  Kesemuanya diletakkan setempat, jadi keadaan mikroiklim juga sama.

Kesemua tanah yang digunakan adalah tanah campur, tetapi jumlah baja kandang dan sabut yang dicampur adalah berbeza peratusannya.  Kadar perbezaan pertumbuhan adalah amat ketara.  Sebab itulah, setiap perkara yang dilakukan wajib dicatat dalam jurnal supaya kita akan dapat hasilkan susasana yang terbaik untuk mendapat tanaman dengan kualiti yang terbaik.  Kalau tidak dicatat, kita tidak akan tahu mengapa sesetengah tanaman tumbuh dengan elok, dan pastinya kita tidak dapat mengulangi kejayaan tersebut.

Bukti campuran tanah yang berbeza memberi kesan yang ketara terhadap pertumbuhan tanaman.

-------------------
The Efffect of Soil Mixture to Plant Growth
Before, when asked about what soil should be used to sow and raise seedlings, I just said, use the mixed soil sold in nurseries. That's because we do not discuss about the soil, nutrient and crop requirements yet. Mixed soil is good, and sure the seeds germinate and grow.  But once you know how it works, you can make the plant growth even better.

What I am to say is, preparing the soil is more than that. The type of soil and the soil preparation have a significant  effect on plant growth. Look at the evidence itself. All seeds were sown at the same time in the same type of soil, distinguished only by soil structure due to mixing the soils at different percentages. Later each containeris watered using the same amount of water. All containers were placed at a same location., hence the microclimates were identical.

 All of the containers have the same types of soil but with different percentage of soil mixtures. The rate of growth is significantly different. That is why everything you do, you must keep a a journal so that you may repeat the same success again.  

Tuaian Hari Ini -- Kangkung

Kangkung adalah tanaman sayur yang cepat dapat dituai. Jika anda seorang yang tidak sabar mengutip hasil, tanamlah kangkung.

Kangkung segar enak dimakan sebagai ulam.

Khabarnya ada benih kangkung yang ada dalam pasaran berasal dari beberapa negara.  Benih yang popular berasal dari Indonesia, Cambodia dan Thailand.  Benih Indonesia menghasilkan kangkung yang lembut dan enak.  Namun begitu ia terlalu lembut dan kalau dimasak akan menjadi hancur, menjadi seperti seaweed.  Ia kurang popular di kalangan peniaga kaum cina kerana mereka gunakan kangkung untuk membuat yong tau foo.  Apabila dicelup air panas, kangkung tersebut hancur.  Benih yang menghasilkan kangkung yang rangup adalah benih dari Cambodia.  Tetapi ketika ditanam, benih ini menjadi kegemaran pelbagai jenis makhluk perosak dan tidak tahan penyakit.  Jadi walaupun rasanya enak, kangkung ini kurang popular di kalangan pekebun kerana terpaksa menjaga dengan rapi.

Benih kangkung Thailand enak, rangup dan tahan direbus.  Ia tidak hancur apabila dicelup dalam air panas ketika membuat yong tau foo.  Kangkung Thailand juga tahan penyakit dan kurang diratah makhluk perosak.  Jadi kangkung dari benih Thailand popular di kalangan peniaga dan pekebun.  Blog ini membekalkan benih yang berasal dari Thailand.  Anda boleh dapatkannya.  :) Klik di sini.

----------------------------
Harvest of the Day -- Kangkung, Water Convulvus or Water Spinach
If you are an impatient garderner, this plant is for you because you may harvest the plant 3 weeks after sowing.


Apparently the seeds sold in our country came from a few countries including Indonesia, Cambodia and Thailand. Indonesian seed produces spinach that is tender and juicy. But it is too soft for blanching or boiling.  It is less popular among the ethnic Chinese because they use spinach to make yong tau foo. When dipped in hot water, the vegetable is destroyed. 


Seeds that produce crispy kangkung are from Cambodia. But when planted, the seed is easy to cotract disease and is a favorite pest food.  So even tastes good, the kangkung is less popular among farmers as the vegetable is hard to maintain.


Thai kangkung seeds produce tasty, crispy and will not spoilt when boiled or blanched. The plants are also strong desease resistant.  So the seeds from Thailand are popular among seed suppliers and farmers. You may obtain thai kangkung seeds from this blog. Click here.

Khamis, 12 Januari 2012

Alatan -- Mesin Rumput Sandang

Mesin Rumput Sandang adalah alatan yang digunakan untuk memotong rumpai jika mempunyai kawasan yang luas. Jika kawasan tidak terlalu luas, memadai menggunakan mesin rumput elektrik.

Mesin Rumput Sandang dapat menyiapkan kerja memotong rumput dengan cepat.

Batang pemotong memungkinkan kerja memotong lebih bebas.
(Sebenarnya saya lebih rela gunakan mesin rumput elektrik.  :)) Ini kerana mesin rumput berenjin petrol walaupun tahan membuat kerja memotong yang banyak, mesin ini agak sukar dimulakan (start) kerana sistem enjin dua lejang perlu dimaintain selalu.  Model yang saya gunakan agak kasar buatannya.  Sebelum dapat memulakan kerja, separuh dari tenaga dihabiskan mencuba memulakan injin.  Penat!  Susah start

Mesin ini juga bergetar dengan kuar serta mengeluarkan bunyi yang bising.  Ini mampu memudaratkan badan jika digunakan secara berterusan.  Kalau ada duit lebih, dapatkan model yang lebih reliable supaya tidak menghadapi masalah yang remeh ketika menjalankan kerja, atau upah orang sahaja memesin rumpat supaya tenaga yang ada boleh ditumpukan kepada aktiviti menanam.

---------------------------
Tools/Hardware -- Lawn Mower (Backpack)
Lawn Mower/Weed cutter is a machine used to cut weeds in large area. If the area is not too large, electric grass cutter is sufficient.
 
Get a reliable model.  The model that I use is not reliable, hard to start, produces vibrations, and loud noise.  If prolong use, this machine may harm your body, especially joints and may cause hearing impaired.  Use proper safety gear, such as ear plugs, thick gloves and safety googles.

Tuaian Hari Ini -- Sayur Putih (Kobis Cina) dan Pepperomia

Hari ni tuai sayur untuk dijadikan salad.  Salad belum sedia untuk dituai.  Tak perlu risau, sebab sayur putih (kobis cina) segar pun seenak salad.  Kena pulak digabungkan dengan pepperomia.  Isteri saya gemarkan pepperomia sebagai salad dalam burger atau banjo.  Saya lebih gemar kalau dicicah sambal lada yang masih hijau.  Apa-apa pun kedua-dua sayur ini memang berjaya menjadi pembuka selera.

Pepperomia dan sayur putih.

Gambar Hari Ini -- Patch Sayur

Jika struktur tanah dan kandungan nutrien di dalam tanah kena dengan jenis sayur yang ditanam, pertumbuhan tanaman akan galak dan membuahkan hasil dalam masa yang singkat.  Sebab itu, pengetahuan tentang tanah dan nutrien amat penting untuk mendapatkan tuaian yang memuaskan.  Pasti aktiviti bertanam juga menjadi sangat seronok.

Patch sayur masih nampak padat walaupun sebahagian dari sayur di dalamnya telah dituai.

Rabu, 11 Januari 2012

Cili dan Tulasi, Pasangan yang Ideal

Kalau bertanam cara organik, elok fikirkan gabungan tanaman untuk membantu tumbuhan tumbuh subur dan tidak diganggu makhluk perosak.  Cili adalah tumbuhan yang manja kerana ia enak bukan sahaja pada lidah kita, malah pada selera serangga makhluk perosak.  Pernah ada sahabat bertanam yang menyembur jus cili pada daun pokok terung, dengan harapan serangga perosak tidak akan singgah ke daun terung tersebut.  Akibatnya, lebih banyak serangga makhluk perosak singgah ke daun terung tersebut.  Ini kerana bau cili telah menarik minat serangga perosak.  Ada serangga perosak yang tahan pedas.  Contohnya, lalat buah suka bertelur di dalam buah cili, mengakibatkan buah cili yang ranum berulat.

Cara saya atasi masalah serangga perosak pada pokok cili adalah dengan menanam pokok tulasi dicelah-celah pokok cili.  Nak dikatakan kawin campur, tak boleh sebab cili dan tulasi tak bersenyawa, tapi kira match make jugalah.

Hasilnya, lihatlah sendiri.  Buah cili padi dan cili padi yang segar tanpa seekorpun lalat putih, bena atau lalat buah.  Kalau tiada benih tulasi, boleh gunakan benih dari jenis basil yang punya bau yang kuat. 
Cili wangi

Cili padi

Tulasi

Alatan -- Gunting Rumput

Gunting rumput digunakan untuk memotong rumpai.  Sekiranya anda ingin memotong rumpai di tepi rumah yang mempunyai ruang yang kecil, gunting rumput sudah memadai untuk melakukan aktiviti tersebut.  Jika mempunyai kawasan yang luas, misalnya lot tepi, elok gunakan mesin rumput.  Kalau guna gunting rumpai, tenaga habis untuk merumput.  Lagipun bila lakukan aktiviti menggunting, kita terpaksa membongkok tunduk.  Ini tidak baik untuk tulang belakang.  Kita sepatutnya enjoy bertanam.

Gunting rumput yang saya beli (seperti dalam gambar) adalah dari jenis yang berkualiti rendah. Bilahnya nipis dan tiada penyendal.   Kadang-kadang, bilah gunting tergelincir menyebabkan jari tersepit. Sakit.

Jika ingin dapatkan gunting rumput, dapatkan dari jenis berkualiti tinggi yang mempunyai bilah yang tebal. Bilahnya tidak mudah tergelincir.  Jika membeli gunting dengan bilah yang nipis, pastikan terdapat tombol penyendal  (stopper) yang memastikan bilah tidak tergelincir ketika menggunting rumpai. Mahal sedikit pun tidak mengapa, asalkan berbaloi dan selamat untuk digunakan.

Gunting rumput digunakan untuk memotong rumpai di kawasan batas.
-------------------------
Tools -- Garden Shears
Garden Shears is  used for cutting grass weeds. 

Gambar Hari Ini -- Pak Choy

Sayur pak choy yang saya tanam adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan sawi hijau.  Pak choy dikenali sebagai sawi manis kerana rasanya yang manis dan enak.

Sayur pak choy sudah sedia untuk dituai.
------------------------
Picture of the Day -- Bok Choy
Bok choy that I planted is smaller when compared with green mustard.  Bok choy is called sweet mustard  because the taste is sweet and delicious.

Tuaian Hari Ini -- Lobak Putih

Lob ak putih, bukan bahagian lobak aja yang boleh dimakan.

Daunnya enak dibuat sayur atau dijeruk bersama bawang putih dalam cuka asli.  Lobak dibuat jus.
Jangan samakan lobak putih tanam sendiri dengan lobak putih yang dijual di pasar.  Ini kerana lobak putih yang dijual di pasar telah kurang kemanisannya kerana telah tersimpan seketika sebelum dibeli. Lobak putih yang dipetik dan dimakan rasanya lebih manis kerana gula yang tersimpan di dalam lobak belum ditukar sepenuhnya menjadi karbohidrat.

Daun lobak putih enak dibuat ulam atau dimasak.  Anak-anak saya sukakan sayur lobak putih yang digoreng, lobak putih serta daunnya sekali!  Kadang-kadang, saya ada semai biji benih lobak putih secara berlebihan.  Apabila dah bercambah, kira-kira satu minggu saya akan petik dan jeruk bersama bawang putih dan cili padi di dalam cuka asli.  Saya campurkan juga sedikit garam.  Selepas 3 hari, jeruk tersebut akan "masak" dan kami makan sebagai ulam bersama nasi.  Enak!

Tidak lama dulu saya pernah post tentang khasiat jus lobak putih.  Sahabat saya dari Ulu Tiram Johor, iaitu Sdr Othman Sirat ada mengamalkannya untuk melegakan penyakit batu karang.  

Jus lobak putih mampu memulihkan rasa sendat, buang angin, dan mampu mengubat jangkitan pada hempedu.  Ia lazimnya dicampur dengan sedikit madu.  Tambahkan sedikit jus limau nipis untuk menambah kandungan vitamin C.  Ini dapat membantu badan menyerap kalsium dengan lebih mudah.  Khasiat ini memang telah dibuktikan dan terdapat beberapa jurnal sains yang membincangkan tentang khasiat jus lobak putih.  

Dulu saya kurang pasti samada jus lobak dapat mengubat sakit batu karang karana belum temui maklumat dari hasil kajian yang boleh dipercayai kesahannya.  Kini saya yakin, ia sememangnya dapat membantu menghindar penyakit batu karang.  Bila sebut menghindarkan, maksudnya untuk mereka yang belum terkena penyakit ni. 

Jus lobak putih mampu menghindar penyakit batu karang kerana lobak putih kaya dengan kalsium.  Ada orang kata, kalau kena batu karang, mesti kurangkan memakan makanan yang kaya dengan kalsium. Ini sebenarnya salah. 

Batu karang yang terbentuk dalam buah pinggang adalah terdiri dari hablur kalsium oksalat (calcium oxalate).  Ion oksalat dihantar ke buah pinggang untuk ditapis.  Malangnya di dalam buah pinggang, ion oksalat tersebut bergabung dengan ion kalsium membentuk hablur kalsium oksalat, iaitu hablur batu karang.  Hablur tersebut tersangkut di dalam buah pinggang menyebabkan penyakit.  

Jika anda meminum jus lobak yang kaya dengan kalsium atau apa-apa sahaja yang kaya dengan kalsium, ion kalsium yang diminum akan bergabung dengan ion oksalat di dalam sistem pencernaan.  Hablur yang terbentuk tidak dapat diserap oleh sistem pencernaan.  Ini menghalang oksalat daripada di hantar ke buah pinggang, dan seterusnya menghalang pembentukan hablur kalsium oksalat (batu karang) di dalam buah pinggang.

Jadi kalau dipegang dari fakta ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa jus lobak yang kaya dengan kalsium mampu menghalang batu karang dari terbentuk dalam buah pinggang.  Jadi, amalan yang dilakukan oleh sahabat saya itu memang benar-benar dapat membantu menghindar pembentukan dalam ginjal (buah pinggang) beliau.  Terima kasih Sdr Othman Sirat dari Ulu Tiram kerana berkongsi petua yang mujarab.


Jus lobak putih yang pernah dipamerkan dalam posting terdahulu.