Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 31 Julai 2011

Khamis, 28 Julai 2011

Tuaian Hari Ini -- Ramuan Sayur Air

Tengahari nanti, sayur air akan jadi satu dari menu.  Cuma bawang putih masih kena beli.  Batch yang tanamsendiri dah habis dituai.

Pucuk bayam putih, pucuk moringa (kelor), kacang moringa, pucuk passiflofa, pucuk ubi keledek, cili padi dan pucuk remayung merah.

Pucuk bayam putih, pucuk moringa (kelor), kacang moringa, pucuk passiflofa, pucuk ubi keledek, cili padi dan pucuk remayung merah.

Gambar Hari Ini -- Buah Delima

Buah delima

Rabu, 27 Julai 2011

Cara Buat Sabun Sendiri -- 3

Jadi, sabun adalah hasil tidak balas peneutralan antara asid (minyak) dengan alkali (natrium hidroksida). Minyak yang digunakan menentukan rupa sabun (tekstur) yang dihasilkan. Anda boleh gunakan minyak kelapa, minyak sawit, minyak zaitun, minyak bunga matahari, minyak sayuran, atau boleh juga guna lemak haiwan. Kita maukan sabun yang enak baunya, jadi kita akan gunakan minyak dari tumbuhan sahaja. :)
Anda juga boleh gunakan essential oil.

Oleh kerana minyak yang berbeza mempunyai keasidan yang berbeza, anda perlu tahu apa yang disebut nilai SAP untuk menentukan jumlah minyak dan natrium hidroksida yang diperlukan untuk menghasilkan tindak balas peneutralan yang sempurna.

Bersambung...

Nutrien Tumbuhan -- Bahagian 5 dari 20

Sebab Kekurangan Nitrogen Dalam Tumbuhan

Kekurangan Nitrogen
Kemungkinan disebabkan oleh kekurangan nitrogen dalam tanah. Antara faktornya penyebabnya adalah pokok ditanam secara berterusan tanpa menambah nitrogen, nyahnitrifikasi iaitu bakteria mengurai sebatian nitrogen dan mengembalikannya ke dalam udara, lusuh (kerana larut dalam air) atau kerana terlalu banyak bahan organik berkarbon.

Proses nitrifikasi, iaitu mengambil nitrogen dari udara dan mengikatnya ke dalam tanah dilakukan oleh bakteria. Di musim basah, aktiviti bakteria pengikat nitrogen terbantut. Ini boleh mengurangkan kadar proses nitrifikasi iaitu mengambil nitrogen dari udara dan menjadikannya sebatian di dalam tanah. Satu lagi sebab mengapa proses nitrifikasi berkurang ialah pH, iaitu keasidan tanah. Kalau tanah terlalu berasid, aktiviti bakteria pengikat nitrogen terbantut. Ini akan menyebabkan proses nitrifikasi berkurang dan kandungan nitrogen dalam tanah menjadi rendah.

Kandungan nutrien yang tak seimbang juga boleh mengganggu pokok dari menyerap nitrogen dengan sempurna. Pokok perlukan kalsium, magnesium dan fosforus untuk menyerap nitrogen dengan sempurna.

Sumber Nitrogen
Jika pokok menunjukkan tanda-tanda kekurangan nitrogen, jangan terus tambah baja nitrat. Pastikan samada tanah tiada nitrogen, atau pokok gagal menyerapnya. Kalau pokok gagal menyerap nitrogen, tiada guna anda menambah nitrogen ke dalam tanah. Anda perlu selesaikan penyebab kegagalan pokok menyerap nitrogen terlebih dahulu.

Nitrogen tersimpan dalam bahan organik di dalam tanah, dalam sel tumbuhan dan haiwan dan juga dalam ammonium. Jumlah nitrogen yang sedia untuk diserap oleh pokok bergantung kepada keadaan. Jika anda tambah baja nitrogen, hanya separuh sahaja boleh dicapai oleh pokok. Hati-hati jika gunakan baja nitrogen kerana jika terlebih ia boleh menyebabkan pokok melecur seperti terbakar.

Tanaman Untuk Berbuka Puasa

Belum pun puasa, selera berbuka dah melonjak.  InsyaAllah tahun ni fokus pada sayur tanamsendiri.  Sayur yang ada mana cukup. Bulan aja yang puasa, selera makan lebih besar dari bulan-bulan yang lain.  Sejak 2 minggu lepas saya mula menyemai sayur yang cepat dapat dituai.  Antara sayur yang disemai termasuk kangkung, bayam putih, bayam daun tajam (bamboo dance), salad cina (chinese lettuce), salad hawaii, salad top world, sawi pak choy, sawi hong kong, sawi nai you pak choy (dwarf fair lady), fan pak choy (New jade), kobis cina, kobis cina Ong King dan kai lan.  Selain dari tanam di atas tanah, saya juga tanam dalam bekas untuk dijadikan ulam dan salad.  Oleh kerana saya berniat untuk tuai ketika muda, saya campurkan beberapa jnis salad dan sawi dalam satu bekas.

Pokok kacang pula akan dijadikan hiasan.  Buah dan bunga akan dituai sebagai salad.  Kacang panjang (OP), silverwhite, dan kacang mata hitam ditanam dalam satu bekas.  Saya berharap, pokok yang padat dengan bunga yang lebat boleh dijadikan hiasan, sambil petik dan makan.

Saya juga semai roselle untuk pastikan bekalan sirap dan jem roselle tidak putus dibulan puasa nanti.  Tapi rasanya tak sempat berbuah di bulan puasa sebab baru bercambah.  

Untuk pengunjung blog tanamsendiri yang beragama Islam, selamat berpuasa di bulan Ramadhan.

---------------------------------------------------------
It's near Ramadan now and the breakfast crave in on threshold.  With God's permisson, I'll focus on grow my own vegetables.  I'll choose fast crops because Ramadan is around the corner. 

Gambar Hari Ini -- Kacang Moringa, Kacang Kelor, Moringa oleifera

Kacang Moringa, Moringa oleifera

Gambar Hari Ini -- Remayung Merah, Basella rubra

Remayung menjalar.

Gambar Hari Ini -- Induk Bayam Putih

Induk bayam putih, dengan batang diselaputi benih.

Isnin, 25 Julai 2011

Benih Yang Ditawarkan Masih Ada

Ya, semua benih yang ditawarkan masih ada.  Pesanan boleh dibuat seperti biasa. :)

Tanam Sendiri -- Bayam Daun Tajam, Bamboo Dance, Amaranthus viridis Baka F1, 088

Bayam Daun Tajam, atau Amaranthus viridis adalah sayur yang popular di negara kita, Malaysia. Ia mudah ditanam serta kaya dengan vitamin A, B, C dan mineral kalsium dan besi.

Tanah
Bayam sesuai ditanam di tanah yang mempunyai saliran yang baik. Ia tumbuh subur dalam tanah gambut dan juga tanah beris. Anda boleh juga tanam dalam bekas.

Penyediaan Tanah
Jika tanam di atas tanah, elok sediakan batas. Ini untuk mempastikan akar mendapat oksigen. Bayam yang tumbuh di atas tanah yang padat mempunyai isi yang bergentian dan kurang enak dimakan.

Menyemai
Benih bayam amat halus, gaulkan dengan tanah terlebih dahulu untuk menjarangkan benih. Ia lazimnya bercambah dalam masa 3 hari. Semai benih dengan kedalaman kira-kira 1 cm. Setelah pokok mula membesar, jarangkan dengan jarak 8 hingga 10 cm.

Semaian selepas hari ke 3.

Semaian hari ke 3.

Semaian hari ke 6.


Semaian hari ke 6.
Anak bayam daun tajam, hari ke 13.

Anak bayam daun tajam, hari ke 14.   Anak pokok sedia untuk dijarangkan.
Bayam hari ke 21.


Membaja
Gunakan baja organik kira-kira dua mingga selepas menyemai.

Menyiram
Bayam perlukan banyak air jika inginkan pertumbuhan yang pantas. Ketika musim panas seperti sekarang, seeloknya, siram dua kali sehari.

Merumput
Buang rumput secara manual. Ini perlu dilakukan selalu untuk mengelakkan perebutan ruang, air dan nutrien.

Makhluk Perosak
Bayam digemari oleh ulat dan belalang. Kutip makhluk perosak dan musnahkan secara manual. Bayam lazimnya bebas penyakit.

Menuai
Tuai bayam 3 hingga 4 minggu selepas disemai.

Gambar Hari Ini -- Putik Bunga Remayung

Putik bunga remayung

Ahad, 24 Julai 2011

Gambar Hari Ini -- Remayung, Basella rubra

Basella rubra

Sayur ini dikatakan mempunyai banyak khasiat.  Terdapat beberapa kajian telah disebarkan melalui Internet tentang khasiat sayur ini.  Yang menarik perhatian saya adalah tentang khasiatnya yang dapat membantu tikus yang mempunyai diabetik.  Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang khasiat sayur ini terhadap pesakit diabetik, sila rujuk kajian yang telah dijalankan oleh A. Nirmala, S. Saroja, H. R. Vasanthi dan G. Lalitha, iaitu ahli biologi di Department of Biotechnology, Aarupadai Veedu Institute of Technology, Paiyanoor, Tamil Nadu, India dan Department of Biochemistry, Avinashilingam Institute for Home Science and Higher Education for Women, Coimbatore,Tamil Nadu, India.

Mengalih sawi Hong Kong

Kebiasaannya pokok sawi akan layu selepas dialih kerana akarnya terusik dan tidak dapat menyerap air dengan sempurna.  Ia akan segah semula pada keesokan harinya apabila akar telah mula stabil.  Pokok sawi kehilangan air dari daunnya.  Untuk kurangkan kehilangan air, gunting dan buang daun yang bersaiz besar, tetapi jangan buang semua daun.  Biarkan pucuk dan set berikutnya pada pokok.
Sekiranya daun besar dikerat, elakkan dari meletak baja organik sebelum pokok pulih.  Ini kerana bahagian yang cedera mudah rosak atau buruk akibat jangkitan.  Secara peribadi, saya lebih suka biarkan saja daun layu tanpa mengeratnya.  Ini kerana daun yang layu akan segah semula.  Kalau dikerat, pokok memang elok membesar tetapi ada antara pokok akan mati akibat jangkitan.

Gambar/Photo 1: Pokok selepas dialih biasanya layu kerana kehilangan air melalui daun.

Gambar/Photo 2: Pokok yang telah dikerat daun yang besar kelihatan lebih segar selepas dialih.

Selepas 2 hari dialih, pokok pula segah semula.  Ini menandakan akar telah mula stabil dan berfungsi dengan elok.  Di harapkan 2 minggu lagi dapatlah menikmati salad sawi hong kong.
 

Gambar/Photo 3:  Sawi selepas dialih, hari ke 3.

Gambar/Photo 4: Sawi selepas dialih, hari ke 3.

Gambar/Photo 5: Sawi pada hari ke 10 selepas dialih.

Gambar/Photo 6: Sawi pada hari ke 10 selepas dialih.


Transplanting Mustards
Usually mustards will wilt after being transplant because the roots are not settled yet. The plants will revive as soon as the roots settled, usually the next day. The plants lost a lot of water through their large leaves in a process known as transpiration.

To reduce the water loss, you may cut out the large set of leaves. Leave the shoots and the new sets of leaves untouched. After transplanting, do not apply organic fertiliser yet. Let the plants heal first, then apply the fertilizer. Personally, I prefer not to cut the leaves. Weak plants may die of disease easily.

Photo 1: A mustard plant wilted due to water loss via large set of leaves. 
Photo 2: A mustard plant with large set of leaves bet cut out. The plant does not wilt.

After two days, the plants settle down and show the sign of recovering. Hopefully in two weeks, we will enjoy salads made of mustards. 
Photo 3: A mustard plant, on day 3. 
Photo 4: A mustard plant, on day 3.
Photo 5: A mustard plant, on day 10. 
Photo 6: A mustard plant, on day 10.

Sabtu, 23 Julai 2011

Gambar Hari Ini -- Bunga Terung

Bunga Terung

Gambar Hari Ini -- Buah Betik, Papaya, Carica papaya, Pawpaw

Buah betik hampir ranum

Betik yang ranum bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja. Ia juga enak jika dibuat jem.

------------------------------

Photo of the Day -- Papaya fruit, Carica papaya, pawpaw
Photo -- Papaya, almost ready for picking.
Papaya is not only good to be eaten raw.  Papaya jam is also delicious.

Jumaat, 22 Julai 2011

Cara Buat Sabun Sendiri -- 2

Hampir semua orang yang habis sekolah tahu cara buat sabun -- kecuali kalau cikgu mereka skip aktiviti makmal untuk buat sabun dalam kelas kimia atau sains, atau orang itu skip kelas. ;P  Tapi itu aktiviti makmal, kurang seronok.  Kita semua boleh buat sabun sendiri di rumah.  Saya akan masukkan artikel bergambar tentang cara buat sabun.  Cuma artikel tersebut bersambung sedikit-sedikit.  Jadi sesiapa yang ikuti artikel ini perlu bersabar.

Mengapa ingin buat sabun sendiri?
  • Seronok
  • Ingin sabun dengan bauan unik
  • Perasaan ingin cuba sendiri
  • Ingin jual pada kawan-kawan
  • Ingin hadiah pada kawan-kawan

Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum buat sabun sendiri.  Saya akan cuba minimakan bahagian kimia dan kira-kira sebab itu kurang seronok. Anda cuma perlu ikut sahaja ramuan yang dinyatakan.  Walau apapun, teori kena tahu juga, walaupun sedikit.

Buat sabun sebenarnya adalah proses peneutralan.  Asid + Alkali jadi neutral, hasilnya ialah garam.  Ketika buat sabun, anda campurkan asid (minyak) dengan alkali (natrium hidroksida, lye, air abu, air kapur....) jadi garam.  Kalau buka kitab lama, mereka panggil sabun, "garam abu."

Jadi, proses buat sabun adalah proses peneutralan.  Dalam membuat sabun, proses ni disebut "safonifikasi." 

"Safon" -- "sabun"

Safonifikasi adalah reaksi antara larutan minyak dengan alkali untuk menghasilkan sabun.

Bersambung...

Keratan Markisa

Markisa akan berbunga kembali dan mengeluarkan buah selepas batangnya dikerat.  Biasanya tunas akan mula menghasilkan ranting baru dengan cepat selepas batang dikerat.  Ini kerana tenaga yang dihasilkan tidak lagi digunakan untuk pertumbuhan pucuk utama kerana pucuk utama telah tiada.  Tenaga tersebut disalurkan pada tunas di ketiak daun dan tunas tersebut akan membesar dengan cepat.  Lazimnya ranting yang baru mempunyai bunga.
Selepas dikerat, mula membaja pokok dengan baja bunga.  Biasanya bunga baru akan mula keluar dalam masa tiga minggu.


Tunas membesar menjadi ranting baru selepas seminggu batang dikerat.

Daun baru yang tumbuh selepas batang dikerat.

Gambar Hari Ini -- Remayung, Basella rubra

Anak pokok remayung merah.

Remayung adalah pokok sayuran yang memanjat yang berasal dari negara kita. Ia mempunyai banyak khasiat dan patut dimakan oleh semua orang.

Khamis, 21 Julai 2011

Gambar Hari Ini -- Anak Sawi Hong Kong

Anak sawi hong kong

Anak sawi hong kong yang disemai dengan padat dalam bekas plastik yang panjang.  Sebahagian dari pokok ini akan dialih ke dalam pasu dan dituai dengan memetik daun untuk dijadikan ulam dan salad di bulan puasa nanti.

Photo of the Day -- Mustard (Sawi Hong Kong)
These plants were sowed in a long container.  It will be transferred into several pots and will be harvested as cut and comeback during Ramadan.

Gambar Hari Ini -- Tarragon, Artemisia dracunculus

Tarragon dengan bunga kuning yang menarik.

Tarragon telah di tanam sejak dulu lagi kerana rasanya yang enak dan kuat.  Ia mempunyai rasa rempah yang lembut dan meninggalkan rasa manis (after taste).  Kalau di negara sejuk ia jarang berbunga, jadi di sana ia ditanam melalui propagasi.  Di negara kita ia mudah berbunga.  Walaupun begitu, ia lebih mudah ditanam dengan keratan batang.  Tarragon tahan panas.
Untuk rasa yang paling enak, tuai sebelum ia berbunga.  Ia biasanya dicampur ke dalam cuka untuk menghasilkan cuka yang beraroma yang masam manis.  Daun tarragon yang segar atau dikeringkan enak digunakan untuk membuat sambal, sos, telur goreng (omelet), salad, ikan, ayam dan daging.  Ia juga enak dicampur dalam sos sejuk, mentega herba dan lain-lain dressing.  Ia sememangnya pembuka selera.
Dalam perubatan pula tarragon digunakan untuk merawat ketakcernaan (indigestion) dan cacing. 

Tarragon, Artemisia dracunculus
Tarragon was cultivated a very long time ago for its strong taste. It has spicy taste with sweet aftertaste. In northern countries, tarragon never flowers so it is planted by propagation. In our country (Malaysia) it will flowers. However, it is easier to grow tarragon by propagation, that is by using cuttings.


For the best taste, harvest before it flowers. Add the fresh leaves into vinegar to produce sweet and sour vinegar. The fresh and dried leaves are also good in sambals and sauces, omelets, salads, fish, poultry, meat, cold sauces, herbs butter and other dressings. This plant is great as appetizer.




Tarragon is excellent for treating indigestion and worms.

Gambar Hari Ini -- Benih Roselle

Buah roselle yang ranum dikeringkan di tempat yang teduh selama 3 hari.

Benih roselle dari batch yang baru sedia untuk dijual.  Buah roselle yang ranum dijemur di tempat teduh selama tiga hari sehingga buah kering.  Kemudian, biji dikeluarkan dan dipek untuk dijual di dalam blog ini.  Benih ini telah diuji dan tumbuh dalam masa tiga hari selepas disemai.  Untuk pesanan, klik pautan ini.

Rabu, 20 Julai 2011

Nutrien Tumbuhan -- Bahagian 4 dari 20

Proses Nitrifikasi
Unsur nitrogen yang ada dalam bahan organik dalam tanah tidak boleh diserap secara terus oleh tumbuhan. Ia perlu diproses terlebih dahulu. Ini lazimnya dilakukan oleh oleh makhluk halus (mikroorganisma iaitu bakteria dan lain-lain). Lembapan dan haba amat penting untuk proses tersebut.

Proses nitrifikasi bermula apabila bakteria mula menghadam bahan organik untuk mendapakan tenaga dari karbohidrat dalam bahan tersebut. Dalam proses tersebut, protein dan asid amino yang ada dalam bahan organik dipecahkan menjadi ammonia (NH3) dan seterusnya menjadi ammonium (NH4). Ammonium boleh diserap oleh tumbuhan untuk menghasilkan protein. Proses ini tidak perlukan oksigen, jadi ia boleh berlaku dalam tanah lembap.

Kemudian ammonium yang tidak diserap oleh tumbuhan akan dimakan oleh bakteria yang lain dan memecahkannya kepada nitrit (NO2) dan kemudian kepada nitrat (NO3). Dalam proses ini oksigen diperlukan, jadi ia boleh berlaku dalam tanah yang kering.

Nitrat juga boleh diserap oleh tumbuhan. Malangnya ia boleh larut dalam air dan akan dilunturkan dari tanah jika berlaku hujan.


Mengapa Pokok Perlukan Nitrogen?
Pokok memerlukan nitrogen untuk pertumbuhan. 2% dari jisim pokok yang dikeringkan adalah terdiri dari unsur nitrogen. Unsur ini ada dalam daun hijau (disebut klorofil) dan penting untuk pertumbuhan daun. Ia juga diperlkan untuk membuat asid nukleik dan asid amino (untuk membina protin), serta mengawal pengambilan unsur kalium dan fosforus.

Kesan Kekurangan Nitrogen
Pokok yang kekurangan nitrogen tidak membesar dengan elok. Kalau pokok yang ditanam bantut, ia mungkin kekurangan unsur nitrogen. Satu lagi tanda kekurangan nitrogen ialah daun berwarna hijau muda dan mula menjadi kuning.

Kesan Terlebih Nitrogen
Terlebih pun tidak elok juga. Jika warna pokok yang anda tanam menjadi hijau tua serta kebiruan, itu tanda terlebih nitrogen. Pokok juga tumbuh dengan cepat menyebabkan batangnya lembut, tumbuh dengan tinggi dan mudah patah. Jika anda tanam pokok buah, pokok mungkin lambat berbuah kerana aktiviti tertumpu pada pertumbuhan daun.

Bersambung...

Benih Baru Untuk Dijual

Tanamsendiri.com menambah dua lagi koleksi sawi dari baka f1.  Harga benih adalah sama seperti yang lain iaitu 5 pek dengan harga RM10.  Anda boleh campurkan mana-mana benih untuk setiap pesanan.

1. New Jade Fan Pak Choy, baka f1, 277
Sawi pak choy ini mempunyai daun yang kebar dengan batang berwarna putih.

2. Kobis Cina Tropika, sayur putih Ong King, baka f1, 202
Sayur kobis cina ini mempunyai daun yang kerinting.



 

Gambar Hari Ini -- Induk Bayam Putih

Tidak semua pokok bayam dicabut ketika menuai.  Pokok ini dibiarkan terus tumbuh untuk mendapatkan bijinya.

Pokok bayam yang telah berbunga dan menghasilkan biji benih tidak lagi rangup dan rauh seperti bayam yang muda.  Ia kurang enak kalau dijadikan ulam dan salad.  Saya simpan pokok tersebut kerana ia kelihatan amat subur dan tumbuh hingga ke paras pinggang.  Benih yang dihasilkan adalah benih OP iaitu open pollination kerana ia tidak ditanam dalam lokasi yang terkawal dan benih boleh menerima debunga dari pokok bayam baka yang lain. 

Untuk penjimatan, rakan-rakan boleh simpan benih dari sayur yang ditanam untuk disemai semula. Benih bayam, salad, kangkung, dan beberapa jenis sayur lagi boleh diperolehi dari sayur yang anda tanam.

Photo of the Day
Parent amaranth plant is left bolting for its seeds.

Mengukuhkan Anak Cili

Pokok yang disemai tumbuh subur dalam pasu semaian.  Sebelum dialih ke tanah, ia perlu dikukuhkan terlebih dahulu.  Kalau tidak, pokok yang lembut mungkin akan mati akibat kehilangan air yang terlalu banyak ketika dialih.  Ini kerana batang pokok yang lembut segah kerana kandungan airnya.  Jika kehilangan air, ia akan layu.  Anda perlu kukuhkan pokok terlebih dahulu, iaitu gunakan baja pengukuh dan jemur pokok di bawah sinar matahari supaya ia mula hasilkan batang berkayu.  Pokok dengan batang berkayu lebih tahan panas.

Oleh kerana saya tidak gunakan baja kimia, saya akan campurkan baja tinja kambing untuk mengukuhkan pokok.  Kemudian saya akan alih pokok di bawah sinar cahaya matahari yang terik selama dua jam sehari sehingga pokok tahan panas.  Kira-kira seminggu kemudian, iaitu apabila pokok kukuh saya akan alih ke lokasi yang tetap di atas tanah.  Sekiranya rakan-rakan tidak mempunyai masa untuk mengalih pokok, boleh letakkan di kawasan yang teduh yang hanya terdedah pada cahaya matahari secara terus pada waktu tertentu sahaja.  Pastikan pokok disiram dengan air yang secukupnya.

Anak cili padi berumur 4 minggu yang masih lembut perlu dikukuhkan.

Hardening Hot Pepper Plantlets
Plantlets grow well in sowing pots. Sooner or later it must be transplanted into a permanent location or into a larger pot. The plantlets contain soft stems and easily wilted. They must be hardened before transplant. To harden the plantlets, you may use a special formulated fertilizer or place the plantlets in a hot area for a few hours a day. When the plantlets harden, they are ready to be transplanted.


I will use organic fertiliser to harden the plantlets. Then the plantlets will be placed under scorching sun for two hours daily for a week. When the plantlets are ready, they will be moved permanently in the pepper patch.

Photo -- At week 4, young hot pepper contains soft stems.They must be hardened.

Selasa, 19 Julai 2011

Saiz Buah Roselle

Sewaktu berkunjung ke pasar hujung minggu yang lalu saya telah ternampak sebakul roselle dijual dengan harga RM7 sekilo.  Kelopak buah agak berbeza dari jenis yang saya tanam kerana kelopaknya menutup bahagian buah seperti putik bunga yang belum kembang.  Kelopak buah roselle yang saya tanam pula melengkung keluar seperti kelopak bunga yang sedang kembang dan mendedahkan bahagian buah.

Yang menarik perhatian saya adalah saiz buahnya yang agak kecil berbanding dengan buah dari pokok yang saya tanam.  Saiz buah yang dijual di pasar hanyalah kira-kira 1/2 hingga 3/4 dari saiz buah dari pokok yang saya tanam.

Pada permulaannya saya teringin untuk membeli buah tersebut tetapi bila difikirkan, dengan mencampur jenis pokok saya mungkin akan menyebabkan benih pokok saya akan didebunga oleh buah baka tersebut.  Oleh sebab itu saya batalkan saja untuk mendapatkan buah tersebut untuk dijadikan baka.

Dalam gambar berikut saya telah letakkan tangan supaya rakan-rakan dapat lihat saiz buah dari pokok yang saya tanam.  Ia memang besar berbanding dengan variety yang saya temui sebelum ini.  Jika rakan-rakan berminat untuk mendapatkan benih roselle boleh membuat pesanan dari blog ini.  Klik di sini.

Saiz roselle dengan tangan penulis sebagai perbandingan saiz.

Buah roselle yang sihat, boleh tahan saiznya.

Gambar Hari Ini -- Bunga Matahari

Bunga Matahari

Isnin, 18 Julai 2011

Nutrien Tumbuhan -- Bahagian 3 dari 20

Makronutrien -- Nitrogen
Nitrogen adalah nutrien yang lain dari nutrien yang lain. Ini kerana ia tidak ditemui dalam batu induk. Sebatian nitrogen yang ada dalam tanah adalah berasal dari udara. Sebahagian besar dari kandungan udara kita adalah nitrogen. Walaupun begitu, pokok tidak berupaya menyerap nitrogen secara terus dari udara. Pokok menyerap sebatian nitrogen daripada tanah, iaitu dalam bentuk nitrat (NO3) atau ammonium (NH4). Syukurlah ada beberapa cara tumbuhan dapat menyerap nitrogen ni.

Petir adalah satu cara nitrogen masuk ke tanah. Ya petir boleh menghasilkan baja. Kira-kira 5 lb sebatian nitrogen bagi setiap hektar terhasil dari kilat. Kilat yang memanah ke dalam udara menghasilkan nitrogen oksida. Sebatian ini diresap dalam air dan jatuh ke bumi melalui hujan. Bagaimanapun jumlah ini hanya sedikit jika dibandingkan dengan keperluan pokok.

Dalam tanah, kulat dan bakteria bekerjasama (disebut simbiosis) mengikat nitrogen dari udara ke dalam tanah. Makhluk halus ini (disebut mikrob atau mikroorganisma) tinggal di dalam bintil kecil pada akan pokok dari keluarga kacang. Jadi untuk memperkayakan tanah dengan nitrogen, elok juga sekali-sekala anda tanam kacang. Ada juga bakteria pengikat nitrogen yang hidup bebas dalam tanah. Ada juga makhluk halus dalam laut (dari jenis alga biru-hijau) yang mengikat nitrogen. Mengapa bakteria dan kulat ingin mengikat nitrogen? Sebenarnya unsur ini digunakan untuk membina asid amino, iaitu bahan asas untuk membina protin. Lebihan asid amino dikongsi bersama kacang. Sebab itulah kacang kaya dengan protein!

Mineral dalam tanah tidak mengandungi banyak nitrogen. Bagaimanapun lama kelamaan, apabila tanah semakin subur (selepas tanam kacang), bahan organik mula mereput, tanah akan mula kaya dengan nitrogen. Apabila nitrogen mula diserap ke dalam pokok, ia boleh dikitar semula. Jadi, anda hanya perlu tahu cara menguruskannya ketika bertanam nanti.

Bersambung...

Ahad, 17 Julai 2011

Patch Rosemary Dengan Pokok Yang Baru Dialih

Minggu lepas saya telah bersihkan patch rosemary dengan membuang akar dan umbi pokok pudina serta rumpai yang bermaharaja lela dalam patch tersebut.  Di sebelah petang di hari yang sama, saya telah menggembur tanah dengan menggunakan cangkul.  Kemudian saya telah menggaulkan kira-kira 1/2 kilo kepala ikan bilis yang telah rosak.  Kini, selepas seminggu diharapkan bilis tersebut telah reput dan memperkaya tanah dengan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan.

Tadi saya telah mengalih dua pokok rosemary ke dalam patch tersebut.  Diharapkan pokok yang dialih tadi tumbuh dengan subur.  Dapatlah guna posemary untuk masakan di masa akan datang.  Herba ini enak digunakan ketika memanggang kambing.  Tidak sabar menunggu waktunya. Mmmmm....

Patch Rosemary dengan 2 pokok (di sebelah kiri) yang baru dialih.


Patch rosemary selepas 2 minggu.


Patch rosemary selepas 4 minggu.


The New Rosemary Patch with New Plants
Last week I had cleared an herbs patch to be transformed into a rosemary patch.  Last Sunday morning, I removed mints and weeds from the patch.  Later in the evening I ploughed the patch using a hoe and added fish meal.  Hopefully the fish meal is well rotted and provide the necessary nutrients for the plants.

Today, I had successfully transplanted two rosemary plants into the patch. Hopefully the rosemaries will thrive providing me enough herbs for coming barbequeue sessions. Mmmmm.... yummy.

Jumaat, 15 Julai 2011

Pangkas Malberi Supaya Pokok Berbuah

Pokok malberi yang biasa di tanam di perkarangan rumah biasanya dari dua variety iaitu yang menghasilkan buah putih dan yang menghasilkan buah merah.  Malberi buah putih lazimnya lebih jarang berbuah berbanding dengan malberi buah merah.  Malbei ada ditanam secara komersial tetapi bukan untuk buahnya.   Ia ditanam untuk daunnya iaitu sebagai makanan ulat sutera.
Saya pernah terbaca khasiat daun malberi yang digunakan sebagai daun teh.  Saya tanam malberi untuk buahnya.  Pokok ini kurang popular kerana ia memakan masa selama 8 tahun untuk berbuah.  Bagaimanapun anda boleh langkau masa tersebut dengan menanam pokok menggunakan keratan batang.  Sebenarnya, sebaik sahaja pokok yang anda tanam (melalui keratan batang) dan stabil, anda terus boleh memaksa ia berbuah.
Malberi hanya berbuah pada ranting yang baru tumbuh.  Untuk menghasilkan bunga dan buah, ikut petua ini.
Kira-kira dua minggu sebelum kerat bantang malberi, tambahkan baja organik ke dalam tanah.  Anda boleh gunakan kepala ikan bilis yang telah rosak, baja tinja haiwan ternakan atau kompos.
Apabila telah sedia, jalankan langkah berikut di sebelah petang.  Ini untuk mengelakkan terik matahari selepas ranting dikerat.
Kerat ranting utama hingga tinggi kira-kira paras pinggang menggunakan gunting kebun yang tajam.  Biarkan daun pada pangkal ranting sahaja.  Jangan buang tunas pada pangkal daun tetapi petik daun untuk mengelakkan dari berlaku kehilangan air yang berlebihan.  Siram pokok dengan air yang banyak tetapi jangan sampai air bertakung.
Buang daun pada ranting yang telah dikerat dan cucuk ke dalam tanah untuk disemai.

Ranting selepas seminggu dikerat.  Perhatikan rang baru tumbuh pada ranting tersebut.

Ranting yang telah dikerat akan menghasilkan tunas baru dalam masa seminggu.  Ranting baru akan mengandungi bunga malberi.

Ranting yang baru tumbuh mengandungi bunga malberi, iaitu putik-putik buah bewarna hijau.



Bunga malberi mempunyai bentuk buah dengan urat-urat stigma terjulur keluar.



Bunga hanya tumbuh pada ranting yang baru.

Mudah bukan?

Khamis, 14 Julai 2011

Nutrien Tumbuhan -- Bahagian 2 dari 20

Dalam posting yang lalu saya telah nyatakan dua jenis nutrien yang diperlukan mengikut kuantiti iaitu major dan minor.  Berikut adalah 17 unsur atau elemen yang ditemui di dalam tumbuhan.  Nilai dalam kurungan adalah anggaran nisbah unsur tersebut ditemui dalam tumbuhan.

C iaitu karbon (45%)
H iaitu hidrogen (6%)
O iaitu oksigen (45%)

Ketiga-tiga unsur tersebut adalah unsur yang digunakan untuk membina karbohidrat dan ia terdiri dari 96% dari jisim seluruh pokok.  Anda tidak perlu bekalkan bahan tersebut dengan membaja kerana bahan tersebut diperolehi melalui air dan udara.

N iaitu nitrogen (1.5%)
P iaitu fosfor (0.15%)
K iaitu kalium (1.5%)

Unsur di atas dikenali sebagai nutrien primer kerana ia paling banyak diserap daripada tanah.  Ia paling banyak diperlukan dan kerana ia diperlukan dalam kuantiti yang paling banyak, kebanyakan masalah kekurang nutrien dalam pokok adalah kekurang mana-mana bahan tersebut.  Sebab itulah jika anda beli baja komersial am, ia kadangkala ditulis NPK iaitu simbul kimia untuk unsur tersebut.  Ada penjual yang akan beritahu anda baja NPK adalah baja yang lengkap.  Bagaimanapun ini tidaklah benar kerana pokok juga perlukan nutrien minor.

Ca iaitu kalsium (0.5%)
Mg iaitu magnesium (0.2%)
S iaitu sulfur (0.1%) 

Tiga elemen yang dinyatakan di atas dikenali sebagai nutrien sekunder kerana ia masih diperlukan dalam kuantiti yang banyak tetapi tidaklah sebanyak NPK.  Bagaimanapun, kebiasaannya pokok perlukan lebih banyak kalsium dan megnesium jika dibandingkan dengan fosfor.

Unsur N, P, K, Ca, Mg dan S adalah dikenali sebagai nutrien major atau makronutrien.

B iaitu boron (0.002%)
Cu iaitu kuprum (0.0006%)
Fe iaitu besi (0.01%)
Mn iaitu mangan (0.005%)
Mo iaitu molibdenum (0.00001%)
Zn iaitu zink (0.002%)
Cl iaitu klorin

Tujuh unsur di atas dikenali sebagai mikronutrien atau nutrien minor kerana pokok perlukannya dalam kuantiti yang amat kecil.  Kelazimannya, pokok perlukan bahan tesebut untuk membina enzim.  Jika bahan tersebut dibekalkan dengan kuantiti yang banyak, ia akan merosakkan pokok.

Co iaitu kobalt

Kobalt diperlukan oleh tumbuhan kekacang pengikat nitrogen.  Ia tidak digunakan dalam pokok yang lain.  Dalam posting selepas ini, saya akan bincangkan tentang makronutrien.

bersambung...

Gambar Hari Ini -- Roselle

Buah Roselle sedia untuk dituai. 

Photo of the Day -- Roselle
Roselle Fruits ready for picking.

Selasa, 12 Julai 2011

Gambar Hari Ini -- Bunga Matahari

Bunga matahari dah menghasilkan biji. 


Photo of the Day -- Sunflower
Sunflower with seeds almost ready for picking.