Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 28 Jun 2011

Tuaian Hari Ini -- Sayur Campur

Sayur segar

Hari ini teringin nak makan sayur campur goreng dengan bawang putih.  Masakan ini amat enak jika gunakan sayur segar yang ditanam secara organik.


Today's Harvest -- Mixed Vegetable
Today I am craving for fried mixed vegie with garlics.  The recipe is best when cooked using freshly picked organically grown vegetables.

Sabtu, 25 Jun 2011

Baja Organik -- Hampas Kopi

Satu dari keindahan menanam sendiri adalah anda akan mula peka terhadap sekeliling dan akan sentiasa mencari penyelesaian untuk menghasilkan tanaman yang lebih bermutu dengan harga yang lebih murah.  Pastinya tiada yang lebih manis dari barangan percuma, walaupun ia cuma sisa yang orang lain mengganggap tidak bernilai.
Saya ingat lagi ketika zaman kanak-kanak dahulu, emak saya pernah meminta penjual air tebu menyimpan hampas tebu untuk dijadikan baja.  Setelah penjual tebu menghantar hampas tersebut ke rumah, mak akan menggaulnya dengan tanah dan membiarkan hampas tersebut mereput.  Proses ini tidak lama kerana semut mula berkerumun untuk menikmati hampas tebu yang manis itu.  Tidak lama kemudian emak akan memasukkan hampas yang reput ke dalam tin susu tepung yang ditebuk lubang dan ditanam anak cili yang telah disemai sebelum itu.  Tin tersebut diletakkan di atas para untuk mengelakkan dari diratah oleh kambing dan ayam yang sentiasa teringin tanaman emak.  Hasilnya adalah buah cili yang manis.  Emak beranggapan cili tersebut manis kerana terdapat gula dalam hampas tebu tersebut.
Ayah saya pula sentiasa menceritakan tentang kehebatan tanah yang bercampur tandan kelapa sawit yang terdapat di sekitar kilang kelapa sawit.
Orang bandar mana mungkin ingin memesan peniaga air tebu untuk menyimpan hampas tebu atau pihak kilang menyimpan tandan kelapa sawit.  Mereka pasti akan teringinkan baja yang lebih "glamour".
Satu dari bahan sisa yang glamour yang saya maksudkan ialah hampas kopi dan teh yang terkumpul dari outlet kedai kopi.  Mereka tetap akan membuang bahan tersebut, jadi mengapa tidak minta mereka simpan hampas kopi dan teh untuk dijadikan kompos.  Ada outlet kopi yang membungkus hampas kopi dan memberikannya secara percuma kepada pelanggan yang menanam sendiri.  Pek hampas kopi yang saya tunjukkan dalam gambar di bawah diperolehi dari outlet Starbucks di ibu kota.  Thank you Starbuck.  Sayurku nampak segar. :)

Hampas kopi boleh dijadikan baja organik


Organic Gardening Using Used Coffee Dust
One of the beauty of gardening is you'll be alert of your surroundings. You will also start finding solutions to gardening challenges. Gardening can be very expensive, so you will start hunting for bargains.
My mom used to ask sugarcane water seller to save the used sugarcane for composting. Later he sent a pile of used sugarcane right at our doorstep. Later she mixed the pile with soil, thus attracting army of ants. The sugarcane pile decomposed into dusts in less than a month. The finished compost were mixed with sand (my village soil were sandy) in a used milk can and she planted pepper. She believed the pepper produced will be sweet because sugarcane water were used to make molasses.
My dad used to brag about his method of composting using palm oil bunch. Good old days... Now city folks may find it odd to ask for used sugarcane from sugarcane water peddler. They would aim for more glamorous forty malaysian ringgit per small bottle of liquid fertiliser sold in department store.
Hey you can still be glamorous by using free used products as composts. If you drink coffee at Starbucks, look for free used coffee dust. They are going to throw it anyway. Whey not save some landfill space by bringing the used coffe dust for your garden compost. Many of the coffee outlets saved the dust for you in a nice package as shown in the above photograph. And for the lesser glamorous gardeners, you can always ask the used coffee or tea dust from mamak stalls or restaurants. Thank you Starbucks. My vegetable looks good. :)

Jumaat, 24 Jun 2011

Resepi -- Pulut Air Kelapa dengan Kembong Pelaling Goreng

Pulut Air Kelapa adalah hidangan istimewa arwah nenek mertua terutamanya di musim tengkujuh.  Biasanya ia dihidangkan bersama ikan kering atau ikan masin yag digoreng.  Kali ini pulut ai kelapa dihidangkan dengan kembung pelaling goreng.  Enak.


Pulut air kelapa dengan kembung pelaling goreng.

Bahan-bahan
Untuk hidangan enam orang.

Pulut Air Kelapa

1 kg beras pulut
1 cawan air kelapa
1 biji kelapa parut putih
1 sudu teh garam laut (halus)
1 sudu besar gula
Air

Ikan Kembung Pelaling Goreng

6 ekor ikan kembung saiz kecil (pelaling)
2 sudu besar lada giling
1 sudu besar garam laut
1/2 cawan minyak masak

Cara Menyediakan
Pulut Air Kelapa
1.  Cuci beras pulut.
2.  Masukkan beras pulut ke dalam periuk elektrik.
3.  Masukkan air kelapa.  Tambahkan air supaya paras air lebih kurang 1 inci di atas paras beras pulut.
4.  Tutup periuk dan masak pulut seperti memasak nasi dengan periuk elektrik.


Kembung Pelaling Goreng
1.  Cuci ikan kembung. 
2.  Kelar badan ikan dan sapukan garam dan cili kisar.
3.  Perap ikan selama 30 minit.
4.  Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. 
5.  Masukkan ikan dan goreng selama lebih kurang 3 minit (kurang garing) atau sehingga garing. 
6.  Balikkan ikan dan goreng di sebelah lagi.

Cara Menghidang
1. Gaulkan kelapa parut putih dengan garam dan gula. 
2.  Sendukkan nasi ke dalam pinggan, letakkan kelapa parut putih di atas nasi pulut bersama ikan pelaling goreng.

Tip:  Jika membeli kelapa parut, minta penjual simpan air kelapa dari buah yang bakal diparut.  Perut dan insang ikan jangan dibuang.  Kisar dan campur dengan air yang banyak dan siram ke pangkal pokok sayur dan pokok buah-buahan.  

Pokok Terung Batch Baru Mula Berbuah

Terung adalah pokok yang lambat tumbuh bila disemai berbanding dengan pokok-pokok lain.  Cambahan yang tumbuh juga membesar dengan kadar yang perlahan.  Kadang rasa tak sabar dengan kadar pertumbuhannya.  Rasa nak cabut dan ganti dengan pokok lain sahaja.  Tapi apabila ia mula mencapai tinggi 16cm ia akan mula membesar dengan cepat.  Bila ia mula berbunga dan berbuah, rasa puas.

Buah terung dari pokok baru.  Kulit berkilau, waktu paling enak untuk dimakan.

Walaupun boleh membesar lagi, akan dipetik segera kerana rasanya yang enak.

Terung sedang berbuah perlukan air yang cukup.  Kesan musim panas, terlupa siram pokok mula layu.

New Batch of Eggplants Stared to Bear Fruits
Eggplants, also known as brinjals and aubergines are slow growing plants. You must be very patient when growing the plants. Sometimes I myself felt frustrated and just want to replace with faster growing plants. However, when the plants reach about 16 cm, they will grow at a faster rate. When the plants start to bear flowers and fruits, it feel so good.

Khamis, 23 Jun 2011

Tuaian Hari Ini -- Roselle

Pokok roselle berbatang lembut sama seperti pokok bendi.  Buahnya tumbuh di setiap ketiak daun.  Sebelum ini saya hanya tuai seminggu sekali tetapi nampaknya ini tidak memadai krana buah yang ranum terlalu berat dan menyebabkan batang roselle tunduk ke tanah.  Kini saya tuai dua kali seminggu, iaitu Sabtu atau Ahad dan Rabu atau Khamis.  Pokok yang terlalu tingggi terpaksa dipangkas supaya lebih mudah diselenggara.  Alhamdulillah, dapatlah bekalan roselle yang tidak putus-putus.  Mujurlah anak-anak sukakan sirap roselle.  Dapatlah mereka manfaat darinya.  Cuma, nak buat apa dengan keratan roselle ni...?

Roselle perlu dituai selalu supaya pokok tidak tunduk kerana buah yang ranum terlalu berat.

Benih roselle boleh diperolehi dari tanamsendiri.com melalui link ini.


Harvest of the Day -- Roselle
Roselle is a soft stem plant, just like okra plant. The fruits grow between the stem and the leaves. I used to pick the fruits once a week, but now I must pick the fruits more often because the weight of the fruits caused the plant to bend toward the ground. Nowadays I pick the fruits twice a week. The height of the plant is also a problem. If it gets to high the plank will bend toward the ground. This problem is solved by pruning the plant to waist level. Thank God, now I got a continuous supply of roselle.


Now what should I do with the cuttings...?


Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

Masalah Lalat Buah

Antara masalah yang ketara bila menanam pokok buah, misalnya cili, belimbing dan jambu air di kawasan taman perumahan ialah lalat buah. Memang amat sukar kerana ada banyak faktor yang menyebabkan kehadiran lalat buah, terutamanya di kawasan perumahan. Masalah yang ketara yang dapat saya perhatikan ialah jiran-jiran yang menanam pokok buah-buahan tetapi tidak memetik buah-buah yang telah ranum.

Kelazimannya apabila buah diserang lalat buah, ia tidak boleh dimakan lagi. Kebanyakan pemilik pokok tersebut akan membiarkan buah ranum di pokok dan luruh tanpa dibersihkan kerana kecewa buah yang terhasil tidak dapat dinikmati. Akibatnya, ulat lalat buah dalam buah yang ranum akan bertukar menjadi lalat buah dewasa dan kan terbang mencari buah baru.

Sepatutnya, apabila buah diserang lalat buah, mereka kutip buah tersebut dan bakar supaya ulat tidak bertukar menjadi lalat buah.

Dalam posting sebelum ini saya ada sarankan agar rakan-rakan menggunakan perangkap lalat buah, iaitu menggunakan botol yang diisi dengan air yang dicampur dengan metil eugenol. Cecair ini dapat menarik perhatian lalat buah sehingga 4.5 km dari perangkap. Pada pendapat saya, saranan saya sebelum ini salah. Ini kerana dengan memasang perangkap berisi metil eugenol saya akan memanggil semua lalat buah yang ada di taman perumahan tempat saya tinggal ke laman saya. Memang benar perangkap akan penuh berisi lalat buah, tetapi tidak semua lalat buah akan memasuki perangkap. Ada antaranya akan singgah dulu pada buah cili, buah belimbing, buah bidara, buah markisa dan menyuntik telurnya ke dalam buah-buah tersebut. Akibatnya, walaupun anda dapat memerangkap dan membunuh beberapa puluh lalat buah, buah-buahan dalam laman anda tetap berulat.

Jadi, pada pendapat saya, elok dibakar buah-buah yang diserang ulat supaya kitar lalat buah buah terganggu. Pasang perangkap lalat buah di pinggir taman perumahan supaya lalat buah terbang keluar dari laman rumah anda dan keluar dari taman perumahan anda. Di laman pula, pasang penghalau lalat buah. Saya gunakan air rebusan tulasi. Ia amat berkesan untuk menghalau makhluk perosak. Dari percubaan saya sebelum ini, saya dapati air rebusan serai wangi, kemangin atau selasih juga berkesan untuk menghalau lalat buah. Masukkan air tersebut ke dalam botol yang ditebuk dan gantung pada pagar rumah atau pancang pada batas yang berisiko. Kalau anda menanam jambu air yang diserang lalat buah, jangan biarkan buah ranum dan luruh ke tanah. Kutip dan bakar. InsyaAllah serangan lalat buah akan dapat dikurangkan.


Fruit Fly Problem
One of the problems planting fruit is fruit flies. The fruits normally attacked by fruit flies are pepper, star fruit and malay apple. In housing area, it is hard to tackle the problem because you also got neighbour planting the fruit plants. One of the obvious problems is when your neighbor did not harvest the ripened fruits.

Usuall when their fruits were attacked by fruit flies they will be disappointed and will let the fruits ripened without collecting the fruits. This will give the fruit fly's larva to turn into adult flies and will fly away to find more fruits to attack.The correct way to tackle the problem is to disturb the fruit fly's life cycle, that is to destroy the fruits before the larva turn into adult flies. Burning the infected fruits is a good method.

In the earlier postings I suggested you use fruit fly traps (using metyl eugenol as bait). The substance can attract fruit flies up to 4.5 km away. This is a bad suggestion because all of the fruit flies in your housing area will end up in your backyard worsening your fruit fly problem. I think the better solution is burn the infected fruits and set fruit fly traps outside of your housing area. In your backyard, use fruit fly repellent, for example tincture of citronella or basil.

Rabu, 22 Jun 2011

Tanam Sendiri -- Kai Lan, Chinese Kale

Kai lan bukan hanya boleh ditanam di atas tanah.  Pokok ini juga boleh ditanam di dalam bekas.  Cuma kalau tanam di dalam bekas, air yang tersimpan dalam tanah adalah terhad, jadi anda perlu pastikan ia disiram selalu.  Kalau di musin panas seperti sekarang pastikan ia disiram sekurang-kurangnya sekali sehari. Mungkin anda sibuk dengan kerja dan tidak dapat menyiram selalu.  Ini dapat diselesaikan dengan mengajak anak-anak menanam bersama.  Anak-anak boleh mengambil tugas menyiram ketika mereka pulang dari sekolah.  Bukan sahaja anda akan kai lan yang segar, malah dapat memupuk minat anak-anak untuk menanam sediri.
Untuk pastikan pokok membesar dengan cepat, pastikan bekas diletakkan di tempat yang menerima cahaya matahari di waktu pagi kerana pokok membuat makanan dengan kadar yang tinggi di waktu pagi.


Muhammad dengan kai lan tanamannya.

Grow Your Own Chinese Kale
Chinese kale may be planted in containers. If planted in containers, make sure the plant receives enough water. During hot seasons make sure the plant is watered at least once a day.
Maybe you are busy and watering everyday manually is not possible. You may assign your children to do the task, for example when they come back from school. And make sure you place the container in morning sunlight. Chinese kale grows well in morning sunlight.

Photo - Muhammad with his chinese kale.

Selasa, 21 Jun 2011

Gambar Hari Ini -- Bunga Kacang Botol

Bunga Kacang Botol

Syukur, pokok kacang botol batch baru mula mengeluarkan bunga.  Kebiasaannya pokok itu lambat sedikit berbunga berbanding dengan kacang panjang atau kacang buncis.  Apabila ia mula berbunga, ia akan menghasilkan buah secara berterusan selama beberapa bulan.  Tanam beberapa batch dalam sela masa tiga minggu jika inginkan buah yang berterusan.  Keistimewaan tanam kacang botol sendiri ialah anda akan dapat tuai ketika buah paling enak, iaitu ketika ia muda dan rangup. Apa lagi kalau gunakan baja organik, rasa buah lebih manis.
Saya suka petik ketika buah masih kecil iaitu kira-kira 8 cm panjang.  Enak dibuat ulam atau dicampur kedalam salad dan rojak buah.

Isnin, 20 Jun 2011

Gambar Hari Ini -- Bunga Matahari

Bunga Matahari

Bunga matahari akan sentiasa menarik perhatian jika ditanam di laman rumah terutamanya ketika ia mula berbunga.  Kebiasaannya satu pokok akan menghasilkan satu kuntum bunga sahaja.  Bunga yang berwarna kuning ini menarik perhatian terutamanya kanak-kanak kerana saiznya yang besar, warnanya yang terang dan sentiasa mekar hingga biji di dalamnya matang.  Ada pula yang berkata bunga ini akan sentiasa menuding ke arah matahari.  Saya rasa ini tidak benar kerana bunga yang saya tanam tidak menghadap matahari.  Ia cuma kembang segah di waktu siang dan tunduk di waktu malam -- tidak semestinya menghala ke arah matahari.

Gambar Hari Ini -- Remayung, Basella rubra

Basella rubra

Basella rubra

Pokok remayung atau bayam malabar atau basella adalah sayur yang berasal dari negara kita.  Ia adalah sayur yang memanjat dengan melilit.  Kalau tanam, cantik juga kalau diletakkan pancang atau para.  Daun sayur ini biasanya bersaiz besar, tetapi saiz daun yang keluar apabila pokok telah berbunga dan berbuah biasanya lebih kecil.  Untuk pokok kelihatan cantik, sentiasa kerat pokok.  Sayur ini amat berkhasiat.  Enak digoreng bersama bawang putih dan lada hitam dalam masa yang singkat menggunakan api perlahan.  Kalau dimasak dalam masa yang lama, ia akan hancur dan berlendir.  Untuk khasiat remayung, lihat posting terdahulu.

Ahad, 19 Jun 2011

Semaian Baru -- Rosemary


Semaian kali ini, dibuat secara propagasi.  Pokok yang dimaksudkan, beberapa pokok herba (rosemary, tarragon), pokok memanjat (markisa, grandiosa), dan pokok beri (malberi).  Selain dari itu ada juga semai dari benih; cili padi Thai red, cili Kulai King 8339, terung panjang dan lobak putih.  Oh ya, pek Cili Kulai King SP8339 ni baru dibuka dari tin.  Rakan-rakan yang ingin tanam boleh beli benih dari tanamsendiri.com.

Seperti biasa saya ada kongsi benih (100 pek sebulan).  Untuk bulan ini, benih kobis cina.  Masih ada lagi dalam 20 pek.  Siapa mahu sila tinggalkan alamat melalui emel (iskandar.abdulrashid@gmail.com).  Untuk bulan Julai, saya akan kongsi benih bendi singa.  Boleh dapatkan sekarang.  Jumlah pek hanya ada 100 sahaja, jadi jangan ketinggalan kerana benih ini memang bagus.  Kalau tiada tanah boleh tanam dalam bekas.

Gambar Hari Ini -- Buah Markisa

Buah Markisa/Passionfruit

Benih Untuk DiKongsi -- Kobis Cina, baka F1, 663

Benih untuk dikongsi pada bulan Jun.  1 pek benih kobis cina.  Untuk dapatkan benih, sila email nama dan alamat ke iskandar.abdulrashid@gmail.com. 

Benih Kobis Cina


Anak pokok kobis cina

Anak pokok berumur seminggu.  Benih dan cambahan kobis cina kelihatan sama seperti benih dan cambahan sawi.  Jika tanah dan baja sesuai digunakan, ia akan membesar dengan cepat.

Jumaat, 17 Jun 2011

Gambar Hari Ini -- Kekabuh Kura-kura

Kekabuh kura-kura memakan bena dan secara tidak langsung dapat mengurangkan serangan bena (aphids).

Anak Kobis Cina

Sayur adalah tumbuhan hijau dan perlukan cahaya matahari untuk membuat makanan.  Bagaimanapun cuaca yang terlalu panas menyebabkan tanah terlalu kering dan tumbuhan kehilangan terlalu banyak air ketika tengah hari.  Untuk selesaikan masalah pokok mati kerana terlalu panas, anak-anak pokok sayur di letakkan di celah-celah pokok roselle.  Kalau di perhatikan anak pokok kobis masih membesar dengan cepat dan tidak terbantut walaupun diletakkan di tempat yang redup.

Untuk rakan yang ingin cuba-cuba tanam kobis cina, benih ini ada diberi secara percuma melalui blog ini pada bulan Jun 2011.  Untuk dapatkan benih tersebut sila emelkan alamat ke iskandar.abdulrashid@gmail.com.

Semaian Kobis Cina diletakkan di celah-celah pokok roselle untuk kurangkan kesan cuaca panas.
Anak kobis cina.

Makhluk Perosak -- Daun Dimakan Belalang

Hampir semua bahagian pokok kacang botol boleh dimakan -- buah muda, biji, bunga dan daun.  Tak hairan kalau daun kacang botol dimakan belalang.

Daun kacang botol dimakan belalang.

Gambar Hari Ini -- Daun Salam

Daun Salam

Gambar Hari Ini -- Buah Delima

Buah delima

Rabu, 15 Jun 2011

Masih Berguna Kalau Tanam Sendiri

Satu dari tanda-tanda anda dapat sindrom tanam sendiri adalah timbul sifat "thrifty" ;) bila berkait dengan produk yang masih boleh diselamatkan.  Maka anda akan membeli benda-benda yang orang lain dah reject.  Bila angkat masuk troli orang akan tengok semacam... takut anda ni seorang penjual nasi lemak sebab nak pastikan mereka tak akan terbeli nasi kat gerai anda.  Apa tidaknya, bawang yang dah tumbuh yang dijual dengan harga 25 sen (harga asal RM4.95), kepala ikan bilis dan lain-lain produk rejek dibeli.

Bawang yang dah tumbuh menyelesaikan masalah 80% aja benih bawang tumbuh.  Yang ini, benam aja kat tanah, dua minggu lagi dapat tuai daun bawang untuk jemput-jemput, panggang daging, ikan goreng dan sebagainya.  Kepala ikan bilis di tabur di pangkal pokok, dua minggu lagi pokok akan mula berbunga.

Bawang bercambah
Bawang yang telah tumbuh perlu ditanam dengan sendiri.  Sebelum menanam pastikan bawang yang buruk dibuang kerana bau bawang tersebut akan menarik perhatian makhluk perosak.  Gemburkan tanah buat lubang 5cm atau 2 inci.  Kemudian tanam bawang.  Oleh kerana saya berniat untuk tuai daun bawang, saya tanam bawang-bawang tersebut rapat-rapat. 

Bawang ditanam terus ke tanah.
Sekarang cuaca panas dan kering.  Oleh kerana kesibukan, saya tak dapt menyiram pokok setiap hari.  Untuk pastikan tanah kekal lembap, tanah yang telah disemai bawang ditutup dengan keratan rumpai kering.  Rumpai tersebut juga dapat melindungi pucuk bawang dari ayam dan makhluk perosak.

Tanah ditutup dengan keratan rumpai yang kering untuk mengekalkan kelembapan tanah.
Beginilah rupa patch bawang di tepi rumah ketika cuaca panas.  Daun akan dapat ditual selepas 2 minggu.

Kawasan yang ditanam bawang tertutup dengan keratan rumpai kering.

Gambar Hari Ini -- Bunga Markisa

Bunga markisa

Jangan sayang sayang. Markisa perlu dipangkas kalau ingankan bunga banyak.  Banyak bunga, banyak pula buahnya.

Photo of the Day -- Passion Flower
Photo - Passionflower
Do not hesitate to prune the plant if you want it to produce more flowers.  More flower means more fruits in the future.

Selasa, 14 Jun 2011

Lima Petua Tanam Sendiri

Ada antara kawan yang bertanya bagaimana nak mula tanam sayur sendiri. Sebenarnya tiada petua yang perlu diikut sebab pokok adalah sangat flexible. Maksud saya, dalam apa-apa keadaan sekalipun, pokok akan cuba suaikan untuk terus hidup. Jadi walau apa sekalipun cara yang kawan-kawan gunakan, pasti kawan-kawan akan dapat nikmati hasilnya. Cuma, lain kedaan, lainlah hasilnya.

Walaupun begitu saya cuba juga cari perkara-perkara asas yang boleh dijadikan panduan untuk kawan-kawan yang ingin menanam sendiri tapi tak tahu di mana nak mula. Kalau nak diceritakan sepenuhnya, 1001 malam pun tak habis sebab kita akan bincang perkara yang kita sama-sama minat, iaitu berkebun di halaman rumah. Ini sebenarnya berbeza dengan berkebun secara professional. Setelah difikir-fikir, saya boleh pecahkan lima perkara.

1. Mulakan dengan ruang yang kecil tapi tempat itu mesti kena cahaya matahari.

Kalau nak rancang yang besar-besar kita pasti tidak akan mulakan menanam sendiri. Sebabnya, projek besar perlukan ruang besar, masa dan yang pastinya wang. Sedangkan kita menanam sendiri untuk jimatkan duit dapur dan siapa yang ada masa yang banyak? Semua orang dapat 24 jam aja sehari.

Jadi mulakan kecil dulu. Bila dah menjadi nanti barulah berkembang. Macam lain-lain juga, buka cawangan...

Kalau saya, saya mulakan dengan ruang 2 meter kali 3 meter. Pilih tempat yang ada cahaya matahari. Macam zaman sekolah dulu kita belajar. Pokok perlukan cahaya matahari untuk membuat makanan. Tanpa cahaya matahari, pokok tak dapat makan. Kecualilah kalau kawan-kawan nak tanam cendawan. Ah kita juga perlu siram pokok dengan air. Jadi pilihlah ruang yang dekan dengan paip air. Kalau jauh, jenuh ulang alik ketika menyiram. Kalau tempat jauh dari paip air, dapatkan salur getah yang panjang.

Kalau tak ada juga ruang sebesar itu? Tak apa, jangan risau selagi ada kawasan yang boleh diletakkan bekas atau pasu yang besar. Kalau duduk apartment, ruang veranda pun jadi. Asalkan dapat cahaya matahari yang banyak.


2. Gali. Ya, gali, korek.

Maksud saya, dah pilih kawasan nak menanam, tinggallah tanda. Ini bakal jadi ruang tanam sendiri. Gunakan cangkul, garpu untuk mengorek tanah. Bukan sekadar gali lubang. Kawan-kawan perlu pecahkan tanah supaya akar pokok boleh mencari air dan baja. Kutip batu dalam ruang bertanam. Kalau ada tanah yang padat, pecahkan. Dengan berbuat demikian kawan-kawan juga dapat longgarkan akar rumpai. Masa menyangkul atau mengorek bolehlah cabut rumpai hingga kawasan tersebut bebas rumpai. Masa ini juga anda boleh tambahkan kompos atau apa-apa bahan organik. Ketika ini lah kalau ingin campur tinja ayam, lembu, kambing, perut ikan, kepala ikan bilis atau kalau waswas baja organik.

Dalam peringkat ini anda mungkin perlukan sedikit alatan, misalnya cangkul, pencakar dan lain-lain.

3. Pilih benih atau anak pokok.

Anda dah sedia semuanya, sekarang nak tanam apa? Kalau tanam sayur untuk makan sendiri tanamlah sayur yang anda makan. Kalau anda tak suka makan peria, jangan tanam peria sebab nanti anda tak akan teruja dengan hasil tanaman anda sendiri. Pilih tanaman yang tersenarai dalam resepi anda. Kalau tiap-tiap hari makan kangkung, tanam kangkung banyak banyak. Dari pengalaman saya, pokok berikut mudah mendapat hasil.

Sawi
Bendi
Serai
Daun kesom
Cekur manis
Cili merah
Cili padi
Bawang
Roselle
Tomato
Mentimun
Pokok kari
Kailan
Kacang panjang
Kemangin
Selasih
Pak choy
Pudina
Rosemary
Halia
Lengkuas
Kunyit
Ubi keledek

Semasa ke nurseri membeli anak pokok, jangan lupa beli tanah. Walaupun anda tidak menanam dalam bekas, tanah boleh diguna untuk baiki struktur tanah atau tampal kalau-kalau pokok digali ayam atau kucing. Cari tanah kompos yang dicampur sabut atau tanah gambut. Tanah begini mampu menyimpan banyak air. Jadi kalau masa projek menjadi dan tiada masa menyiram, pokok masih boleh bertahan.


4. Perhatikan pertumbuhan pokok. Dah tanam, jangan ditinggalkan begitu saja dan berangan nak kutip hasil saja. Tengok pokok tu membesar. Mana tahu kalau ada sang ulat menikmati daun-daun yang segar sebelum kawan-kawan sempat menuai. Atau mungkin jumlah air yang kawan-kawan siram pagi-pag tidak mencukupi. Kalau petang pokok nampak layu, elok siram lebih banyak. Perhatikan juga tanda-tanda kekurangan nutrien, misalnya daun kuning, pokok bantut, batang sayur tidak mampat dan lain-lain tanda kekurangan nutrien. Kalau pokok merayap ke pagar jiran, kerat. Jangan ganggu ketenteraman jiwa jiran. :)

5. Tuai dan nikmati hasil titik peluh sendiri. Tanam sendiri banyak khasiat dan sayur lebih manis. Itu kalau kawan-kawan kurangkan racun. Kalau meracun sampai tahap campur racun dengan gam dan tempek pada sayur, errr.... Itu pun kira ok. Sekurang-kurangnya, makan racun sendiri, tak perlu salahkan orang lain.

Harap petua ni dapat membantu kawan-kawan cuba-cuba tanam sendiri.

Gambar Hari Ini -- Buah betik

Betik

Isnin, 13 Jun 2011

Ahad, 12 Jun 2011

Sardin Panggang Dengan Tarragon

Sardin Panggang Dengan Tarragon

Bahan-bahan (Untuk 3 orang)

1. 9 ekor ikan sardin (ikan selayang) bersaiz kecil (~6 inci)
2. 3 tangkai tarragon.  2 tangkai di potong lumat. 1 tangkai dijadikan garnish
3. 1 biji limau nipis atau lemon
4. 1/2 sudu kecil garam
5.  Aliminium foil

Cara menyediakannya
1.  Keluarkan insang dan perut ikan sardin dan cuci ikan dengan air mengalir.
2.  Susun ikan di atas aluminium foil.
3.  Gaulkan tarragon yang telah dilumatkan dengan garam.
4. Sapukan ikan dengan campuran tarragon yang telah dilumatkan.
5. Terbalikkan ikan dan ulangi langkah 4.
6. Kerat lemon atau limau nipis dan pisit ke atas ikan sardin.
7. Balut ikan dengan aluminium foil dan sejukkan dalam peti sejuk sementara sediakan api pemanggang atau barbeque.
8.  Apabila api barbeque bertukar menjadi bara, panggang bungkusan aluminium foil yang mengandungi ikan selama 15 minit.  Tujuan menggunakan aluminium foil adalah untuk mengelakkan ikan menjadi hangus.
9. Tebuk di bahagian bawah aluminium foil untuk alirkan air keluar dan sambung memanggang selama 5 minit.

Hidangan
1. Buka bungkusan aluminium dan susun ikan ke dalam pinggan.
2. Hiaskan menggunakan lapisan lemon dan satu ranting tarragon.

Gambar Hari Ini -- Pokok Kacang Botol

Pokok kacang botol

Sabtu, 11 Jun 2011

Herba Rosemary

Roasemary adalah herba yang mudah tumbuh jika dicucuk dengan batang.  Herba ini mempunyai baru dan rasa yang kuat.  Ia sesuai digunakan sebagai perisa ketika memanggang daging kambing.

Rosemary

Pokok Terung Tua Tidak Perlu Dicabut

Setelah sekian lama mengeluarkan hasil, pokok terung mula kurang berbunga dan berbuah sedikit sahaja.  Mula-mua ingin cabut dan ganti baru, kerja mudah.  Tapi anak terung lambat membesar.  Elok kalau teruskan dengan pokok lama sahaja.  Saya cuba dengan mengerat ranting-ranting yang dah panjang dan meletak baja tinja ayam dengan banyak di pangkal pokok.  Seminggu kemudian, bunga mula keluar dengan lebat. :)  Menjadi...

Setelah lama 'merajuk', selepas diberi perhatian terung tua berbunga semula.

Putik terung mula kelihatan di ranting-ranting yang sebelum ini tiada aktiviti.

Bunga terung sedang mekar.

Tidak lama lagi, boleh makan terung panggang.

Tuaian Hari Ini -- Roselle

Pokok roselle masih mengeluarkan buah dengan lebat.  Saya perhatikan pokok yang dipangkas iaitu dikerat bahagian pucuk, menghasilkan buah yang lebih besar berbanding dengan pokok yang tidak dipangkas.

Buah Roselle

Benih roselle boleh diperolehi dari tanamsendiri.com melalui link ini.

Benih Untuk Dijual -- Cili Padi Thai Red

Cili Padi Thai Red
Habis, Tiada dalam stok
5 pek RM10.00

Untuk pembelian benih, sila deposit ke mana-mana akaun berikut:
Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754

atau

Zaitun Ismail
CIMB
12750009113528

Hikmat bin Iskandar
Maybank
166010049300

Kemudian emel iskandar.abdulrashid@gmail.com atau sms 0172889364 dan nyatakan maklumat tentang bayaran, jenis benih serta nama dan alamat penerima benih.


Cili Padi Thai Red

Salad Betik Halia Limau Nipis


Salad buah ini amat sesuai dijadikan sarapan.
Bahan-bahan
1. 1 biji betik masak tanamsendiri
2. 1 biji limau nipis tanamsendiri (atau lemon)
3. 2 ketul halia muda tanamsendiri, dihiris halus.
Cara penyediaan
1. Potong betik secara memanjang kepada 2 bahagian.
2. Keluarkan biji menggunakan sudu.
3. Menggunakan pisau yang tajam, kupas kulit betik.  Hiris isi betik kepada kepingan yang nipis.
4. Susun kepingan betik ke dalam piring.
5. Perah limau nipis ke atas betik.
6. Taburkan hirisan halia ke atas betik.
7. Hidangkan segera.

Menanam Kangkung Di Musim Kering

Kangkung secara senula jadi tumbuh dalam paya atau kawasan berair.  Ia perlukan air yang banyak.  Kalau tanam di atas batas, kangkung perlu disiram sekurang-kurang 2 hari sekali.  Lebih elok kalau disiram 2 kali sehari jika tidak hujan.
Di kawasan saya tinggal, bulan Jun adalah musim kering.  Hujan jarang turun dan suhu amat tinggi hingga mencecah 35 darjah celcius.  Panas!  Pokok kangkung yang saya tanam tidak mati walaupun kadang-kadang lupa siram, terutamanya ketika hari yang sibuk.  Saya perhatikan batang pokok kangkung halus sedikit berbanding dengan batch sebelum ini.
Apabila dituai, ia masih rangup tetapi bahagian pangkal agak fibrous.  Masih enak dimakan tapi kalau ingin dibuat ulam, elok ambil bahagian pucuk sahaja.


Kangkung perlukan banyak air

Perlindungan Dari Haiwan Ternakan -- Kasa Dawai (Dawai Mata Punai)

Masalah yang jelas bila bercucuk tanam di kampung adalah haiwan ternakan.  Ayam amat gemar mengais tanah untuk mencari cacing dan benih.  Kambing pula, pantang nampak tanaman akan diratah dengan lahap.  Begitu juga dengan lembu. 
Kalau dibuat pagar tidak kena kerana kawasan kampung jarang rumah berpagar.  Halau ayam jiran pasti tuannya tersinggung.  Biasanya orang yang minat menanam sayur akan menanam dalam bekas (biasanya tin susu yang ditebuk) dan diletakkan atas para.
Kalau di kawasan perumahan pula, kucing menjadi masalah.  Pantang nampak tanah yang digemburkan, kucing akan kais untuk dijadikan jamban.  Akar pokok yang menjadi mangsa akan terkeluar dari tanah dan mati.  Satu dari cara penyelelesaian ialah dengan menanam dalam pasu yang besar.  Tanah hanya diisi separuh dan bahagian atas pasu ditutup dengan kasa dawai (dawai mata punai).  Apabila sayur dah besar dan tanah kurang gembur barulah keluarkan dawai tersebut.  Kucing tidak akan gangggu lagi apabila ruang tanah kurang terdedah.

Dawai mata punai digunakan untuk menghalang haiwan ternakan dari memakan anak pokok atau mengais tanah dalam pasu.

Gambar Hari Ini -- Salad Cina

Salad cina berumur 2 minggu

Jumaat, 10 Jun 2011

Gambar Hari Ini -- Bunga Rose

Bunga rose

Selain dari sayuran, saya ada juga tanam bunga untuk hiasan.  Tanam bunga pun rewarding terutamanya jika bunga dari jenis yang berbau harum.  Rose adalah antara jenis pokok yang tahan lasak.  Walaupun lama terabai, ia akan terus hidup.  apabila diberikan sedikit perhatian, pokok rose akan membalas jasa dengan memberikan bunga yang cantik.  Anda hanya perlu pangkas dan letakkan sedikit baja. Ia tidak minta banyak dari kita, hanya sedikit perhatian.

Benih Untuk Dijual/Dikongsi (Benih boleh campur, mana-mana 5 pek, RM10

Gambar Hari Ini -- Bunga Matahari

Bunga matahari
Saya dah banyak kali beli dan semai benih bunga matahari dari pek kecil tetapi tidak menjadi.  Dapat satu pokok dah kira beruntung sebab benih dari bunga ini akan dapat disemai dan akan dapat lebih banyak lagi benih darinya.  Mana tahu, di masa akan datang dapat kongsi benih bunga matahari pula.

Gambar Hari Ini -- Ketumbar

Ketumbar, Coriander sativum
Ketumbar biasanya dimasak menggunakan biji atau daun.  Ia enak digunakan dalam sup dan daging panggang atau barbeque.  Saya tanam ketumbar untuk daunnya.  Ketumbar sesuai ditanam di atas atas (batas) atau dalam bekas.  Jenis yang ditanam adalah dari jenis slow boltingBenih ketumbar boleh diperolehi dari blog ini.

Menanam Sayur, Benih Dibawa Air

Rakan-rakan yang pernah sayur dari keluarga Brassicas pasti sedia maklum benih sawi, kobis dan kailan adalah halus.  Sekiranya menanam dengan menabur benih, taburan benih kadang-kadang tidak sekata.  Ada bahagian kawasan yang anak pokok tumbuh dengan jarang dan ada bahagian kawasan yang anak pokok tumbuh dengan padat.  Untuk jarangkan anak benih, gaulkan benih yang ingin ditanam dengan tanah.  Ini dapat menjarangkan biji benih.
Walaupun demikian kadangkala anak pokok tumbuh dengan tidak sekata.  Kalau tanam di atas batas, bahagian atas batas anak pokok tumbuh dengan jarang manakala di tepi batas anak pokok tumbuh dengan padat.  Kalau tanam dalam bekas, bahagian tepi dinding bekas anak pokok tumbuh dengan padat.  Ini berlaku kerana biji benih di bawa air ketika menyiram.  Untuk selesaikan masalah ini gunakan peyiram dengan bekas penyiram yang mengandungi hujung yang mempunyai lubang-lubang yang halus atau tebuk tin dengan beberapa lubang di dasarnya menggunakan paku dan gunakan tin tersebut sebagai penyiram.
Jarangkan anak pokok yang terlalu padat dengan mencabut sebahagian darinya.  Anak pokok yang dicabut enak dibuat salad. :)

Anak pokok kobis cina terkumpul di bahagian hujung bekas.

Gambar Hari Ini -- Anak Kobis Cina

Kobis Cina
Benih kobis cina boleh diperolehi secara percuma pada bulan Jun 2011.  Dapatkan maklumat dengan klik ayat ini.

Khamis, 9 Jun 2011

Herba Sage

Satu lagi herba yang mempunyai aroma yang kuat yang enak dijadikan perisa masakan terutamanya ikan ialah Sage.  Tumbuhan ini mempunyai daun yang berbulu halus (spt velvet) dan mempunyai aroma yang kuat.  Pokok Sage yang kami tanam adalah berasal dari keratan daun dan batang yang dijual di pasaraya sebagai perisa.  Jika ingin beli keratan untuk tujuan untuk ditanam, elakkan membeli keratan dari pokok yang ditanam secara hidroponik.
Sage segar atau dikeringkan enak disapu pada daging kambing untuk dipanggang.


Sage