Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 14 Disember 2011

Tuaian Hari Ini -- Terung Pendek, Kangkung, Daun Bawang dan Buah Rambutan

Menyemai sudah, membaja sudah, tiba masa untuk menuai.  Hari ini Puteri membantu memetik sayuran dan buah.  Seronok berkebun kalau ada anak kecil melayan.  Tuaian kali ini tidak banyak kerana masih di peringkat awal bertanam.  Pokok terung masih lagi di dalam tray semaian.  Hanya ada tiga pokok yang dah besar yang telah dialih ke tanah.  buahnya belum besar tapi ketika saiz beginilah ia paling enak dibuat ulam.
Puteri palinng seronok kalau disuruh memetik terung.  Tapi tangkainya liat sedkit, jadi perlu diguntig menggunakan gunting dapur.  Kalau tidak, mahu tercabut seluruh pokok dari tanah ketika Puteri menarik buah terung tersebut.


Puteri sedang memetik buah terung pendek. 

Papa menggunting pokok kangkung.  Batangnya masih lembut.  Puteri tukang kutip aja.


Puteri dengan kangkung yang baru dipotong.

Pengalaman yang pasti sukar dilupakan oleh kanak-kanak, iaitu memetik sendiri buah kesukannya.  Mujurlah ada buah yang tumbuh rendah, dapat dicapai sendiri oleh Puteri.
 
Mujurlah ada buah yang rendah, dapat Puteri petik sendiri buah rambutan.

Nah dapat setangkai.  Cukup untuk makan pagi ini. :)



Puteri dengan setangkai rambutan petik sendiri.

Sebelum terus menuai sayur, makan dulu.  Papa cuma pastikan biji buah rambutan di keluarkan dulu.  Bahaya takut tercekik.  "Mmmm..." kata Puteri.  
Tiada rambutan yang lebih enak dari rambutan petik terus makan.

Tuaian hari ini.  Bolehlah sekali masak.  Kangkung yang dituai kalini amat lembut.  Sebahagiannya dibuat sup.  Daun yang nipis rasa seperti seaweed menyebabkan anak-anak menyangka kangkung tersebut adalah seaweed.  "Sedap..." komen mereka.  Selebihnya saya makan mentah, cicah sambal lada.  Memang betullah, kangkung musim yang cukup menerima air sangat enak dimakan.

Daun bawang dibuat jejemput, untuk minum petang.  Tanam sendiri memang memuaskan hati.

Tuaian hari ini, terung pendek, kangkung, daun bawang dan buah rambutan.

2 ulasan: