Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 7 Disember 2011

Tanaman Perlu Perlindungan

Biasanya kalau kita menanam, perkara utama yang kita fokus adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan kesuburan tanaman.  Kita akan soal tentang jenis benih yang ingin dicambahkan, jenis tanah yang diguna untuk semaian, masa menyemai, masa mengalih, tanam atas tanah atau dalam bekas, lokasi bekas, pembajaan dan sebagainya.  

Apabila tanaman telah bercambah, kita akan mula fikirkan tentang perlindungan tanaman tersebut.  Lazimnya bila fikir tentang perlindungan, kita akan terfikir tentang makhluk perosak.  Kita akan soal samada perlu meracun atau gunakan kaedah yang lain.  Makhluk perosak pula ada pelbagai.  Bukan setakat serangga, ada kulat, burung, dan haiwan peliharaan.  Kalau mereka yang tinggal di kampung, kambing, lembu, ayam dan itik juga boleh menjadi makhluk perosak.  Tentu sekali cara perlindungan dari haiwan ternakan berbeza perlindungan dari serangga.

Saya sendiri menghadapi masalah makhluk perosak -- arnab milik jran yang dibiar berkeliaran.  

Selain dari perlindungan makhluk perosak tumbuhan juga perlukan perlindungan daripada cuaca.  Angin dan hujan lebat, kemarau dan banjir mampu merosakkan tumbuhan.  Itulah kelebihan bertanam sendiri.  Anda akan berfikir cara-cara menyelesaikan masalah.
 
Cambahan salad selada rosak terkena hujan lebat.  Masalah sebegini mudah diselesaikan.

6 ulasan:

  1. Masalah arnab jiran pon boleh diselesaikan..sembelih jer buat satay...hehehe ;)

    BalasPadam
  2. cara terbaik buat sungkupan. Cuma masalahnya takut pula tak cukup cahaya matahari untuk tumbersaran tanaman.

    BalasPadam
  3. kalau saya masa anak2 lagi letak kat kawasan berlindung... itu pun sebab tanam dalam polibeg.... jenuh gak la pagi2 nak kena angkat bagi sun bathing....heheheheh....

    BalasPadam
  4. Bukan aja pokok yang kena sunbathing, kulit sendiri pun kena sun bathing. Mak menyalahkan diri dia sebab minum kopi waktu mengandung.

    BalasPadam
  5. I Wong: Saya cuba gunakan sungkup (plastic mulch hitam) pada patch pokok bayam putih daun bulat. Pokok yang tumbuh dalam sungkup lebih cepat membesar berbanding pokok di luar sungkup. Pada pendapat saya cahaya di bawah sungkup sudah mencukupi dan optimum untuk sesetengah jenis sayur. Penggunaan sungkup memang idea yang baik. Masalahnya, masa belum ada untuk pasang sungkup. :)

    BalasPadam