Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 30 Disember 2011

Tanaman Diratah Kambing

Sebelum keluar bercuti minggu lepas, semua check dulu.  Drip check. pastikan pokok tak kekeringan.  Pagar, check.  Pam ikan, check.  Semua ok? OK, jom kita ke Utara.

Bila balik, eh kenapa pagar terbuka?  Tuan kambing dah buka tapi tak tahu cara nak tutup balik.  Sebabnya, nak keluarkan kambing sebelum kami kembali.

Walaupun berpagar, kambing adalah browser.  Pokok mana dalam pagar, itulah keinginan yang paling melonjak.  Pagar kami diceroboh.  Kambing menyelusup masuk dari bawah chain link.  Kambing berpesta tiga hari tiga malam.  Bagaimana kami tahu?  Kambing bayar balik dengan baja.  Kalau dilihat jumlah baja yang ditinggalkan, ternyata mereka dah jadikan halaman rumah kami hotel satu bintang.  Boleh bayar guna baja fresh aja.

Pokok bunga matahari, checked... tinggal batang.  Pokok jagung, checked... tinggal tunggul, Sawi Hong Kong, checked... tinggal Hong Kong aja, Kobis Cina, checked.... tinggal dah kembara ke Cina.  Mulberi, tulasi, cili wangi, lengkuas, temu pauh, kacang buncis, kacang pancang, habis habis habis.....  Tak dapat lenggang kangkung minggu ni, kankung pun habis, yang tinggal lenggangnya aja....

Pemilik kambing, jimat... dua tiga hari ni tak perlu bagi makan.  En Iskandar dah belanja.  Nak buat macamana, sabar ajalah.  Abis projek buku, terpaksa dimulakan semula fotoshoot untuk ilustrasi.  Pihak penerbit, minta ampun, kita mulakan semula.  Saya tahu tuan rugi beribu kerana menunggu.  Apa boleh buat, kita mampu merancang, rezeki dari Allah jua.  Fuh... berpeluh.  Nasib baik jantung ok lagi.
 
Habis semuanya...

10 ulasan:

  1. Innalillah... moga dikurniakan kesabaran yang tinggi buat Tuan sekeluarga. Bagi org yg kurang sabar, saya rasa pasti tuan punya kambing tu dah kena mcm2 dah... perbuatan melepaskan binatang peliharaan tanpa memantau sehingga mengganggu org lain mmg sering berlaku dan bg sebahagian mereka seumpama perkara kecil

    BalasPadam
  2. sabar je la...Nampaknya terpaksa mulakan balik tanaman semula... minggu ni ye takleh lenggang2... nak kena tanam semula mana mana yang perlu....

    takpe la... Ada hikmah dan Allah nak uji hambanya... kita terima sahaja la...

    p/s: teringat kisah ayah dengan pemilik jagung... dulu ada bela lembu, lembu ni rosakkan 1 je pokok jagung dia... tuan jagung datang mintak ganti rugi dan marah2 la... ayah terima je dah lembu dia.. diam2 banjir melanda kampung.... habis semua pokok jagung dia musnah....Kadang2 Allah uji kita nak tengok macam mana kita menerima ujianNya...

    BalasPadam
  3. Itu pandangan pihak penternak pula. :) Teringat kisah salah seorang dari saudara saya (tok sepupu, dah arwah) yang pernah dipenjara kerana angkara sekumpulan kerbau merempuh masuk padang sekolah. Masa tu dia jaga sekolah tersebut. Mungkin kisah ni boleh jadi teladan untuk pemilik haiwan ternakan yang lepas haiwan mereka berkeliaran. Nanti saya akan poskan untuk renungan kita semua. :)

    BalasPadam
  4. laman belakang rumah saya kurang terurus skrg ni... asyik bela (baiki) rumah je... klu kambing ceroboh dia makan pokok... ini org yg ceroboh... rosak rumah... sabar je la...

    BalasPadam
  5. Dalam pada diduga begini tuan masih boleh buat joke lagi, menghiburkan! Sedang projek buat buku dengan penerbit mana? Saya pun sudah diduga dengan kambing, sabar ajelah.

    BalasPadam
  6. Ummu Madihah, saya seedang menulis dua siri buku yang berkait dengan menanam sayur/buah di halaman rumah. Buku dituju kepada semua yang ingin bertanam tetapi tiada ruang.
    Sasaran saya, orang biasa yang tiada tanah, serta yang ingin memupuk minat bertanam.
    Buku tersebut memfokus pada menghasilkan sayur sendiri tanpa berbelanja besar.

    BalasPadam
  7. ejaMaria, kalau orang masuk rumah tu dah kira sangat bahaya. Kambing tu masih boleh pujuk beli dari pemiliknya, hujung minggu boleh barbeque.

    BalasPadam
  8. MasyaAllah,banyak En Iskandar dapat pahala sedeqah...

    BalasPadam
  9. Bukunya dah bole dapat di kedai buku ke en is..? Saya minat nak beli.. Nanti inform saya ye.. Tq

    BalasPadam