…Struktur dan Ketelapan Tanah
Dari posting yang lalu, kita boleh buat kesimpulan bahawa
satu dari komponen yang penting dalam tanah adalah ruang kosong – yang sebenarnya
tidak kosong tetapi mengandungi air, udara dan mikroorganisma. Ruang di antara setiap zarah tanah menentukan
ketelapan tanah, seterusnya yang menentukan keupayaan air dan udara mengalir
melalui tanah tersebut. Ketelapan tanah
memberi kesan terhadap aliran air, keupayaan menyimpan air, pengudaraan serta
jumlah mikroorganisma di dalam tanah.
Anda mungkin terbayang tanah yang mempunyai zarah-zarah
tanah yang besar mengandungi lebih banyak ruang daripada tanah yang mengandungi
zarah-zarah yang lebih kecil. Ini tidak
benar kerana tanah yang mengandungi zarah-zarah yang lebih kecil mengandungi jumlah
ruang yang lebih banyak. Ini kerana
zarah-zarah yang kecil berupaya menggumpal menjadi remah yang besar manakala
zarah-zarah yang besar tidak berupaya menggumpal menjadi remah.
Jumlah liang berbeza mengikut struktur tanah daripada 60%
dalam tanah yang mengandungi struktur yang elok kepada 30% dalam tanah
pasir. Lapisan bawah pula mungkin hanya
mengandungi 25% liang daripada isipadu tanah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan