Struktur dan Ketelapan Tanah
Cara zarah-zarah tanah tersusun di dalam tanah menentukan
struktur tanah tersebut. Tanah yang
mempunyai struktur yang elok mengandungi crumb
atau remah yang besar iaitu dari 0.5 hingga 5 mm yang membuatkan tanah
mengandungi liang-liang yang berterusan dari permukaan tanah hingga ke lapisan
bawah, seperti sebuku roti.
Ruang yang besar antara agregat dikenali sebagai makroliang
yang mempunyai saiz lebih besar dari 0.1 mm.
Lazimnya liang ini mengandungi air dan udara serta bertindak seperti saluran aliran air dan udara. Makroliang menjadi tempat
mikroorganisma berkumpul. Liang yang
lebih kecil dikenali sebagai mikroliang yang mempunyai saiz lebih kecil dari
0.1 mm yang lazimnya kekal berisi air. Akar rerambut memasuki mikroliang untuk
mendapatkan air.
Di dalam tanah yang elok terdapat imbangan antara makroliang
dan mikroliang. Makroliang membekalkan
udara yang membuatkan akar tumbuh dengan galak dan mikroliang membekalkan air. Tanah
begini sangat stabil dan tidak mudah terurai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan