…Komponen Tanah
…Bahan Organik Serta Humus
Bahan organik adalah apa-apa bahan yang berasal dari benda
yang pernah hidup. Bahan tersebut
lazimnya terdiri daripada karbohidrat, protein, selulosa yang terdiri daripada
sebatian karbon. Kadang-kadang anda
boleh kenal pasti sumber asal bahan tersebut kerana benda asalnya masih belum
terurai dengan lengkap, misalnya ranting-ranting yang separa reput. Ada
juga bahan yang anda langsung tidak dapat kenal pasti bahan asalnya kerana
telah terurai dengan lengkap.
Apa-apapun, anda boleh buat kesimpulan bahawa bahan organik
adalah bahan yang berasal daripada tumbuhan atau haiwan yang telah mati. Ada beberapa sebab mengapa bahan organik baik
untuk tumbuhan.
Bahan organik adalah sumber makanan kepada hidupan di dalam
tanah. Ini secara tidak langsung dapat
dimanfaatkan oleh tumbuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan