…Komponen Tanah
Kesan Kurang Pengudaraan
Jika akar tidak mendapat oksigen yang cukup, pertumbuhan
pokok akan terbantut. Ini sering berlaku ketika tanah basah atau becak apabila saliran kurang elok. Jika keadaan tanah yang becak
berpanjangan, akar tumbuhan akhirnya akan mati.
Hujung akar amat peka kepada keperluan oksigen. Ia tidak akan tumbuh ke arah tanah yang kurang
oksigen. Jika kurang oksigen, hujung
akar akan rosak. Kesan kerosakan akar
yang sedikit mungkin tidak dapat dikesan dengan segera. Namun begitu, tumbuhan mudah dijangkiti
penyakit, atau mempunyai tanda-tanda kekurangan nutrien kerana akar gagal
menyerap nutrien yang diperlukan. Ada
tumbuhan yang tahan dengan air yang bertakung, tetapi jika terlalu lama, lambat
laun tumbuhan tersebut akan rosak juga.
Satu daripada sebab tanah kurang udara adalah kerana kandungan air
yang terlalu banyak dan terdapat udara yang kurang untuk proses respirasi akar. Apabila tanah kekal basah sehingga beberapa
hari, organisma yang perlukan udara akan mati dan organisma anerobik (pernafasan
tanpa udara) akan membiak. Organisma
tersebut membebaskan gas hidrogen sulfida, metana dan etilena yang mengandungi
toksik yang menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut.
Bakteria yang menguraikan nitrogen juga akan berkembang
menyebabkan nitrogen di dalam tanah terbebas ke dalam udara. Ada juga organisma anerobik yang mendapat
oksigen daripada oksida besi dan mangan yang mungkin menambah kuantiti bahan
tersebut hingga ke tahap yang toksik.
Karbon dioksida juga akan terkumpul di dalam tanah pada tahap yang
membahayakan tumbuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan