Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 19 Disember 2011

Tanah, Bahagian 18 daripada 40


…Komponen Tanah


…Udara
Satu lagi komponen utama udara ialah nitrogen, tetapi ia tidak boleh diserap terus oleh tumbuhan dalam bentuk gas.  Gas nitrogen perlu disebatikan dulu ke dalam tanah oleh bakteria pengikat nitrogen barulah bahan tersebut dapat diserap oleh tumbuhan melalui akar.

Keupayaan  mengekalkan imbangan yang baik di antara udara dan air adalah suatu yang amat penting dalam kesuburan tanah.  Pengudaraan adalah terbaik di dalam tanah yang telap dan berstruktur elok dengan agregat yang besar yang menghasilkan liang-liang yang bersambung daripada permukaan tanah hingga ke subtanah.

Tanah yang mengandungi udara mampu memegang udara yang mencukupi walaupun ketika basah.  Tanah yang tidak mempunyai struktur yang elok tidak mampu menyimpan udara ketika basah.
  


2 ulasan:

  1. saya ingin mula menanam sayur, ulam, herba, bunga, dan buah. Adakah semua memerlukan jenis tanah yang sama? Dan adakah semua sayur atau semua buah memerlukan jenis tanah yang sama?

    Sebagai permulaan saya ingin tanam salad hawaii, kacang botor, mint, basil, bunga telang, roselle dan honey dew. benih honey dew dah pun bercambah dan perlu transfer ke pasu besar. tak pasti pun boleh hidup atau tak di cuaca malaysia.

    bolehkah sayur ditanam bersama buah dalam pasu segiempat panjang yang biasa dijual di kedai? bolehkah ulam ditanam bersama herba?

    saya ingin beli benih salad hawaii, kacang botor, basil, bunga telang, dan roselle.

    Berapa lama perlu tunggu utk setiap tumbuhan diatas untuk tuai? Dan berapa kerap utk siram?

    BalasPadam
  2. Mungkin ada sedikit perbezaan, tapi kalau untuk hobbyist, perbezaan tersebut boleh diabaikan. Biasanya tanaan tersebut boleh tumbuh dengan subur di atas tanah yang mempunyai pH 5.5 hingga 7.
    Ya honey dew ada ditanam di negara ini. Tiada masalah.

    Ya, pasu panjang amat sesuai untuk tanam sayur. Kalau digabung dengan herba memang elok, sebab bau herba boleh halau serangga perosak.

    Benih yang dinyatakan ada dalam stok tanamsendiri.com.

    Biasanya boleh dituai dalam masa 8 hingga 12 minggu bergantung pada penjagaan tanaman. Kalau subr, cepat dapat tuai. Kalau musim hujan, tak perlu siram, kalau tak hujan elok siram 2 kali sehari. Bergantung pada saiz bekas, lebih besar bekas, lebih banyak dapat isi tanah, lebih banyak dapat simpan air. Basically, the smaller the container, the larger the maintenance.

    BalasPadam