…Komponen Tanah
…Udara
Udara di dalam tanah mengandungi peratusan oksigen yang
kurang jika dibandingkan dengan udara atmosfera. Udara tersebut mengandungi 20% oksigen
berdekatan dengan permukaan tanah hingga hanya 5% oksigen di dalam
subtanah. Kepentingan udara amat ketara
jika kita kaji subtanah. Tanah lapisan
atas dan subtanah, kedua-duanya terhasil dari batuan induk yang sama tetapi subtanah
kurang mampu menyokong organisma di dalam tanah jika dibandingkan dengan tanah
di lapisan atas. Ini kerana subtanah
tidak mengandungi oksigen yang banyak.
Udara di dalam tanah juga mengandungi jauh lebih banyak
peratusan karbon dioksida jika dibandingkan dengan udara atmosfera. Sebahagian daripada karbon dioksida tersebut
meresap keluar daripada tanah dan diserap oleh Bahagian daun tumbuhan untuk
menjalankan proses fotosintesis.
Sebahagian lagi larut di dalam air dan membentuk asid karbonik. Asid tersebut melarutkan nutrien dan diserap
oleh tumbuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan