Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 15 Disember 2011

Tanah, Bahagian 16 daripada 40


…Komponen Tanah
Udara
Udara adalah komponen tanah yang paling tidak ketara.  Tanah yang elok mengandungi 25% udara daripada jumlah isipadunya.  Jadi, tanah yang elok bukan sahaja mengandungi air yang banyak.  Tanah tersebut juga mengandungi udara yang banyak. 

Tanah yang elok mengandungi udara yang mencukupi sebagaimana diperlukan oleh akar tumbuhan serta organisma di dalam tanah.  Tanah tersebut juga mempunyai aliran udara yang elok dan mampu mengalirkan keluar udara yang toksik.

Oksigen yang terdapat di dalam udara di dalam tanah digunakan oleh akar tumbuhan untuk proses respirasi iaitu hasil tindak balas  dalam fotosintesis ditukarkan kembali kepada tenaga yang digunakan untuk pertumbuhan pokok.  Jika tumbuhan tidak mendapat oksigen yang mencukupi, tumbuhan tersebut tidak dapat menjalankan respirasi dan gagal menghasilkan tenaga yang diperlukan.  Pertumbuhan pokok akan terbantut.  Jadi, jumlah udara di dalam tanah berkait dengan kadar pertumbuhan pokok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan