…Komponen Tanah
…Air
Apabila air meresap masuk ke dalam tanah, air akan bergabung
dengan gas karbon dioksida dan membentuk larutan asid lemah. Ini dapat melarutkan mineral menjadi larutan
ion daripada batuan induk atau tanah. Larutan ion akan dapat diserap oleh akar tumbuhan, dan air
akan mengalir secara berterusan ketika ion diserap oleh akar tumbuhan atau
melalui proses peresapan oleh tanah daripada kawasan basah kepada kawasan
kering. Aliran air berasid tersebut akan
menyebabkan mineral terlarut.
Proses ini menjadikan air sebagai sistem transpot atau
pengangkutan, mengalih nutrien daripada zarah-zarah tanah dan kation (iaitu ion
bercas positif) kepada tumbuhan melalui akar tumbuhan tersebut. Apabila akar menyerap nutrien, nutrien tersebut diganti
dalam larutan pada tempat pertukaran kation atau zarah-zarah mineral.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan