Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 13 Disember 2011

Tanah, Bahagian 14 dari 40


…Komponen Tanah
Air
Tanah yang elok mampu menyimpan air, iaitu sama dengan jumlah udara dalam tanah tersebut.  Kaitan antara air dan udara dalam tanah, kandungan air adalah sonsang dengan kandungan udara.  Lebih banyak air disimpan, lebih sedikit udara disimpan.  Ini kerana air dan udara mengisi ruang kosong di dalam tanah.  Tanah yang elok lazimnya mengandungi air sebanyak 25% dari isipadu tanah.

Air diperolehi dari hujan atau siraman.  Apabila hujan jatuh ke tanah, ia mungkin mengalir ke alor dan sungai atau diserap ke dalam tanah.  Kelajuan air memasuki tanah dikenali sebagai kadar penyusupan (the rate of infiltration), dan kelajuan air menyerap ke dasar tanah dikenali sebagai kadar ketelusan atau kadar pekolasi (the rate of percolation).

Kedua-dua kadar ini bergantung pada struktur dan ketelapan tanah.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan