Komponen Tanah
Tanah mengandungi empat komponen yang utama iaitu mineral,
air, udara, dan bahan organik serta humus.
Mineral
Mineral terdiri dari 45% daripada tanah. Batuan induk memebentuk tanah melalui proses
luluhawa. Proses luluhawa berlaku melalui
proses hakisan ketika hujan, angin dan ombak.
Ada juga organisma yang merembeskan asid yang melarutkan batuan,
contohnya bakteria. Hakisan juga boleh
berlaku di dalam tanah, apabila asid tanah melarutkan mineral.
Jenis bahan induk lazimnya tidak memberi kesan yang terus
terhadap kesuburan tanah, tetapi ia memberi kesan terhadap pH tanah iaitu
keasidan atau kealkalian. Komponen utama
mineral yang terdiri dari 90% daripada mineral tersebut ialah silica, besi (ferum),
oksigen (dalam bentuk oksida), dan aluminium.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan