… Faktor Yang Memberi Kesan Terhadap Struktur Tanah
Aktiviti benda hidup dalam tanah juga memberi kesan terhadap
struktur tanah. Apabila mikroorganisma
dalam tanah menguraikan bahan organik, mereka membebaskan bahan yang bertindak
seperti gam yang melekatkan zarah-zarah tanah yang kemudiannya membentuk remah. Bahan tersebut juga mampu melekatkan zarah kelodak
yang lebih besar serta zarah-zarah pasir menjadi gumpalan yang stabil. Haifa (akar) kulat juga mampu mengikat
zarah-zarah tanah membentuk gumpalan. Tekanan dari akar tumbuhan adalah juga penting
dalam membaikkan serta mengekalkan struktur tanah.
Cacing tanah juga mampu meningkatkan mutu struktur tanah
dengan menggali lubang serta memperkaya tanah dengan lender dan tinja. Pengembangan tanah ketika panas di siang hari dan pengecutan
tanah di malam hari, jumlah hujan juga memberi kesan terhadap struktur
tanah. Ini juga dapat menghasilkan jisim
yang sekata yang memecahkan gumpalan kepada agregat yang lebih kecil. Kalsium juga mampu mengikat zarah-zarah tanah liat menjadi
agregat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan