Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 16 Disember 2011

Ruang Depan Rumah

Ruang depan rumah belum dimanfaatkan sepenuhnya. Apabila dicuba gali rupa-rupanya tanah hanyalah 4 inci dalamnya.  Di bahagian bawah terdapat tar.  Kawasan ini akan ditanam dengan herba bunga-bunga putih yang wangi.

Buat sementara ini saya akan isi kawasan ini dengan salad dan beberapa jenis sayur yang cepat dituai.  Pasu bunga yang mengeluarkan bunga putih berbau harum akan diletakkan dengan harapan kawasan ini akan semerbak di waktu malam dengan bau lembut bunga dan bau herba.  

Saya pilih ruang ini untuk patch herba kerana ruang depan rumah akan menjadi ruang aktiviti barbeque.
 
Anak pokok salad cina masih struggling bersama rumput dan anak rumpai.

Kayu reput menambah seri ruang apabila ditumbuhi cendawan putih.

Pokok bawang besar tumbuh segar dan padat mengindahkan ruang.
Bunga berwarna putih lazimnya berbau harum terutamanya di waktu malam akan menghiasi patch ini.

9 ulasan:

  1. Pokok herba bunga putih? Pokok apa tu?
    Saya ada cuba tanam pokok harum malam tp sentiasa mati, rasanya ada masalah dgn jenis tanah yg saya guna sbb tanah tu tanah beli. Tiada pilihan sbb tiada sumber tanah

    BalasPadam
  2. Bungi berwarna putih derta herba. :) Bunga berwarna putih lazimnya berbau wangi serta lembut terutamanya diwaktu malam. Ini termasuk pokok bunga melor, sedap malam, kerak nasi, tanjung, dan beberapa jenis lagi yang saya kurang pasti namanya.

    Pokok mati banyak punca nya. Mungkin kurang mendapat air, cahaya, tanah mengandungi kulat, pH (terlalu bersid atau beralkali) serta bermacam-macam lagi. Dari pengalaman saya kalau beli tanah nurseri, beli tanah campur yang telah dibakar aja. Tanah kompos dan lain-lain lebih banyak memberi masalah daripada menyelesaikan masalah. :(

    BalasPadam
  3. Maksudnya elok jgn dibeli sebarang jenis tanah, termasuk tanah yg dicampur dgn sabut kelapa & seumpamanya kecuali tanah yg dikatakan tanah campur baja, betul ke fahaman saya ni?
    Saya baru2 ni ada cuba beli tanah yg dikatakan tanah berbaja, bila dituang, tgk mcm ada campur2 dgn serbuk arang, elok ke tanah sebegitu?

    BalasPadam
  4. Ya. Arang yang dicampur dapat mengurangkan keasidan tanah. Bagus juga untuk neutralkan tanah yang berasid. Tapi kandungannya jangan terlalu banyak.

    BalasPadam
  5. salam,maaf pertanyaan saya tak ikut entry.Baru2 ni En.Iskandar menulis tentang baja sisa ikan. Saya pernah mengumpul air basuhan ikan di dalam botol plastik 5kg.Saya biarkan di tempat teduh tanpa pernah membuka penutupnya! mungkin telah terperam lebih 2 bulan! bolehkah air peraman tersebut digunakan lagi sebagai baja pokok? berapakah nisbah campuran airnya? t.kasih.

    BalasPadam
  6. Ya air tersebut boleh dibuat siraman. Gunakah nisbah 1:9, 1 bahagian air ikan, 9 bahagian air.

    BalasPadam
  7. saya fikir tanah campur sabut tu elok. nampaknya kena beli tanah baja sahaja la lepas ni

    BalasPadam
  8. Tanah sabut memang elok, tapi kadang-kadang tidak sesuai dengan tanaman yang kita tanam. Ini amat benar bagi tanaman yang baru disemai kerana masih lembut dan tidak tahan menyakit.

    Saya sendiri banyak kali gagal menyemai kerana pokok dijangkiti kulat kerana tanah terlalu lembap. Dari pengalaman saya, kalau menyemai benih, yang paling selamat ialah menggunakan tanah campur yang dibakar. Tanah yang tidak dibakar kadang-kadang mempunyai telur makhluk perosak terutamanya kekabuh dan siput babi.

    Bila pokok dah kukuh, baru selamat gunakan tanah apa-apapun

    BalasPadam
  9. Oh ye, betul, anak pokok daya ketahanan masih rendah. Perlukan khasiat yg terbaik. Tanah sabut sepatutnya saya gunakan untuk pokok yg dah besar dan dialihkan, bukan untuk menyemai. Terima kasih atas pandangan dan info

    BalasPadam