Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 14 Disember 2011

Ruang Belakang Rumah

Hari ini lewat sedikit keluar kerja. Bolehlah gardening. Cuaca redup sedikit, nampaknya gardening kawasan beratap ajalah hari ni. 

Mungkin boleh buat projek lain yang berkaitan dengan gardening.  Hmmm masih ada lagi ruang kosong di tepi rumah.  Kawasan ini boleh dimanfaatkan.  Patch 3'X8' akan saya dirikan di ruang itu.  Pagar boleh dijadikan tempat pokok kacang panjang atau kacang buncis memanjat. 
Ruang di tepi pagar masih boleh dimanfaatkan.
Setelah diselongkar kawasan sekitar, saya dapat mengumpulkan beberapa keping papan lama.  Daripada dibakar, elok juga dijadikan bingkai patch baru.  Papan-papan ini taklah kelihatan cantik tapi bolehlah dijadikan bingkai patch.  Barangkali boleh tahan dua kali kitar tanaman sayur. :)

Kayu lama digunakan untuk membuat bingkai patch.

Banyak juga tanah yang diperlukan untuk memenuhi patch 3' X 8' ni.  Saya gaulkan tanah liat, tanah bakar dan tanah kompos.  Kemudian patch disiram dengan air yang banyak untuk mempastikan patch tidak kering dan salirannya elok.  Air tidak bertakung lama, maksudnya tanah ini mempunyai saliran yang baik.  Pokok kacang panjang silver white dan kacang buncis ditanam di sebelah padar.  Sebelah depan diisi dengan pokok lobak putih dan sawi bak choy.  Kawasan ini akan dipenuhkan dengan sayur.  Buat permulaan, masih nampak jarang kerana pokok belum membesar.
 
Tanah yang kaya dengan organik digunakan untuk mengisi ruang dalam patch.  Kemudian sayur dan kacang dialih ke dalam patch.

Semuanya dapat disiapkan dalam masa 2 jam.  Jom pergi kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan