Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 8 Disember 2011

Patch Terung Dan Bunga Matahari

Saya semai Pokok Bunga Matahari dan Terung di dalam polibeg kerana ia mudah diuruskan.  Jika disemai terus ke tanah, pokok terpaksa bertahan hujan yang lebat serta gangguan makhluk perosak.  Saya ingin pastikan patch yang dibina mudah diuruskan kerana saya cuma ada 1 atau 2 jam sehari untuk menanam iaitu sebelum pergi kerja dan pulang dari kerja.  Waktu cerah terlalu singkat.  Kalau tanam dalam bekas, saya boleh bertanam ketika hari masih gelap atau telah gelap dengan bantuan lampu.

Kalau diperhatikan, tanah patch ini adalah tanah liat.  Mujurlah salirannya elok jadi saya boleh terus bertanam.  Struktur tanah ini akan dibaiki selepas batch ini habis.  Tujuan saya menanam terung dan bunga matahari, adalah supaya akar pokok ini akan memecahkan bahagian dalam tanah.  Tak larat menyangkul dalam-lama.  Apabila pokok-pokok ini dah stabil, baru saya akan campurkan baja kandang dan kemudian menyemai benih bunga matahari yang baru.  Dicelah-celahnya akan disemai pokok sayur.  InsyaAllah patch ini akan penuh.
    
Pokok Terung Pendek

Pokok Terung Pendek mula mengeluarkan buah selepas seminggu dialih.

Pokok Bunga Matahari

Patch Terung dan Bunga Matahari
Untuk dapatkan benih Terung Pendek klik di sini.
Untuk dapatkan benih Terung Panjang klik di sini.
Untuk dapatkan benih Terung Bulat klik di sini.
Untuk dapatkan benih Bunga Matahari Warna Campur klik di sini.

4 ulasan:

  1. salam, saya tanam biji honey dew beberapa hari lepas dan sekarang benih dah tumbuh. Saya cuma tanam dalam pasu diameter 12cm. Bolehkah honey dew hidup di cuaca kita? dan jika boleh patutkah saya pindahkan ke pasu besar? dan apa saiz yang sesuai? TQ.

    BalasPadam
  2. Waalaikum salam Kelly. Pasu 12 cm terlalu kecil untuk honeydew. Bila anak pokok dah tumbuh 2 set daun sebenar (jumlah 6 helai daun), alih ke pasu yang lebih besar. Pasu 30cm sudah memadai. Gunakan tanah yang kaya dengan kompos. Kelly akan perlukan kayu pancang sebab pokok honeydew memanjat.

    BalasPadam
  3. memang kena sedia pancang ye untuk pokok honey dew?tak boleh biar merebak atas tanah saja?

    BalasPadam