Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 6 Disember 2011

Patch Sayur Telah Ditanam dengan Kangkung dan Roselle

Patch ini telah ditanam dengan pokok kangkung diselang seli dengan anak roselle yang telah disemai di dalam kotak susu. 

Patch ini telah ditunjukkan dahulu dalam posting pada 19 November 2011.  Selepas menyediakan patch tersebut, saya telah menyemai benih kangkung.  Pada peringkat awal, pertumbuhan anak kangkung tersebut kurang galak.  Kini pertumbuhan anak kangkung tersebut boleh dikatakan memuaskan.  InsyaAllah akan dapat dituai untuk dimakan sebagai ulam tidak lama lagi.  Ruang anak kangkung diselang selikan dengan anak roselle hasil dari semaian dalam kotak susu (tetrapek) yang diguna semula.  Walaupun anak-anak pokok ini didera oleh hujan yang lebat setiap petang, ia terus hidup dengan subur.  

Tanaman ini dipilih hanya untuk sementara sahaja.  Tujuannya adalah untuk membaiki struktur tanah yang terlalu padat supaya lebih sesuai untuk tanaman sayur di masa yang akan datang.

11 ulasan:

  1. salam, baru terjumpa blog ni. terbaik! boleh jadi reference utk hobi bercucuk tanam kat tepi rumah. saya juga menanam pokok roselle kat tepi tembok rumah. ia tumbuh lebih dari 5 kaki dan kelopaknya lebih besar.kiranya dah 3x dalam setahun saya menanam dan menuai hasilnya.alhamdulillah puas minum jusnya.

    saya ingin tahu sekiranya kita prun pokok supaya tidak tinggi adakah kelopaknya tetap besar? satu lagi saya belum pernah buat jem roselle.saya musykil kenapa guna hampas roselle + gula? ada khasiat lagi ke? boleh kah kita buat jem roselle sebagaimana kita buat jem strawberry?

    BalasPadam
  2. Waalaikum salam,
    Ya pokok roselle boleh diprun, tapi diperingkat awallah. Kalau peringkat dah tinggi baru prun, apa yang dihasilkan ialah ratoon. Yang itu buahnya dah kecil.

    Tentang jem roselle, yang diguna bukannya hampat. Pulp yang tinggal mengandungi bahan berprotin peptin. Bila dicampur dengan gula ia membentuk jelly. Memang boleh dibuat jem seperti strawberi. Rasanya seperti jem cranberry.

    Ada saya poskan tentang cara membuat jus dan jem roselle.
    http://www.tanamsendiri.com/2011/06/resepi-sirap-roselle.html

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum En. Iskandar,

    Saya nak tanya boleh ker kalau saya tanam roselle dalam pasu? Saya hanyalah tinggal di kuaters dan cahaya matahari hanyalah 50-75%. Boleh Encik cadangkan tanaman yang sesuai untuk saya tanam?

    BalasPadam
  4. Bestnya kan kalau ada laman yg luas untuk bercucuk tanam..anak2 pokok saya pon tiap2 hari kena dera dgn hujan lebat...ada jugak yg mati...yg bagusnya boleh jimat air tak payah siram pokok....;)

    BalasPadam
  5. I wong, boleh tanam dalam pasu. Pastikan dapat cahaya pagi. Tanah guna tanah yang kaya dengan kompos dan mempunyai saliran yang baik. Saya dah cuba, menjadi juga. Tiada masalah.

    HangKebon, boleh buat pelindung. Guna jaring atau plastik mulch. Air hujan jatuh ke atas pelindung, pecah dulu dan turun dengan lembut. Masalah saya bukannya hujan, tapi haiwan peliharaan jiran-jiran. Pagar tak berfungsi sebab haiwan peliharaan dapat masuk juga. Yang terkini, anak jagung diratah arnab. Sebelum tinggalkan patch, dia tinggalkan beberapa ketul bukti. Sedang mencari ruang masa untuk buat pagar kecil di sekeliling patch.

    BalasPadam
  6. t.kasih. tanya lagi, mungkinkah ada dua jenis roselle? kelopak yg besar dan kelopak yg kecil? saya hanya tanam yg kelopak besar. kadang2 terjumpa roselle kelopak kecil di pasar tani. adakah pokoknya renek shj?

    biasanya saya masak air dahulu bersama daun pandan sehingga mendidih baru dimasukkan kelopak roselle dan dibiar sekejap. selepas itu ditapis dan dicampur air gula.boleh diminum panas @ sejuk macam teh. baru terasa sebab ada bau pandan.

    tentang jem tu saya akan cuba buat dari kelopak yg fresh + gula + lemon juice.mungkinkah lebih banyak gula diperlukan sebab terlalu masam?

    BalasPadam
  7. No problem. Dari pemerhatian saya, ada beberapa variety roselle. Tentang perbezaan saiz buah, banyak faktor yang mempengaruhinya.

    Bagus juga idea tu. Roselle dan pandan digabungkan. Jem roselle dengan lemon, mungkin enak juga. Bila dah cuba nanti, bolehlah kongsi resepi bersama kami.

    BalasPadam
  8. Saya lihat ada juga variety roselle yang tumbuh bunga lambat. Dalam 1-2 bulan baru berbunga. Ia jenis batang berkayu berbanding roselle yang saya tanam sebab roselle saya kecil sudah berbunga.

    Kawan saya yan tanam roselle variety lambat bunga, katanya roselle tersebut kurang sedap berbanding roselle yang cepat mengeluarkan bunga.

    Encik Iskandar jual roselle variety apa?

    BalasPadam
  9. Saya rasa pokok yang dimaksudkan ialah pokok asam susur, iaitu sejenis variety roselle liar. Pucuk pokok ini digunakan sebagai perisa (asam) dalam masakan kari.

    BalasPadam
  10. senang di tanam ,sedap dimasak goreng belacan

    BalasPadam