Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 13 Disember 2011

Patch Roselle dan Kangkung

Pada minggu lepas, saya telah pamerkan patch sayuran yang ditanam dengan roselle dan kangkung.  Berikut adalah pautan ke posting tersebut.

Pautan ke posting yang lepas. 

Selepas seminggu, ketinggian pokok kangkung telah megatasi ketinggian anak roselle.  Rahmat di musim hujan.  kangkung sememangnya cintakan air.  Hari ini kangkung akan menjadi hidangan sebagai ulam bersama pucuk jering dicicah sambal cili.

Di musim hujan seperti sekarang, pokok kangkung tumbuh dengan galak.

Pokok kangkung menjadi pelindung kepada anak pokok roselle yang masih kecil.

Kangkung sudah sedia untuk dituai.

Gembira bila melihat patch sayur 'menjadi'. Alhamdulillah, syukur.
Benih kangkung dan roselle boleh diperolehi melalui blog tanamsendiri.com.
Benih kangkung.
Benih roselle.

10 ulasan:

  1. Nak tanya sket, patch ni dibuat dgn tanah kompos ke? Bagaimana dgn rumput2 yg ada tu, kambus sahaja dgn tanah tu ke atau dibersihkan dulu?

    BalasPadam
  2. Di peringkat permulaan ni, saya hanya cangkul kawasan tu untuk menggemburkannya dan cabut rumput di kawasan yang saya ingin tanam. Walaupun kawasan kecil, berpeluh juga dibuatnya. :)

    Tanah hitam yang kelihatan tu adalah tanah yang digunakan untuk menyemai anak pokok.

    Tujuan saya tidak mencampurkan apa-apa adalah untuk nilaikan kesuburan tanah. Saya berharap, akar roselle dan kangkung akan pecahkan struktur tanah dan bebaskan nutrien yang ada di dalamnya supaya tanaman berikutnya akan lebih subur.

    Rumput, lalang dan rumpai akan dipotong dan dijadikan kompos. Kompos tersebut juga akan digunakan untuk memperelok patch ini nanti. Dari pengalaman yang lalu, saya dapati kompos yang dibuat dari lalang amat elok untuk tanaman.

    Saya pernah masukkan posting tentang cara saya membuat kompos dari rumpai. InsyaAllah, selepas siri tanah, asaya akan postkan siri baja pula. Oleh sebab blog ini fokus pada tanaman di sekitar rumah (hobbyist), saya akan fokus pada baja buat sendiri. :)

    BalasPadam
  3. Salam tuan.
    Saya tak pernah tanam kangkung.
    Kalau menuai kangkung ni, cabut terus ke atau kerat pokok tu dan biar akar tu, tinggal?..kalau tinggal separuh panggkal pokok tu, boleh mengeluarkan hasil lagi.

    Terimakasih.

    BalasPadam
  4. Salam Puteri
    Yang pernah saya tengok, biasa org tanam, cabut terus semua bila dituai, sebab tu kita tgk kangkung tu nampak cantik tegak sebatang.

    Kalau dia kerat sahaja setakat yg saya tahu, mmg benar boleh keluarkan hasil lagi tp nanti dia menjalar pulak... tapi mgkn dibuat begitu untuk tujuan mendapatkan benih?

    Kita tunggu komen tuan tanah :D

    BalasPadam
  5. Baguznet, lupa, ada saya letakkan baja pellet tinja ayam ketika menyangkul dulu. Itu untuk memecahkan tanah supaya tidak terlalu padat bila terkena hujan. Patch ini saya tidak pernah siram kerana sekarang hujan hampir setiap hari. Sebab itu saya pilih tanaman kangkung. Ia gemarkan air yang banyak dan turut menjadi pelindung sementara kepada pokok roselle yang masih kecil.

    Kalau dicabut terus, perlu tanam semula dengan biji benih. Saya kerat, tinggalkan dalam 2 inci dari tanah supaya tumbuh semula tunas.
    Lazimnya saya gunakan kaedah ini sehingga 3 kali tuai. Bila tunas baru yang tumbuh mula liat dan bergentian, baru saya cabut dan gantikan dengan benih yang baru.

    Puteri Purnama, kangkung mudah ditanam dan tidak cerewet penjagaannya. Elok ditanam di kawasan terbuka musim hujan ni. Kalau tanam sendiri, batangnya rangup. Manis kalau dibuat ulam, atau celur dan cicah sambal lada. Sure nasi habis 3 pinggan. :)

    BalasPadam
  6. Baguznet, Kangkung yang halus dan menjalar tu bukan hanya tanaman dari keratan. Kalau dari biji benih pun boleh jadi begitu. Biasanya kalau kita lupa siram untuk seketika atau diserang makhluk perosak, kangkung akan mula berbunga. Ini disebut bolting.

    Tujuannya adalah untuk menghasilkan benih kerana keadaan semasa tidak lagi sesuai untuk pertumbuhan. Sebelum berbunga, batang kangkung yang tumbuh akan tumbuh halus dan berserat (fibrous) dan akan tumbuh menjalar serta memanjat.

    Kangkung dalam keadaan begitu kurang sedap dimakan. Kalau ingin dapatkan biji benih, biarkan ia terus tumbuh. Kalau tidak, elok cabut sahaja.

    BalasPadam
  7. Owh... kangkung boleh dikerat untuk dapatkan hasil tuaian pusingan ke-2 & ke-3 at least ye. menarik juga ni kalau blh mcm tu. Boleh cuba tanam next time tapi time hujan ni mengujakan untuk bertanam kangkung

    BalasPadam
  8. Terimakasih tuan..maklumat anda sangat berguna.
    baguznet..terimakasih juga untuk mu.Kubaca pendapat mu memang benar kalau beli sayur di pasar mereka jual dgn akarnya, rugi bikin berat timbangan aje.Tak begitu tuan Is.
    Terimakasih banyak2.Mari tanam kangkung.

    BalasPadam
  9. Kangkung di musim hujan mahu pun di musim kering, kedua-duanya enak. Saya sendiri tidak pernah tahu kangkung enak dimakan mentah (sebagai ulam), kalau baru dipetik.

    Ya, mari tanam kangkung.

    BalasPadam