Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 17 Disember 2011

Menjarang Anak Pokok Sawi

Kadangkala ketika menyemai, biji benih sawi ditabur terlalu rapat.  Anak-anak pokok yang membesar perlu dijarangkan (thinning) supaya pokok yang tinggal mempunyai ruang yang cukup untuk pertumbuhan.  Menjarang juga mempastikan anak pokok tumbuh dengan subur kerana persaingan ruang dan baja dapat dikurangkan.

Ketika menjarang, jangan cabut anak pokok yang tidak diingini.  Gunakan guting dan kerat batang anak pokok.  Ini kerana, jika anda cabut, anak pokok yang tinggal akan tumbang kerana dia tiada lagi tempat bersandar.  Jika anda kerat, bahagian pokok yang tinggal akan menyokong anak pokok yang tinggal dan anak pokok tersebut tidak akan rebah.

Jangan buang anak pokok yang dikerat.  Basuh dan hidangkan bersama salad dressing.  Jika anda cabut anak pokok, ia menjadi kotor kerana bercampur dengan tanah.  Ini akan menyukarkan anda membasuh anak pokok tersebut.

Gunting anak pokok yang tidak diingi.

Bekas yang mengandungi anak pokok sawi selepas dijarangkan.

Anak pokok yang telah dipotong boleh dihidangkan bersama salad dressing.

2 ulasan:

  1. good info.
    tak pernah plak mkn salad fr sawi..:)

    BalasPadam
  2. Sawi muda yang baru dituai, enak dibuat salad. Cambahan lobak putih juga enak dibuat salad.

    BalasPadam