Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 23 Disember 2011

Membina Penyuap Karbon Dioksida Untuk Tumbuhan Dalam Akuarium


Tumbuhan memerlukan karbon dioksida untuk membuat makanan melalui proses yang dikenali sebagai fotosintesis.  Dalam proses ini tumbuhan menyerap air, karbon dioksida dan menghasilkan makanan serta membebaskan oksigen.  Proses ini berlaku di dalam kehadiran sinar suria.  Jika anda meletakkan tumbuhan hijau di dalam air, jumlah gas karbon dioksida adalah kurang dan ini menyebabkan tumbuhan kurang sihat.  Anda boleh suap gas karbon dioksida menggunakan kit buat sendiri.

Anda perlukan
  • botol air mineral dengan penutup penyuap seperti dalam Rajah 1, 
Rajah 1: Botol air mineral dengan penutup penyuap.

  • tiub udara,
  • batu buih, 
  • dawai untuk mengikat botol mineral ke akuarium.  

Untuk ramuan,
  • 1 sudu besar glukosa (Glukolin tanpa perisa),
  • 1 sudu teh yis (mauripan),
  • 1 botol air suling, atau air yang telah dididihkan tetapi suhu telah dikembalikan ke suhu bilik  

Cara membuat:
1. Potong Bahagian injap pada tudung botol sebagaimana Rajah 2.

Rajah 2:  Potong bahagian penutup injap pada penutup botol.



3. Pasangkan batu buih pada satu dari hujung  tiub udara.  Lihat Rajah 3.

Rajah 3:  Pasangkan batu buih pada satu daripada hujung tiub udara.


4. Pasangkan hujung tiub yang satu lagi ke muncung pada penutup botol mineral.  
5. Isikan air ke dalam botol mineral sehingga ¾ penuh.
6. Masukkan 1 sudu besar glukosa ke dalam botol tersebut.
7. Masukkan 1 sudu teh yis ke dalam botol mineral.
8. Tutup botol dengan tapak tangan dan goncang botol sehingga ramuan terlarut.
9. Tutup botol dengan penutup yng telah dipasang ke salur dan batu buih.
10. Dengan menggunakan dawai, ikat botol ke sisi luar akuarium dan masukkan batu didih ke dasar akuarium sebagaimana Rajah 4.

Rajah 4:  Pasangkan kit penyuap ke akuarium.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan