Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 9 Disember 2011

Makhluk Perosak -- Kekabuh Gajah, Rhinocerous Beetle, Aegopsis curvicornis

Makhluk perosak ada bermacam.  Menguji kesabaran mereka yang bercucuk tanam.  Ada yang datang terbang, menyusur, merayap, melompat, dan ada juga yang kita tak nampak, tiba-tiba pokok layu.  Bila ditarik tanaman, rupanya akar dah tiada.  Rupanya ada yang kerjakan tanaman dari dalam tanah.
Saya pernah pamerkan ulat kekek dalam posting beberapa bulan dulu.  Tapi kali ni bukan lagi ulat kekek saiz biasa.  Apa tidaknya, makhluk perosak yang meratah sawi kali ini sebesar ibu jari.  Ulat kekek kali ini adalah anak kekabuh gajah.
  
Ulat kekek, larva Aegopsis curvicornis, nampak seperti ulat kekek biasa.
Lihatlah sendiri betapa besarnya ulat ini.  Entah berapa banyak sawi yang saya tanam dah diratahnya.

Larva Aegopsis curvicornis menyerang akar tumbuhan.

Bila melihatkan ulat ini, rasa marah ada, rasa kecewa pun ada.  Nampaknya cabaran datang dari semua arah.  Tapi kena 'think positive.'  Inikan tanda tanah sihat.  Tidak dicemari racun.  Ulat kekek ni masalah kecil aja.  Cuma perlu tangkap dan musnahkan.  Lalin kali kalau ada tanda-tanda yang serupa pada pokok sawi atau sayur yang lain, tahulah siapa punya kerja.

Larva makhluk perosak yang besar.

Barang kali dah lama makhluk ini "berkampung" dalam patch sayuran saya.  Ada yang dah matang menjadi pupa.  Kalau tak ditemui, pasti akan menjadi kekabuh gajah dewasa.


Riang-riang peringkat pupa.

Larva ini mungkin boleh dikutip dan dijadikan umpan.  Saya kutip beberapa ulat ini dan diberikan pada sugar glider.  Hari ini sugar glider saya amat gembira.  Kaya kaya kaya.... Mungkin itu katanya.


Makhluk perosak ini mungkin boleh dijadikan satu perusahaan dan memberi rezeki yang lumayan-- untuk menghasilkan umpan pemancing sungai atau kolam air tawar, atau makanan haiwan kesayangan, iaitu sugar glider.
Apa-apa pun, saya perlu cari cara untuk menghindari serangan makhluk ini di masa akan datang.

12 ulasan:

  1. masalah ni... agak agak benda apa yang sesuai untuk membunuh serangga dalam tanah?? mungkin boleh dibuat eksperimen dengan bahan semula jadi yang mungkin dirasakan racun kepada mereka....

    nasib jugak tanam pokok dalam polibeg tapi tak boleh tanam banyak2....huhuhu ada tanah kat sebelah tapi tak tau bila nak ditebas....

    BalasPadam
  2. Rasanya kalau tanam dalam polibeg atau pasu kurang kemungkinan diserang ulat kekek. Masalahnya polibeg tak mampu simpan air yang banyak. Perlu siram selalu. Untuk kita yang tanam secara hobi, tak perlu guna racun. Boleh pasangkan collar pada pangkal tanaman. Guna jaring halus atau rug nipis (karpet murah) untuk halang induk kekabuh bertelur di dalam tanah.

    BalasPadam
  3. Salam Tuan,
    berkenaan serangga perosak ni, nak tanya sket kalau tahu.

    Saya ada menanam pokok daun garuda tetapi pokok ini sering diserang sejenis serangga seakan kutu (tak tau nak panggil apa), melekat di bahagian batang pokok biasanya, kecil putih dan secara perlahan akan memusnahkan pokok. Yg agak pelik, pokok daun garuda sahaja kena serang dgn serangga ni.

    Oh ye, mungkin kalau ada topik khas berkaitan serangga ni elok juga, mcm topik tanah tu ;)

    BalasPadam
  4. Saya rasa serangga putih tersebut, kalau (berdebu) mungkin dari jenis Pseudococcidae, iaitu mealy bug, sejenis bena sebagaimana yang Sdr I Wong nyatakan. Ia biasanya ada dicelah buah nona dan rambutan. Yang jantan, bersayap dan yang betina tidak melalui proses metamorfosis yang lengkap. Ia wujud sebagai separa nymph.

    Cara segera untuk hapuskannya adalah dengan semburan, sebagaimana yang disarankan oleh Sdr I Wong. Ada juga yang memasukkan air lada. :)

    Kalau mealy bug, ia menghasilkan wax yang dimakan kulat. Inilah yang menghasilkan debu-debu putih. Debu-debu putih tersebut adalah kulat. Dalam wax inilah bena tersebut bertelur. Untuk pastikan semburan tersebut memecah masuk wax dan menghapuskan telur sekali, campurkan sedikit cecair pencucuci pinggan(1/2 sudu teh) dan minyak masak (1/4 sudu teh) ke dalam 1 liter ramuan tersebut.

    Untuk memastikan makhluk tersebut tidak kembali lagi, tanam pokok marigold berdekatan pokok garuda tu. Mealy bug bencikan bau marigold yang busuk tu. Untuk halau whitefly, tanam pokok tulasi berdekatan pokok garuda.

    Saya pernah tanam pokok garuda. Pokok tersebut dihadiahkan oleh rakan (berketurunan India)yang juga minat bertanam sendiri. Seorang rakan (berketurunan cina) amat berminat dengan pokok tersebut. Katanya dibuat ubat. Saya kurang arif tentang khasiat pokok tersebut jadi saya hadiahkan pada rakan tersebut. Kira pokok ni pokok 1Malaysia lah. :)

    Di nurseri Sg Chua Kajang, anak pokok ini dijual dengan harga yang sangat tinggi.

    BalasPadam
  5. Serangga itu terlalu kecil dan saya pun terlupa nak amik gambarnya. Melalui carian yg saya buat, saya rasa mealy bug kemungkinan yg paling hampir.

    Terima kasih atas saranan yg diberikan. Nampaknya lepas ni saya kena cari semula pokok daun garuda (mujur murah di tempat saya) dan pokok marigold sebagai 'pelindung'nya :D

    BalasPadam
  6. Inilah keistimewaan bertanam tanpa racun. Walaupun diserang makhluk perosak seperti aphid, masalah ini sementara sahaja. Apabila pemangsa seperti ladybird menyedari ada makanan (aphid) di halaman rumah, ia akan mula datang dan memakan makhluk perosak tersebut. Apabila jumlah ladybird mula meningkat, populasi aphid akan terkawal. Begitu juga dengan makhluk perosak yang lain. Jadi, masalah makhluk perosak adalah sementara sahaja.
    Jika anda gunakan racun untuk mengawal makhluk perosak, racun tersebut akan membunuh pemangsanya juga. Apabila racun dah tawar, makhluk perosak akan kembali. Jadi masalah tersebut tidak akan selesai.
    Apa yang saya cuba katakan disini, jangan kecewa apabila tanaman diratah makhluk perosak. Anda hanya perlu bersabar. Selepas seketika, ia akan selesai dengan sendiri. sementara tu, boleh gunakan kaedah-kaedah yang dibincangkan.

    Sebenarnya saya masih menunggu cadangan dari I Wong tentang cara menyelesaikan masalah larva kekabuh gajah (kumbang badak). Walaupun saya boleh gunakan collar yang dibuat dari rug nipis untuk menghalang kekabuh gajah, telurnya mungkin dah ada dalam tanah.

    Satu lagi, kadang-kadang punca larva makhluk perosak adalah dari tanah yang dibeli dari nurseri. Anda perlu periksa tanah betul-betul. Kadang-kadang ia dah mengandungi telur makhluk perosak seperti telur kekabuh dan siput. Benih rumpai juga boleh berpunca dari nurseri. :(

    BalasPadam
  7. en iskandar, baru baru ini saya memindahkan kompos saya,antaranya saya dapati ada ulat kekek ni,banyak pulak tu. hmm macam manayer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kutip dan musnahkan. Ulat ni makan akar pokok. Usahkan pokok kecil, pokok kelapa pun mati dalam masa yang singkat.

      Padam
  8. Baru beli pokok garuda tadi, testing bawak masuk pokok dlm rumah, nyamuk surrender sbb tak tahan bau daunnya yg busuk!! Ha ha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan saja nyamuk. Silap-silap tetamu pun takk nak masuk rumah. Busuk bau pokok tu.

      Padam
  9. kekabu gajah ni dalam pasu bunga pun ada.Habis akar pokok ros dan pokok bunga keladi saya dikerjakan. Daun pokok menjadi kering dan berkerekot , daun dan bunga tidak boleh berkembanga cantik dan segar. Mula-mula saya geli. Dapat je terus buang. Tapi sekarang dah geram. Dapat je terus gunting atau lenyek mati. Bagaimana nak matikan telur dan anaknya dengan racun ? letih la asyik kena korek cari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kurang arif dengan penggunaan racun untuk berkebun di rumah. Hafiza boleh kunjungi kedai pertanian. Mereka biasanya ada jual. Pastikan ikut langkah-langkah keselamatan bila berkebun di rumah. Maklum sajalah, simpan racun di rumah tinggi risiko sebab ada anak-anak.

      Padam