Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 13 Disember 2011

Makhluk Perosak, macam Astro -- Macam-macam Ada...

Satu daripada "keseronokan" bertanam sendiri adalah memikirkan tentang cara mengatasi serangan makhluk perosak.  Ia membuatkan aktiviti bertanam sendiri mencabar dan membuatkan saya leka  memikirkan berbagai cara untuk mengatasi serangan tersebut.  Kalau masalah belalang, tidaklah memeningkan sangat, boleh diselesaikan dengan mudah. 

Tangkap dan suapkan pada haiwan peliharaan saya, "Ted" si Sugar Glider.  Dia paling gemar makan serangga.  Untuk mengelakkan belalang lain meratah anak pokok, boleh buat pelindung dari keratan botol soda dan botol mineral.


Belalang sedang leka meratah daun kailan.

Belalang yang tertangkap sedang diperhatikan oleh Puteri akan menjadi santapan "Ted".

Ini juga satu makhluk perosak.  Lembu.  Saya cukup tak faham dengan pemilik lembu yang biarkan ternakan mereka merayau mencari makan.  "Jimat kalau tak kurung.  Tak payah beri makan,  biar dia ratah tanaman jiran-jiran.  Padan muka mereka sebab tak buat pagar yang kukuh."

Dan padan saya bila lembu-lembu ni meratah tanaman.  Ini memang cabaran sebab kalau tersilap handle, boleh bermasam muka dengan jiran penternak lembu tu.  Masalah yang ini belum dapat diselesaikan... Fikir...fikir....




Mengapalah dilepaskan haiwan ni bekeliaran.

Alamak!  Belum selesai lagi masalah lembu, ada satu lagi makhluk perosak yang suka bertandang.  Ini makhluk terkini yang saya temui di tepi rumah.  Kalau silap-silap orang tengok, boleh kena fitnah atau timbul syak wasangka ni...


Agaknya binatang apa ni?

Makhluk perosak terkini yang masuk buku jurnal tanamsendiri.com 

13 ulasan:

  1. Wah! Memang kes berat tu bila si sondol tu pun ada menumpang cari makan. Kenapa tak dipagarkan sahaja kawasan tanaman tu? Kos tinggi?

    BalasPadam
  2. Saya baru satu bulan pindah ke tempat ni. Pagar utama (chain link) memang dah ada, tapi lembu dan sisondol dapat juga penetrate. Satu bulan ni saya cuma memerhati aja jenis-jenis makhluk perosak yang ada. Kebiasaannya kalau tanam secara organik, masalah akan selesai sendiri apabila ekosistem yang baru (selepas tanaman ditanam)menjadi stabil. Ini mengikut pengalaman yang lalu.

    Nanti saya akan jelaskan dalam siri artikel tentang makhluk perosak. Yang penting, simpan jurnal dan kaji pattern makhluk tersebut. Kemudian fikirkan penyelesaiannya.

    Selain dari makhluk yang saya pamerkan, ada juga makhluk lain. Siamang dan kera, musang kasturi, tikus mondok dan arnab pernah berkunjung. Tapi jumlahnya terkawal sebab dalam pagar saya ada sepasang helang (Heliacaatus) bersarang. Saya juga dah pesan sarang burung hantu (Tyto alba) dari sahabat yang buat bisnes tersebut untuk ladang. Rumah saya berdekatan ladang sawit. pasti ada Tyto alba berjiran dengan kami.

    Jumlah tanaman yang rosak tidaklah terlalu significant berbanding tanaman yang menjadi. Untuk peringkat awal saya tanam dalam bekas di tepi rumah dulu. Patch jagung dah habis dimakan makhluk perosak. InsyaAllah batch baru akan disemai dan diletakkan pelindung menggunakan botol mineral yang dikerat.
    Patch roselle dan kangkung tidak terusik. Ada tanda beberapa batang kangkung dimakan, tetapi tak sampai 10% dari jumlah yang disemai. Kira OKlah.

    Masalah kera dan siamang telah diselesaikan menggunakan belacan. Sisondol telah diperkenalkan pada jiran dari Timor Leste, tak lama lagi pasti settle. Free dinner for them. :)

    Arnab liar, mungkin akan jadi free dinner for me. :)

    BalasPadam
  3. wah hebatnya laman abg Is... macam-macam ada... laman Maria yg selalunya ulat dgn belalang je... tu pun dah tak terjaga sangat skrg ni... sibukkan bela rumah yg kena pecah masuk baru ni...

    BalasPadam
  4. Laman Maria tak kurang hebatnya. Kuda pun ada. Envy tengok. Rumah kena pecah? Tu makhluk perosak juga tu. Tapi makhluk perosak tu lagi bahaya dan menyakitkan hati.

    Kawasan rumah saya biasa-biasa aja. Bertanam dalam bekas macam rakan-rakan lain juga. Yang saya pamerkan tu ruang untuk berkebun. Baru dapatkan kawasan tu. Cuba nak bina taman organik.

    BalasPadam
  5. Macam boleh buat mini zoo pula ye.macam2 ada..seronok budak2 kalau tengok macam2 binatang..anak saya kalau nampak lembu pun dah kecoh..hehehehe..mesti besar compound rumah Encik Is ni..

    BalasPadam
  6. Makhluk perosak yg biasa dtg ke my small farmville adalah sifut vavi... di smping tu makhluk berbulu pet kami... Guna belacan tuk atasi kera / siamang? bole share cmne caranya... ada petua nk halau vavi - taburkan rambut dlm kebun cth tepi pagar or keliling tanaman, supply rambut mgkn bole mnta kt kedai gunting

    BalasPadam
  7. Ms Pinkie Rabbit, kawasan tak besar sangat. Kami rancang kawasan tu nak buat "edible garden" untuk pengunjung datang petik sendiri. Sambil-sambil tu nak jual semaian sayuran (plugs) yang sedia untuk dialih. InsyaAllah dalam 6 bulan lagi Mem sibuk design garden tu.

    Jai, Guna rambut... idea bagus tu. Akan dicuba, kalau geng Timur Leste gagal jadikan dinner mereka. Tentang menggunakan belacan untuk halau kera dan siamang, akan dimasukkan dalam posting akan datang. :)

    BalasPadam
  8. Menarik perbincangan ini, terima kasih semua atas info. Tuan, helang tu memang dibela ke, dan untuk tujuan apa? Sarang burung hantu, adakah tujuan nak 'jemput' burung hantu bersarang sebagai perisai kepada serangan mondok?

    Sementara menanti posting berkaitan belacan, saya baru teringat tentang serangan monyet yg menjadikan kawasan blok rumah saya diami sebagai laluan mereka. Biasalah, mereka ni akan mengambil segala jenis buahan yg berputik. Terbaru saya kehilangan segala buah delima dan pelam yg sedang membesar. Ada pakcik yg sarankan guna kapur barus untuk menghalau tapi saya sering terlupa nak cuba, dan tak pasti keberkesanan menghalau mereka secara total

    BalasPadam
  9. Helang tak dibela. Ia buat sarang atas di pokok tepi rumah, memburu apa yang patut. Lazimnya mamalia kecil dan reptilia. Sejak 3 minggu ni saya nampak helang-helang tersebut bawa pulang tikus, tupai "tree-shrew", anak arnab, burung merpati dan ular tedung. Boleh jadi allie kami sebab populasi arnab liar, tikus, dan tree-shrew akan terkawal.
    Ular tedung mungkin ditangkap dari ladang sawit berdekatan. Jadi helang tersebut juga menjadi pelindung keselamatan kami.

    Burung hantu dari jenis Tyto alba tidak buat sarang sendiri, sebab itu ia menumpang di rabung dan reban di tepi rumah. Saya ada kawan yang pakar tentang burung hantu Tyto alba. Dia jalankan bisnes mengawal populasi tikus di ladang sawit secara kawalan biologi. Jadi dia tahu spesifikasi sarang yang pasti akan menarik pasangan burung hantu untuk bermustautin. :)

    Saya perlukan khidmat burung hantu kerana tikus keluar mencari makanan di waktu malam. Burung hantu memburu di waktu malam. Jadi dengan dua jenis burung ini, kawasan tanaman saya terkawal. Jadi tak perlulah meracun.

    BalasPadam
  10. Kuda?... ish... abang Is salah masuk laman ni kot... saya takde bela binatang la Bang... kucing jiran datang menumpang ada la... hehehe... laman rumah saya kecik je... hajat hati dulu konon nak buat edible garden... jiran pun bole tumpang petik... tapi bila dah asyik kena ceroboh je... pagar la keliling... ;p

    BalasPadam
  11. ejaMaria, Memang tersalah orang. Yang kuda tu orang lain. Maaf... :(
    Ruang kecil pun seronok juga. Boleh setkan secara mencacang, vertical garden. Sekarang jadi trend juga.

    Saya pula semasa tinggal di apartment, gantung. Ruang depan apartment, sikit-sikit letak pokok. Yang dalam pasu selalu hilang dengan pasu sekali. Yang paling selalu kena sentap, pokok limau purut. Saya pula suka tanam limau purut sebab daunnya enak buat perisa kalau goreng daging.

    BalasPadam
  12. Macam mana cara nak menggunakan belacan untuk menghalau kera /siamang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa saya dah postkan caranya. Kena semak dulu. Nanti akan saya letakkan link ke post tersebut.

      Padam