Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 14 Disember 2011

Makhluk Perosak Bukanlah Suatu Masalah Besar Kalau Bertanam Di Halaman Rumah

Dua hari ini saya banyak posting tentang makhluk perosak.  Sebenarnya masalah makhluk perosak bukanlah masalah yang besar kalau bertanam di halaman rumah.  Tanaman saya diserang makhluk perosak kerana ini kawasan baru.  Memang ini perkara biasa apabila bertanam di kawasan yang luas.  Tetapi masalah ini ada selesai dengan sendiri.  Biar saya jelaskan.

Inilah keistimewaan bertanam tanpa racun. Walaupun diserang makhluk perosak seperti aphid, masalah ini sementara sahaja. Apabila pemangsa seperti kekabuh kura-kura (ladybird) menyedari tentang kehadiran bena (aphid) di halaman rumah, ia akan mula datang dan memakan makhluk perosak tersebut. Apabila jumlah kekabuh kura-kura mula meningkat, populasi bena akan terkawal. Begitu juga dengan makhluk perosak yang lain. Belalang kelihatan banyak sebab tiba-tiba ia terjumpa makanan yang enak, iaitu anak-anak sawi.  Apabila burung dan mentadak mentadu sedar kawasan tersebut banyak belalang, haiwan pemangsa tersebut juga akan berkunjung ke halaman saya.  Jadi, sebenarnya masalah makhluk perosak adalah sementara sahaja.  Lazimnya ia akan terkawal dalam masa 2 minggu.  



Jadi, di peringkat awal saya akan elakkan menanam tumbuhan yang sering diserang makhluk perosak, contohnya cili, tomato dan kacang panjang.  Apabila tanaman dah membesar nanti, barulah saya perkenalkan tumbuhan tersebut.
 
Inilah kelebihan bertanam tanpa menggunakan racun.  Jika saya gunakan racun untuk mengawal makhluk perosak, racun tersebut akan membunuh pemangsanya juga. Apabila racun dah tawar, makhluk perosak akan kembali. Jadi masalah tersebut tidak akan selesai.

Apa yang saya cuba katakan disini, jangan kecewa apabila tanaman diratah makhluk perosak. Anda hanya perlu bersabar. Selepas seketika, ia akan selesai dengan sendiri. Sementara tu, boleh gunakan kaedah-kaedah yang dibincangkan.  Paling lama makhluk perosak bermaharaja lela pun 2 minggu aja.  Selepas itu masalah akan berkurang.  Saya katakan ini dari pengalaman yang lepas.

Ulat ini adalah larva kepada rama-rama jenis Swallotail sering menyerang pokok limau.  Ia boleh dikutip dengan tangan dan dimusnahkan.

Oh ya, antara haiwan yang menjadi sahabat kita dengan mengawal makhluk perosak termasuk:

Kekabuh kura-kura (ladybird)
Lacewing
Kelip-kelip
Mentadak mentadu
Pepatung
Kerengga
Pepingat
Labah-labah
Semut (tapi awas, semut juga menternak aphid)
Katak (tapi katak juga memakan cacing yang menggembur tanah)
Burung merbah putih

Haiwan yang membantu menyuburkan tanah dan pendebungaan:

Cacing mnggemburkan tanah
Ulat gonggok mengurai daun-daun mati
Lebah madu membantu pendebungaan
Burung kelicap juga membantu pendebungaan



12 ulasan:

  1. belalang selalu makan pucuk & putik bunga limau kasturi saya... kesian pokok tu tak sempat berbuah...

    BalasPadam
  2. asm En Iskandar, bagaimana pula jika anai2 menyerang pokok? ada cara tak utk halang anai2 mkn akar pokok?

    BalasPadam
  3. Good info. thanks for sharing..:)

    BalasPadam
  4. Cerita pasal burung ni, ada tak kaedah untuk 'memanggil' burung supaya gemar berkeliaran di rumah? Haiwan ni biasa akan hadir kalau ada sesuatu yg menarik untuk mereka

    BalasPadam
  5. EjaMaria, kebiasaannya ulat (larva rama-rama) berwarna hijau dan besar yang gemar makan pucuk limau kasturi. Belalang dan ulat boleh diselesaikan kalau ada burung ciak, gembala kerbau atau merbah putih berkunjung. Ulat mudah dikesan, iaitu terdapat bintil-bitil hitam bersaiz pasir (tinja) di bawah daun yang kena makan. Boleh kutip dan musnahkan ulat tersebut.

    Kalau belalang sukar sedikit kerana ia akan terbang bila tergugat. Kalau masalah menjadi serious, boleh gunakan serkup yang dibuat dengan jaring dengan mata yang halus (fine-meshed netting).

    Boleh juga biarkan katak berkeliaran dengan membina perlindungan untuk katak. Saya susun beberapa ketul batu sebesar penumbuk untuk katak berlindung. Katak puru suka berlindung di bawah batu.

    Dulu semasa tinggal di Bandar Rinching, saya sengaja beli beberapa ekor katak umpan di pet sore dan dilepaskan di perkarangan rumah.

    Adniksda, dari pengalaman saya, anai-anai jarang memakan akar pokok yang masih hidup. Ia hanya memakan pokok yang telah mati. Anai-anai tidak menjadi masalah kepada pokok sebaliknya menjadi masalah kepada kita kerana ia memakan barangan yang dibuat dari kayu (termasuk kertas dan kotak). Kalau halaman rumah terdapat anai-anai, perlu diselesaikan dengan segera sebelum ia menular masuk ke rumah. Yang ini satu dari kes yang saya rasa penggunaan racun perlu dilaksanakan. Tapi kalau ada bela ayam, populasi anai-anai dapat dikawal. Tetapi ayam juga boleh membawa masalah kerana ia juga gemar memakan tanaman dan biji benih.

    HangKebon, You're welcome. My pleasure.

    baguznet, Biasanya kalau burung tahu ada makanan yang banyak menanti (belalang dan ulat), burung akan berkunjung. Boleh juga pelawa atau 'memanggil' dengan meletakkan sarang burung berbentuk kotak berlubang untuk burung singgah, dan membina tempat burung mandi (pancuran air). Elakkan meletakkan bird feeder yang diisi dengan biji benih kerana burung yang memakan biji benih akan juga meratah putik bunga dan buah.

    Kalau ada bela kucing, kurung peliharaan di sebelah pagi kerana burung lazimnya berkunjung di sebelah pagi, sekitar pukul 8.00. Lepaskan kucing hanya selepas pukul 10.00 pagi.

    BalasPadam
  6. Saya mmg ada terfikir nak letak berlubang untuk dijadikan kotak sarang burung, ada nampak dijual di kedai, cuma x pasti kotak yg bagaimana sesuai dibeli dan diletak di rumah.

    Jangan lepas letak, monyet pulak yg berkampung sudah la, jadi masalah lain pula :))

    BalasPadam
  7. Tentang monyet tu, InsyaAllah saya akan postkan cara mengenakan mereka tanpa mencederakan. Harap bersabar.

    BalasPadam
  8. hehehe... suami saya gelikan katak... macam mana saya nak letak katak kat laman... letak katak decoration pun dia ingat betul... hihihihi...

    owh... burung mmg banyak kat laman kebelakangan ni... dari ciak, pipit, murai... macam-macam ada... macam-macam kaler... sampai tak kenal yg datang itu burung apa...

    BalasPadam
  9. Kalau burung mula berkunjung ke laman, kira OK lah tu. :) Tapi jangan pula berebut buah dengan burung. Buah kemunting, miracle berry dan betik yang ranum biasanya sempat dirasa oleh burung dulu sebelum sempat petik.

    BalasPadam
  10. hmmm... betul... selepas 2 hari hujan petang berturut-turut... saya tak tahu ada betik yg masak... bila terperasan... dah rongak pun... ;p

    BalasPadam
  11. Salam En Iskandar,

    Ulat gonggok tu yang kaki banyak warna merah dan bergulung kalau kena kacau kan?Semalam petang saya tengok salah satu anak pokok salad saya tiba-tiba je daunnya jadi kuning layu dan mengecut walaupun hari sebelumnya ok lagi.saya ingatkan sebab saya tak alih semaian,jadi saya cuba alihkan.masa nak keluarkan dari tanah guna skop kecil,memang perasan tanah tu gembur tak padat,jadi saya angkat anak pokok dan nampak ulat gonggok 2 ekor bergulung dalam tanah betul-betul bawah akar anak pokok..saya sangka ulat gonggok ni la yang serang salad saya dari dalam tanah,jd saya ambil buang.saya tertanya-tanya,ulat gonggok betul-betul bukan serangga perosak atau boleh jadi perosak kepada tumbuhan dlm kes tertentu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulat gonggok tak menjadi masalah kerana ia makan bahan organik yang mati sahaja. Ia makhluk yang membantu penguraian. Ia sahabat, bukannya musuh. Yang menjadi masalah ialah ulat kekek. Ia makan akar.

      Padam