Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 30 Disember 2011

Loofa, Petola Sarang Luffa aegyptiaca, Banyak Gunanya

Petola Sarang (Luffa aegyptiaca) banyak kenangan untuk saya.  Ketika di zaman kanak-kanak, apabila diketahui saya gemar bertanam, ada saudara mara berpangkat tok (nenek/opah/tokwan) datang ke rumah bawa benih.  "Tok simpan ni untuk disemai.  Tanam pokok ni, murah rezeki.  Jangan risau, kambing tak makan, daun pokok ni berbulu sedikit, kambing tak suka makan." 

Kanak-kanak bertanam, mana reti buat para.  Maka pokok petola sarang mulalah kerabat pagar, pokok jambu air. last-last panjat wayar elekrik dan bergantung buah petola kering tak berambil di wayar elektrik.  Siapa berani kait buah kat wayar elektrik?  Zaman dulu wayar elektrik bukannya bersalut.  Kalau kena short, toink toink.... hangus....
Pokok ni memang betul lebat berbuah, walaupun tanah di kampung saya tanah pasir aja.  Buah yang muda, mula-mula petik buat sayur air.  Mak suka, jimat duit dapur.  Sayur pun enak, manis.  Lepas tu, hari-hari makan sayur petola muda.  Adik-adik mula komplen.  Mana nak letak buah yang banyak ni.

Alhamdulillah, jiran mula datang minta.  Kait sendiri.  Saya tak larat nak kait, galah buluh berat.  Masa tu umor baru satu angka. :)  Biasanya jiran akan tinggalkan duit sikit tanda terima kasih.  Kadang-kadang ada juga jiran dari kampung berdekatan datang minta beli buah.  Alhamdulillah.

Bila lambat kait, buah mula bersabut.  Mula-mula takut juga membazir.  Rupa-rupanya tidak membazir.  Nyonya jual camboh (taugeh) singgah minta buah tua.  Nak ambil benih, nak ambil sabut tua.  "Nak buat nyonya?" tanya mak.  "Buat mandi," jawab nyonya.
Sejak tu dapatlah mandi pakai span.  Span sabut loofa.  kalau sebelum ni, kalau ayah yang mandikan, tapak kaki diberus dengan berut sabut.  Bayangkahlah betapa lembutnya kasih sayang orang dulu-dulu.... Buang daki dengan berus sabut!

Hah cerita lama cerita lama juga.  Nak buat apa dengan sabut loofa ni?  InsyaAllah, saya akan tunjukkan cara buat sabun dengan inti sabut loofa.  mandi tak perlu berspan lagi sebab sabun dah ada built-in loofa.
Ish cerita buat sabun ni bila nak selesai, slow nya.  Sebenarnya bahan untuk buat sabun sendiri dah lengkap, cuma masa belum mengizinkan.  InsyaAllah bila ada masa terluang, kita akan sambung perbincangan tentang buat sabun sendiri.


Buah loofa yang tua, pun masih berguna.

Sabut loofa boleh diguna sebagai penggahal (scrubber) ketika mandi, span, dan kawan-kawan yang buat hidroponik boleh buat medium mengganti tanah.
Oh ya, benih petola sarang boleh diperolehi dari blog ini.  Klik di sini untuk maklumat lanjut.

4 ulasan:

  1. Boleh saya tahu nama saintifik petola sarang?

    BalasPadam
  2. as salam en iskandar...bagaimana rsnya petola luffa nie? sama ker rs mcm petola biasa tu?Seumur hidup sy rsnya x prnh mkn petola jenis nie..:)..

    BalasPadam
  3. Waalaikum salam,
    Kalau pada lidah saya, ada rasa wangi dan lebih manis sedikit berbanding petola segi. Rasa kedua-dua jenis petola ini ada keistimewaannya. Petola Sarang amat enak kalau dipetik muda.

    BalasPadam