Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 29 Disember 2011

Ladang Anggur Tasik Beris

Cuti hujung minggu (Hari Natal) yang lalu kami sekeluarga ke Sik, Kedah kerana kenduri menyambut menantu anak kami.  Kira berbesan dengan orang utara lah ni.  Cantik Negeri Kedah.  Sawah padi luas terbentang.  Di hari berikutnya ada peluang untuk jalan-jalan.

Kami naik ke atas sikit, ke Tasik Beris.  Wah, tasik ini juga tak kurang hebatnya.  Lihatlah gambar yang saya snap ni.  Puas...
 
Tasik Beris


Tasik Beris, saujana mata memandang.

Sebenarnya ada suatu yang istimewa kat tasik ni.  Orang utara tahulah, kami tak tahu.  Terdapat ladang anggur yang pemilik ladang dakwa, ladang anggur paling luas di Asia Tenggara.  Saya kurang pasti kesahannya, tapi begitulah yang saya baca dalam poster/bunting yang tertampal.

Kami tiba awal.  Tempat ni hanya dibuka untuk pelawat pada pukul 10 pagi.  Jadi sempatlah kami bergambar dulu kat depan pintu masuk.


Bergambar bersa,a my garden angel depan pintu masuk Ladang Anggur Tasik Beris.

Setiap pengunjung dewasa dikenakan bayaran RM4.00 dan kanak-kanak RM2.00.  Kalau dilihat pada tiket, mak oii banyaknya syarat yang dikenakan.  Dekat tiket aja, penuh dengan peraturan.  Tapi tak apalah, bukan tiap-tiap hari boleh tenngok buah anggur tergantung atas pokok.  Anggur yang ku tanam pun lama-lama sekali berbuah.  Itu pun lagi masam dari cuka nipah. :(

Foto dalam ladang anggur.

Buah anggur hitam, jenis ini ada biji.

Naturally lah kalau kanak-kanak bila tengok buah anggur, nak minta petik.  Kesian Puteri.  Papa terpaksa pujuk sebab label dilarang memetik merata-rata.  Kita orang dewasa bolehlah faham kenapa ada peraturan sebegini.  Tapi kanak-kanak manalah reti.  Nak pastikan pengunjung patuh dengan peraturan, siap ada terjemahan AlQuran lagi.
 
Label larangan memetik.
Cuma satulah saya terkilan, dekat poster iklan ada kata-kata sebagaimana gambar berikut.  Tempat ni bagus.  Kita dapat pengalaman lihat ladang anggur, tapi kalau tak boleh petik buah, kenapa dalam poster letak "Alamilah pengalaman keseronokan memetik sendiri buah anggur"?

Apa-apa pun kami alami jugalah keseronokan memetik buah anggur dari peti sejuk gift shop kat ladang tu.    Dan Puteri kembali tersenyum.

Iklan poster dalam ladang anggur.

11 ulasan:

  1. He he he tahniah sebab boleh sampai ke kampung halaman kami yang indah .. tapi bak kata En. Iskandar.. jauhhhhhh... penatttt .. tapi indah kan?..

    BalasPadam
  2. Ya setuju. Indah. Orang pun baik-baik. Durian fresh sebakul RMm10 aja. Makan sampai tersadai.

    BalasPadam
  3. wah! Dahsyatnya, durian RM10 sebakul?!

    Apa keperluan sebenar kalo kita nak tanam anggur ni sebenarnya, supaya hasil yg keluar tu sedap nak dirasa

    BalasPadam
  4. tak gunalah kalau letak ayat alquran tapi membohong...hehehehe

    en. iskandar tak tanya ke pasal petik sendiri tu??? mungkin kita kena bayar dulu ke??? atau petik dengan pekerja dia ke???

    p/s: patutlah sunyi je blog... rupanya ke utara...

    BalasPadam
  5. Mungkin pengalaman pemilik ladang mengatakan anggur dia pernah dicuri? Ataupun buah anggur itu telah disembur racun menyebabkan ia tak boleh dipetik makan? Apapun itu hak pemilik ladang untuk tentukan.

    Memang kalau nak tanam anggur ni saya baca kena ada tanah yang sesuai dan pembajaan yang sesuai tapi tak tahu lah saya. Saya hanya baca sahaja dari sumber yang saya dapat ketika melawat MAHA 2010 tahun lepas.

    Apapun, selamat menyambut tahun baru encik Iskandar. Semoga matlamat kita di tahun baru ini bertambah baik.

    BalasPadam
  6. Terima kasih. Selamat menyambut tahun baru untuk semua juga.

    Tentang dilarang memetik tu, mungkin mereka ada sebab tersendiri. Cuma jawapan yang diberi oleh pekerja agak kurang memuaskan. Inilah bahaya kalau gunakan pekerja yang kurang mahir berbahasa kebangsaan untuk melayan tetamu. Ayat yang mereka gunakan berbunyi agak kasar kerana tidak mahir Berbahasa Malaysia.

    Saya pernah juga tanam anggur, dari ranting yang dibeli dari rumah anak yatim yang buat sale di Pasar Borong Seri Kembangan. Saya gunakan tanah liat yang dicampur vermicompost, hasil dari bahan buangan dapur dan cacing. Pokok berbuah lebat, tapi mungkin kerana kami petik buah terlalu awal, rasanya masam. Bila berborak dengan pemilik nurseri di Sungai Chua Kajang, pemilik nurseri tersebut sarankan supaya ditabur sesudu garam berdekatan akar kira-kira 2 minggu sebelum tuai.
    Saya ada cuba, kurang sedikit masamnya, mungkin kerana dituai terlalu awal.
    Saya lebih gemar ambil daun dibuat sayur. Ini petua yang saya dapat dari rakan berbangsa Turkey. Katanya orang Turkey guna daun anggur buat sayur dan salad.
    Sekarang dah tiada pokok anggur. InsyaAllah, bila berpeluang nanti akan cari baka yang lebih elok.

    BalasPadam
  7. rasanya yg petik sendiri tu bayar masuk rate lain kut... or petik bila masanya sahaja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin juga, tapi pekerja yang jaga tak beritahu. Org yang diletak front line sepatutnya ada mulut.

      Padam
  8. Assalamualaikum encik, am...... anggur kalau beli, biji dia tu boleh tanam terus ke? ke kene tunggu 2 3nminggu dulu baru tanam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kena buat rujukan dulu. Saya sendiri semai guna keratan batang.

      Padam