Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 11 Disember 2011

Keratan Mulberi Tumbuh Merimbun

Keratan Mulberi tumbuh merimbun kalau kena caranya.  Bunga (putik buah) akan keluar bersama ranting yang baru.  Walaupun baru hanya sebulan, kami telah dapat menikmati segenggam buah-buah mulberi yang ranum. Untuk pokok yang subur merimbun, gunakan tanah kompos yang kaya dengan organik, siram selalu dan letak bekas atau pasu di tempat yang terima banyak cahaya matahari.

Ramai orang kurang gemar menanam mulberi kerana pokoknya yang tumbuh tinggi dan berbuah lambat.  Sebenarnya itu kalau pokok ditanam melalui biji benih dan pokok tidak dipangkas.  Kalau tanam melalui keratan ranting dan pokok dipangkas selalu, pokok berbuah dengan cepat dan tidak tinggi.
 
Keratan Mulberi tumbuh merimbun.  Keratan ini berumur 1 bulan.

Perhatikan putik buah mulberi yang tumbuh disepanjang ranting yang baru.

2 ulasan:

  1. Teringat pulak dgn pokok markisa yg saya tanam pemberian jiran. Pokok dah jadi amat lebat sejak dipindahkan ke bwh sehingga pancang hampir rebah sbb kurang kukuh. Tak sangka pokoknya membiak sebegitu rupa.

    Mengikut maklumat yg saya jumpa, pokok markisa akan mula keluarkan hasil sekitar 5-6 bln selepas ditanam. Adakah teknik memangkas sesuai juga untuk pokok markisa bagi mendapatkan hasil dgn lebih cepat?

    BalasPadam
  2. Ya, boleh gunakan teknik yang sama. Apabila keluar tunas dan bunga, jangan lupa membaja dan siram selalu.

    Sebenarnya untuk mulberi, kaedah yang saya tunjukkan adalah sesuai untuk yang tanam tepi rumah atau dalam pasu.

    Lazimnya mulberi akan berbuah dengan lebat tanpa memangkas apabila ia tumbuh setinggi 8 meter. Untuk tumbuh setakat itu akan mengambil masa 4 tahun.

    BalasPadam