Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 12 Disember 2011

Kalaulah Dapat Latih Ayam Itik Makan Serangga Perosak, Kan Best

Askar pembanteras makhluk perosak, mungkin juga, tapi sawi juga menjadi kegemaran mereka.

7 ulasan:

  1. Saya pernah pergi ke Taiwan yang mana mereka menternak itik yang memakan perosak seperti siput gondang dan serangga lain di kawasan padi. Itik mereka diternak khas hanya untuk memakan serangga perosak tersebut. Ada juga dibiar bebas untuk mengawal rumpai di kawasan pokok-pokok saka.

    Saya rasa, kalau nak latih itik dan ayam ni makan serangga perosak, perlulah melatih dari kecil. Kurung ayam dan itik tersebut dan hanya bagi makan serangga yang selalu merosakkan tanaman.

    Cuma masalahnya takut pula ayam dan itik akan merosakkan batas tanaman nanti.

    BalasPadam
  2. Saya pernah bela ayam gergasi, itik, ayam belanda dan ayam api dan dikurung. Apabila ada masalah pest, saya lepaskan haiwan tersebut dan perhatika pergerakan ternakan tersebut. Ayam gergasi amat sesuai untuk membasmi masalah belalang. Sekejap aja belalang tidak lagi berkunjung ke laman kami. Apabila matang, semua ayam-ayam tersebut masuk kuali. Enak digoreng bersama tarrragon. :)

    Itik, ayam api dan ayam belanda amat elok digunakan untuk mengawal rumpai, ulat dan siput. Haiwan tersebut bukan sahaja memakan benih-benih rumpai, malah daun-daun rumpai juga menjadi kegemaran mereka. :)

    Masalahnya, sawi juga menjadi kegemaran haiwan tersebut. Jadi, halaman rumah menjadi gondol dikerjakannya. :(

    Sekarang, haiwan ternakan tidak lagi dibenarkan masuk ke kawasan tanaman sayur. Mana-mana yang degil menceroboh akan masuk peiuk, jadi sup.

    Pada pendapat saya (dari pengalaman), cara terbaik untuk mengawal makhluk perosak tanpa menggunakan racun adalah dengan menggunakan tumbuhan herba. Cuma perlu kenal pasti haiwan apa dan apa jenis tumbuhan yang mereka benci.

    Kalau nak gunakan haiwan ternakan, gunakan anak-anak ternakan. Ia lebih berkesan. Haiwan matang ni kreatif sedikit, lebih gemarkan tanaman dari rumpai.

    Burung (merbah putih dan ciak) juga berkesan untuk mengawal populasi belalang, bena dan ulat. Tapi perlukan kaedah untuk menarik burung berkunjung dahulu.

    BalasPadam
  3. setuju..mmg bagus kalau dapat latih ayam,itik etc makan serangga perosak tu.....tp bukan senang kan....

    setuju jgk guna tumbuhan herba sbg racun untuk mengawal perosak ni....lebih selamat..:)

    BalasPadam
  4. Betul tu HangKebon. Saya pun tak pernah tahu ada orang gunakan itik untuk mengawal makhluk perosak. Terima kasih I Wong kerana sudi berkongsi pengalaman dengan kita semua. Itulah kelebihannya kalau menziarah ke tempat orang. Kita boleh dapat pengalaman dengan melihat cara orang lain. Apa lagi kalau di Taiwan, pasti banyak yang I Wong dapat pelajari.

    Kata orang dulu-dulu, Jauh perjalanan, Luas pandangan.

    BalasPadam
  5. Saya pergi pun atas program student exchange selama 2 minggu. Ilmu saya ni masih sikit lagi. Cuma ingin berkongsi pandangan.

    Ayam gergasi tu ayam apa yea? Ayam belanda?

    BalasPadam
  6. Bayangkan kalau dapat buat praktikal kat sana, banyaknya ilmu boleh dibawa pulang. I wonder if lacal universities send their horticulture student to Taiwan for practical...

    Ayam Gergasi, kalau di Selangor dikenali sebagai Ayam Gajah. Di Terengganu, Ayam Gergasi. Saiz kecil sedikit dari ayam belanda. :)

    BalasPadam