Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 15 Disember 2011

Gambar Hari Ini -- Rambutan, Nephelium lappaceum

Sekarang ini musim rambutan. Kalau di kawasan kediaman kami, pokok rambutan dengan buah yang hampir ranum menghiasi halaman rumah.  Hampir semua jiran ada menanam pokok ini.  Untuk kanak-kanak, aktiviti memetik buah rambutan memang amat menyeronokkan.  

Ketika zaman kanak-kanak dulu, memetik rambutan juga adalah aktiviti keluarga yang tidak akan dilupakan.  Apa lagi ayah saya ada tanam banyak pokok rambutan, sehingga 4 ekar semuanya.  Ini jugalah masanya saya buat banyak duit, dengan menjual rambutan hasil tuaian kami.  

Sekarang tidak semua kanak-kanak dapat menikmati aktiviti sebegini kerana tanah adalah terhad.  Apa lagi kalau tinggal di taman perumahan.  Pokok rambutan memerlukan masa yang lama untuk berbuah.  Kalaulah ada orang yang tawarkan aktiviti "rambutan picking" dengan mengenakan cas yang murah, alangkah baiknya.  Boleh dijadikan aktiviti keluarga.

Saya teringat semasa zaman belajar dulu, kami ke ladang epal untuk "apple picking."  Untuk masuk ke ladang mereka kenakan sedikit bayaran.  Makanlah sebanyak mana yang mungkin.  Kemudian untuk dibawa pulang, isikan beg sebanyak mana, dengan harga USD5 satu beg.

Orang biasanya kutip epal merah.  Mem saya masa tu bawa bekal colek.  Jadi kami makan colek epal hijau bawah pokok epal.  Orang semua tengok pelik.  Mana ada jual colek kat sana.  Ada juga pengunjung yang teringin dan minta nak rasa Malaysian sauce -- "colek."    

Rambutan, dah hampir ranum.

Tidak sabar nak petik.

Rambutan, seronok kalau petik ramai-ramai.  Boleh dijadikan aktiviti keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan