Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 21 Disember 2011

Gambar Hari Ini -- Lobak Putih

Lobak putih, seminggu selepas dialih.
Biasanya selepas dialih, anak pokok lobak putih akan layu sedikit.  Selepas sehari atau dia hari ia akan segah semula.  Sambil pokok membesar, bahagian batang akan mula berisi.  Kalau tanam di atas tanah, akar rerambut akan merayap jauh ke bawah dan batangnya akan cepat berisi.  Kalau dalam pasu, pertumbuhan batang lambat sedikit kerana kawasan akar merayap kurang. Jadi pengambilan nutrien juga kurang.  Batang akan membesar menjadi lobak.  Paling enak bila tuai ketika lobak bersaiz bola golf, rasa lobak tidak terlalu kuat dan manis. 

Jadi kalau tanam atas tanah atau dalam pasu, tiada bezanya kerana saya akan tuai bila lobak bersaiz bola golf, tidak tunggu lobak besar.

5 ulasan:

  1. stok benih dah habis....tak boleh nak semai Pokok sekarang!! tapi yg sedihnya semua pokok yg saya tanam dalam pasu mati... tomato dan bendi dah 1 kaki, lada benggala dah mula berbuah sebesar ibu jari... semuanya mati! Kenapa?? adakah sbb hujan banyak mybbkan pokok dalam pasu mati!!

    BalasPadam
  2. lobak putih sebesar bola golf? jenis macam carrot ke @ turnip? insyaallah di masa akan datang saya akan dapatkan benih daripada tuan blog.

    BalasPadam
  3. nice stalker, Lobak putih biasa (jenis radish, Raphanus). Turnip pun dari species sama. Kalau dibiarkanbesar boleh mencecah hingga 30 cm kalau tanam di atas tanah atau pasu besar. Kalau pasu kecil ia akan melonjak pasu, tumbuh hingga 24 cm. Tapi waktu itu rasa lobak putih dah terlalu kuat. Saya gemar sewaktu saiznya sebesar bola golf sebab rasanya manis.

    cikgu_math, kalau terkena hujan dan tanah menakung air, akar mungkin lemas. Tapi ada banyak juga faktor pokok mungkin mati. Mungkin pokok kesunyian tu, Cikgu_math balik kampung musim cuti sekolah. Ada rakan percaya kalau kita bercakap dengan pokok, ia akan tumbuh subur. ;)

    BalasPadam
  4. salam en.iskandar....saya dah tanam lobak puteh dlm sebulan lebih.....mcm mana nak tau if lobak tu dah ready untuk dituai? tq :)

    BalasPadam
  5. Kebiasaannya lobak putih akan kelihatan tough dan berserat terlebih dahulu. Kemudian lobak akan kelihatan. Saya akan postkan semula gambar batch terdahulu. Batch baru masih muda.

    BalasPadam